thumbnail

"Nafkah Bulanan RM4,000 Itu Tak Munasabah"

Selepas diperintah oleh mahkamah untuk membayar nafkah bulanan kepada dua anaknya yang sedang berada dalam jagaan bekas isteri, Rozana Misbun hari ini, Awie menganggap jumlah bayaran tersebut sebagai mengarut dan tidak masuk akal. 

Malah beliau juga enggan membayar nafkah terbabit yang dilihat tidak mengambil kira pendapatan keseluruhan yang diterimanya.


“Jumlah itu tidak munasabah bagi saya kerana mahkamah hanya fikir pendapatan tetap saya dan tidak fikir keseluruhan pendapatan saya setiap bulan,” katanya kepada mStar Online mengenai perintah mahkamah yang mengarahkan beliau membayar nafkah bulanan kepada dua anaknya yang berada dalam jagaan bekas isteri sebanyak RM4,000 berkuatkuasa serta merta.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan Awie membayar nafkah sebanyak RM4,000 sebulan berkuatkuasa serta merta kepada dua anaknya Putra Ahmad Rezzki, Putri Qaseh Antasha. Perintah berkenaan dikeluarkan oleh hakim syarie, Che Saupi Che Husin selepas mengambil kira kemampuan Awie selaku defenden dan serta keterangan Rozana selaku plantif.

Jumlah bayaran yang diperintahkan adalah merangkumi perbelanjaan makan-minum, pakaian, perubatan, pendidikan, kos perbelanjaan harian sekolah dan lain-lain sebanyak RM3,000 manakala kos tempat tinggal sebanyak RM1,000. Pihak mahkamah memerintahkan agar Awie memasukan wang berkenaan dalam akaun anak-anaknya pada 5 haribulan pada setiap bulan.


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...