thumbnail

KERANA POKEMON GO, ORANG PANJAT PAGAR RUMAH AWAL PAGI

Awal pagi, saya yang tersedar kerana anak bangun yang ingin menyusu, saya dimaklumkan oleh suami yang ada orang hendak masuk kawasan rumah kerana mencari Pokemon. Sempat lagi dia bagi salam, kata suami. Masa tu masih mamai-mamai lagi, so cerita itu terhenti setakat itu sahaja
Dalam perjalanan menuju ke pejabat, suami ceritakan semula tentang orang yang dikatakan mencari Pokemon itu. Sekitar jam 2.oo pagi, suami yang sudah tidur terdengar bunyi pagar seperti dinaiki seseorang
Bingkas bangun, suami terus menuju ke pintu dan ke luar rumah. Ketika itu beliau melihat seorang anak muda sedang berusaha memanjat pagar rumah. Tindakan pemuda itu terhenti apabila melihat suami

Pokemon Go, games yang hangat diperkatakan kini
Pokemon Go, games yang hangat diperkatakan kini
Pemuda : Assalammualaikum bang, mau cari Pokemon bang..
Katanya sambil menunjukkan telefon bimbitnya pada suami
Suami : Ko nda kerjaka bsuk ada di sini awal-awal pagi?
Pemuda : Nda bang, saya nda kerja. Masih sekolah
Suami : Di sini tiada Pokemon, samurai ada
Dan terus anak muda itu masuk ke dalam kereta yang sedang menunggu di luar rumah kawasan kami
Suami memang agak marah. Sampai terus memuatnaik status berkenaan hal itu pagi tadi di Facebook beliau. Kata suami, mencari Pokemon bukan alasan untuk masuk ke rumah orang sesuka hati.  Nasib baiklah, tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku
Sebenarnya, kami sekeluarga tidak bermain Games ini. Cuma bila terjadi begini, buat risau pula. Patutpun ada beberapa negara sudah mengharamkan permainan ini dan sudah ada fatwa yang ingin mengharamkan permainan ini. Mungkin player games ini yang ketagih membuatkan segelintir pihak risau tentang keselamatan negara
Untuk info, Pokemon Go adalah satu permainan yang dilancarkan untuk mencari dan menangkap Pokemon. Dalam permainan ini, pemain menggunakan GPS telefon bimbit masing-masing untuk mencari lokasi, menngkap, berlawan dan juga melatih beberapa karakter atau kartun yang dipanggil Pokemon yang mana akan kelihatan di skrin handphone mereka jika mereka berada di tempat yang sama atau sesuai
Harap kejadian yang sama tidak berulang kembali.  Risau juga orang yang masuk ke rumah itu berniat yang lain dan bukannya mencari Pokemon. Moga hal ini menjadi iktibar buat semua.


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...