thumbnail

“Kami Banyak Tumpang Rezeki Lara Alana”

Bukan sahaja mempunyai pengikut di laman Instagram seramai lebih 2 juta, kini Lara Alana juga mempunyai rancangan realiti sendiri iatu Lara Oh Lara yang akan disiarkan pada 17 Ogos ini. Berikutan dengan itu Awal Ashaari dan isteri, Scha al-Yahya akui rezeki mencurah-curah dari anaknya itu membuatkan mereka banyak menumpang rezeki Lara.

BACA: Sekitar Awal Ashaari Sekeluarga Umrah Di Tanah Suci

“Alhamdulillah, rezeki dia mencurah-curah dan kami pun menumpang sahaja. Tapi saya hanya ambil yang bersesuaian dan tidak menganggu pembesaran dia seperti kanak-kanak lain. Lara ada peminat yang terlalu obses dengan dia sehinggakan jika saya tidak muat naik gambar terbaru dia, mereka akan masuk ke Instagram saya atau isteri Scha Alyahya”

“Mereka minta gambar dan video terbaru Lara kerana rindu nak tengok. Kadang-kadang bukan tidak mahu muat naik tapi tiada yang menarik untuk dikongsi. Kadang-kadang ada yang marah-marah dan bagitahu sesuatu cara yang saya lakukan adalah salah dan jangan buat begitu. Mereka terlalu perihatin dengan apa sahaja yang saya buat terhadap Lara”

“Saya tidak rimas tetapi bersyukur kerana ramai yang sayangkan dia. Cuma saya sedar dalam ramai-ramai ada juga yang tidak sukakan dia, biasalah tidak semua orang suka cara kita,” katanya kepada m Star Online mengenai sokongan peminat terhadap perkembangan terbaru Lara yang kini mempunyai pengikut kini mencecah 2.1 juta di laman Instagram.

Disebalik perasaan teruja dapat merakam dan berkongsi pengalaman membesarkan anaknya didalam program itu bersama peminat, Awal pada masa yang sama berasa gementar memikirkan respons orang ramai mengenai cara mereka membesarkan Lara jika ada tersalah silap dan tidak diterima oleh masyarakat sekaligus akan mendapat kritikan negatif. (rkty/w)

1- %22Kami Banyak Tumpang Rezeki Lara Alana%22 - jpeg 2- %22Kami Banyak Tumpang Rezeki Lara Alana%22 - jpeg 3- %22Kami Banyak Tumpang Rezeki Lara Alana%22 - jpeg 4- %22Kami Banyak Tumpang Rezeki Lara Alana%22 - jpeg 5- %22Kami Banyak Tumpang Rezeki Lara Alana%22 - jpeg 6- %22Kami Banyak Tumpang Rezeki Lara Alana%22 - jpeg

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...