thumbnail

Tabung Haji Nafi Beri Neelofa Visa Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) menolak dakwaan bahawa pihaknya ada memberi kelulusan kepada Neelofa untuk menunaikan haji selepas sebulan pengacara itu membuat pendaftaran haji di agensi berkenaan. Menurut TH, pihaknya sedia maklum mengenai rayuan wanita tersebut dan telah mempertimbangkan rayuan tersebut mengikut garis panduan yang sedia ada.

BACA: Neelofa Bakal Tunai Ibadah Haji September Ini

“Jika beliau mempunyai visa haji yang diperolehi oleh artis tersebut, ianya adalah tidak melalui daripada TH,” katanya kepada m Star Online mengenai kelulusan yang kononnya diberikan oleh pihak Tabung Haji kepada Neelofa yang difahamkan bakal berangkat ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji pada 5 September depan bersama ibu dan bapanya

Menurutnya lagi, pihaknya sentiasa mengamalkan sistem pendaftaran terbuka dan semua rayuan untuk mengerjakan haji awal dari tarikh giliran yang ditentukan perlu melalui proses tapisan berperingkat, mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Dengan itu, TH memohon agar isu itu tidak disensasikan kerana boleh menimbulkan ketidakpuasan hati pendeposit TH.

Terdahulu, Neelofa dilaporkan bakal menunaikan ibadah haji bersama dengan kedua ibu bapanya pada 5 hingga 20 September depan. Beliau dalam masa yang sama turut memberitahu berasa terkejut dan teruja apabila disahkan mendapat tempat untuk menunaikan haji tahun ini selain meluahkan rasa syukur kerana berpeluang membawa ibu bapa ke Mekah. (rkty/w)

1- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22 - jpeg 2- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22 - jpeg 3- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22 - jpeg 4- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22 - jpeg 5- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22 - jpeg 6- %22Saya Muat Naik Video Rumah Baru Bukan Nak Menunjuk%22 - jpeg

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...