Showing posts with label gerbanginformasi. Show all posts
thumbnail

Cara SOLAT DUDUK DENGAN BETUL

“Aduh, dah masuk lapan bulan kandungan rasa tak larat nak berdiri lama-lama. Kaki pun dah bengkak-bengkak. Bolehkah solat duduk saja? Bagaimana cara solat duduk ya?”
Banyak sebab yang membolehkan seseorang itu terpaksa meninggalkan salah satu rukun solat, iaitu berdiri tegak. Antaranya ialah kemalangan, sakit tenat, keuzuran, semasa dalam kenderaan, atau wanita hamil yang tidak mampu berdiri buat masa yang lama.
Sedih & Kecewa Aku Masih Belum Mengandung, Ibu Mertua Yang Tertekan!
Sakit kaki atau lutut antara sebab yang membolehkan solat duduk

KERINGANAN UNTUK SOLAT DUDUK DAN BERBARING

Dalam semua keadaan ini, kita sebagai Muslim masih lagi diwajibkan untuk menunaikan solat. Namun, ia diberi keringanan untuk disempurnakan mengikut keupayaan kita pada ketika itu.
Menurut laman web JAKIM, orang yang uzur boleh solat secara duduk. Seperti dalam hadis berikut:
Dari Amir bin Abdullah bin Zubair r.a dari bapanya katanya: Apabila Rasulullah s.a.w duduk dalam solat, diletakkannya kakinya yang kiri antara paha dan betis serta menegakkan tumit kanan, meletakkan tangan kiri di lutut kiri, meletakkan tangan kanan di paha kanan dan menunjuk dengan telunjuk.
cara solat duduk
Foto Kredit: globalpost.com

CARA SOLAT DUDUK BAGI PESAKIT DAN IBU HAMIL

1. PERLU MEMENUHI SEMUA RUKUN & SYARAT SAH SOLAT

Walaupun solat duduk atau berbaring, solat yang dilakukan perlu memenuhi semua rukun dan syarat sah seperti dalam solat biasa, kecuali bagi yang tidak mampu dilakukan.
Contohnya, perlu menghadap kiblat, suci daripada hadas, dan menutup aurat sepenuhnya.

2. HANYA DIPRAKTIKKAN SEMASA MENGHADAPI KESULITAN

Menurut JAKIM, pesakit boleh memilih untuk mengikut mana-mana pandangan mazhab fiqh yang sah dan tersohor, termasuklah pandangan yang lebih memudahkannya.
Namun, perlulah dipraktikkan hanya semasa menghadapi kesulitan.
Contohnya, pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat dan mampu solat berdiri hendaklah solat berdiri dan tidak boleh solat duduk menurut mazhab Syafi’e.
Namun menurut mazhab Hanafi pesakit yang tidak mampu sujud seperti biasa di atas lantai tempat solat gugur daripadanya kewajipan berdiri dan boleh melakukan solat dalam keadaan duduk.

3. MULAKAN SOLAT DALAM KEADAAN BERDIRI (JIKA MAMPU)

Pesakit yang mampu berdiri untuk solat fardhu (solat wajib) hendaklah memulakan solat dalam keadaan berdiri.
Contohnya, mungkin ada yang sakit lutut dan tidak boleh melipat kaki semasa duduk antara dua sujud. Tetapi, orang ini masih boleh berdiri dengan sempurna. Maka, perlu menggunakan kerusi dan mulakan solat dalam keadaan berdiri.
Jika langsung tidak mampu berdiri untuk solat, baru boleh duduk. Justeru itu, kita tidak boleh memulakan solat dalam keadaan duduk bagi yang mampu berdiri.

4. TIDAK BOLEH BERTERUSAN SOLAT DUDUK (JIKA MAMPU)

Jika kita mula solat dalam keadaan duduk, tetapi berasa mampu setelah itu (ketika masih di dalam solat), hendaklah kembali solat berdiri dan tidak boleh berterusan solat duduk.
Pesakit yang solat duduk dan mampu berdiri untuk ruku’ seperti biasa hendaklah berdiri (untuk iktidal) sebelum ruku’.

5. HENDAKLAH SUJUD DI LANTAI (JIKA MAMPU)

Pesakit yang solat duduk sama ada di atas kerusi atau lantai perlu sujud di lantai sekiranya mampu.
Cara Solat Dhuha Yang Mudah, Ringkas & Betul. Dengan Doa!
Foto Kredit: nev.it

6. SEKIRANYA TIDAK MAMPU SOLAT DUDUK, MENGIRING ATAU BERBARING

Pesakit yang tidak mampu solat berdiri boleh solat duduk. Jika tidak mampu solat duduk boleh solat mengiring. Jika tidak mampu solat mengiring boleh solat menelentang.
Rukun pergerakan solat yang tidak mampu dilakukan seperti biasa boleh dilakukan dengan isyarat badan seperti menundukkan badan untuk ruku’ dan sujud.
Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat badan boleh dilakukan dengan isyarat kepala. Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat kepala boleh dilakukan dengan isyarat mata. Jika tidak mampu dilakukan dengan isyarat mata boleh dilakukan solat di dalam hati.

7. HANYA SOLAT SUNAT BOLEH DILAKUKAN SECARA DUDUK BAGI YANG MAMPU BERDIRI

Solat sunat boleh dilakukan secara duduk walaupun bagi yang mampu berdiri, namun pahalanya hanya separuh daripada pahala solat berdiri.
Syarat-syarat Sah Solat Untuk Diri Kita Yang Mudah Lupa!
Foto Kredit: photo.elsoar.com

RINGKASAN CARA SOLAT DUDUK DAN BARING UNTUK PESAKIT

Berikut adalah 4 keadaan solat yang biasa dilakukan oleh pesakit yang tidak mampu berdiri:
10438915_10152112451071237_5207558151051185768_n.png
Foto Kredit: Laman Facebook Daie Media Sosial JAKIM
Peringatan:
Bagi yang mampu solat fardhu berdiri tetapi tidak melakukannya bahkan melakukannya dalam keadaan duduk umpamanya solatnya tidak sah menurut mazhab Syafi’e kerana berdiri adalah salah satu rukun solat bagi yang mampu.
Namun menurut mazhab Hanafi, orang yang tidak mampu melakukan sujud seperti biasa gugur daripadanya kewajipan berdiri. Maka, cara solat duduk boleh dipraktikkan olehnya.
cara solat duduk
Foto Kredit: nation.com.pk

CARA SOLAT DUDUK SEMASA DALAM PERJALANAN

Perlaksanaan cara solat duduk bagi pesakit ini juga sama sahaja dengan kaedah solat bagi musafir, iaitu mereka yang berada dalam kapal terbang, kereta api, atau bas. Tetapi, solat ini digelar solat menghormati waktu.
Ia adalah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat menghadap kiblat.
Solat ini perlu di qada’ semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kiblat kembali.
Kita juga boleh mengqada’ solat solat hormat waktu ini secara jama’ ataupun qasar dengan syarat kita masih berada di dalam musafir.
cara solat duduk
Jika mampu mencari air dan tempat solat, bolehlah solat seperti biasa. Jika tidak, cukup sekadar solat duduk di atas kerusi penumpang. / Foto Kredit: cambodiamuslimholiday.com

TUNAIKANLAH SOLAT SEMAMPUNYA

Hikmah diberikan keringanan dengan cara solat duduk dan berbaring adalah sebagai bukti bahawa Islam adalah agama yang mudah.
Maka, kita diberi pilihan untuk melakukan sesuatu sesuai dengan keupayaan kita.
Selain itu, rukhsah dalam solat juga menunjukkan betapa kasih sayang Allah pada hambaNya.
Oleh itu, buktikanlah juga kecintaan kita terhadap Allah dengan tetap menunaikan solat walaupun dengan cara solat duduk atau berbaring sekalipun!
Sumber : Nazurah Hassan


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


thumbnail

Hukum Wanita Yang Share Gambar Air Susu Ibu Di Media Sosial




Sebelum ini viral di media sosial bila ramai yang mempertikaikan tindakan segolongan wanita yang berselfie ketika menyusu. Masih dalam lingkungan isu yang sama terbaru seorang ustaz menegur tindakan kaum wanita yang menyusu mempamerkan hasil perahan mereka di media sosial.Status yang dimuat naik ustaz berkenaan juga menimbulkan perdebatan dalam ruangan komen terutama bila beliau menggunakan perumpamaan air mani yang dianggap tidak sesuai dan kasar.Walau pun ada yang menganggap perkongsian foto itu sekadar untuk memberi inspirasi kepada kaum ibu untuk menyokong penyusuan ibu namun bagi lelaki ia mungkin membayangkan perkara lain, itu antara yang turut diperkatakan oleh netizen tentang status berkenaan.




Berikut adalah perkongsian ringkas namun pedas dari Ustaz Emran Ahmad.

Minta maaf, boleh tolong rasa malu sikit tak?

Benda-benda sulit atau perkara yang bersifat peribadi tidak payahlah tayang di fb atau kepada orang lain. Tanpa rasa bersalah ada wanita menunjukkan gambar 'air susu' badannya kepada khalayak (di fb dll). Ada pula yang tunjukkan gambar pakaian dalam yang hendak dipakai malam nanti pada suami di fb.

Kalau ditegur nanti dijawab apa salahnya? Bukan tunjuk aurat pun. Sedangkan pengertian aurat  itu luas bukan hanya bermaksud anggota badan sahaja sebaliknya dalam bahasa Arab kalimah aurat itu sendiri disebut ;

Setiap sesuatu yang ditutup kerana malu jika ditunjukkan.

Kalau orang perempuan tanpa malu boleh tunjuk air susu badannya yang diperah atau disimpan, apa bezanya jika ada pula orang lelaki menunjukkan air maninya yang dibubuh atas sudu atau dalam cawan?

# Tapislah perbuatan kita dengan akal fikiran, sifat malu dan budi pekerti yang tinggi serta kesopanan dalam setiap tindakan.

Rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda ;

“Malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan semata-mata.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Apabila hilang malu pula maka yang datang semuanya keburukan! 

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


thumbnail

TERKINI!! Kepala Alat Sulit Budak Lelaki Terpotong Ketika Berkhatan Guna Laser



KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada alat sulitnya seumur hidup setelah kepala di bahagian tersebut terpotong ketika dia menjalani proses berkhatan menggunakan kaedah laser.

Dalam kejadian pada jam 8 lama pada 20 Disember itu, mangsa, 10, dibawa oleh bapa untuk berkahatan di sebuah klinik di Cheras.

Bagaimanapun, ketika dia menjalani proses berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa bahawa kepala kemaluan kanak-kanak itu terpotong secara tidak sengaja.

Bapa mangsa kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras sebelum disarankan untuk menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur.

Selepas menjalani rawatan, bapa mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kecuaian yang dilakukan doktor terbabit sebelum dia ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: BH Online

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


thumbnail

Jika Telah Datang Hari Kiamat, "Semua Akan Hancur, Kecuali 7 Ciptaan Allah Ini"

Dalam Al Quran pun dijelaskan bahawa keadaan manusia pada masa itu seperti anai-anai yang bertebaran dan apa yang ada pada masa itu semuanya sudah dalam keadaan mati.  Namun ternyata terdapat beberapa perkara yang tidak hancur apabila hari kiamat.

Jika Telah Datang Hari Kiamat, "Semua Akan Hancur, Kecuali 7 Ciptaan Allah Ini"

Anda tidak salah baca, memang saat terompet sangkakala ditiup oleh malaikat Israfil, dengan kuasa Allah dan beserta ketetapanNya, beberapa perkara berikut ini akan ada mesti yang lain telah tiada.

1. Syurga Dan Neraka

Allah telah menjelaskan dengan terang bahawa saat hari kiamat tiba, neraka dan syurga tidaklah hancur.  Keadaan ini diabadikan dalam surat Hud ayat 106-108.

"Adapun orang-orang yang celaka, maka (tempatnya) di neraka.  Di dalamnya mereka mengeluarkan dan menarik nafas (dengan merintih), mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain).  Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pelaksana terhadap apa yang Dia kehendaki.  Adapun orang-orang yang berbahagia, maka tempatnya di dalam syurga.  Mereka kekal di dalamnya selama ada langit dan bumi, kecuali jika Tuhanmu menghendaki (yang lain) sebagai karunia yang tiada putus-putusnya "  (QS Hud 106-108 )


Secara ringkas bahawa Allah memberi jaminan bahawa neraka dan syurga kekal meski yang lain telah binasa.  Itu merupakan hak Allah dalam menetapkan sesuatu.

2. Arsy Allah SWT

Hal yang tidak akan hancur lain adalah Arsy yang mempunyai makna singgahsana Allah SWT.  Jaminan Allah terhadap keabadian Arsy terukir indah dalam Al Quran surat Az Zumar 74-75 yang berbunyi:

"Dan mereka berkata" Segala puji bagi Allah yang telah memenuhi janji-Nya kepada kami dan telah memberikan tempat ini (Syurga) kepada kami sedang kami (diperkenankan) menempati syurga di mana saja yang kami kehendaki. Maka syurga itulah sebaik-baik balasan bagi orang -orang yang beramal "dan engkau (Muhammad) akan melihat malaikat-malaikat melingkar di sekeliling Arsy bertasbih sambil memuji Tuhannya, lalu diberikan keputusan di antara mereka (hamba-hamba Allah) secara adil dan dikatakan" Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam "   ( QS Az Zumar 74-75)

Masih banyak lagi hadis dan ayat Al Quran yang menerangkan tentang kekalnya Arsy dan Arsy bukan termasuk dari salah satu makhluk yang diciptakan selama kurun 6 hari serta tidak pula dibelah maupun dipecah.

3. Kerusi Allah SWT

Tak hanya mempunyai singgasana, Allah pun mempunyai kerusi.  Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW   "Tidaklah langit yang tujuh dibanding kerusi kecuali laksana lingkaran anting yang diletakkan di tanah lapang"   (HR Ibnu Hiban)

Dengan kata lain, para ulama bersepakat bahawa yang tidak hancur apabila hari kiamat adalah kerusi Allah salah satunya.  Wallahu 'Alam daripada apa wujud dari kerusi Allah tersebut.

4. Lauhul Mahfuzh

Catatan manusia selama hidupnya tercatat jelas dalam Lauh Mahfuzh.  Ternyata Lauh Mahfudz termasuk dalam beberapa hal yang tidak akan musnah apabila hari kiamat.  Lauh Mahfuz secara ringkas merupakan kitab tempat Allah menuliskan segala yang ada di alam semesta ini.

"Tidak seorang pun yang ada di langit dan di bumi, melainkan terdapat dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)"   (QS An Naml 75)

5. Qalam Atau Pena

Pena disini bukanlah pena yang kita lihat dan sering digunakan.  Namun pena yang tidak akan hancur saat kiamat adalah pena Allah atau Qalam.  Para ulama mengatakan bahawa Qalam merupakan makhluk pertama yang Allah ciptakan.  Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW.

"Sesungguhnya makhluk yang pertama kali Allah ciptakan adalah Al Qalam. Kemudian Allah berfirman kepadanya: Tulislah!  Kemudian Al Qalam berkata" Wahai Rabbku, apa yang akan aku tulis?  Kemudian Allah berfirman "Tulislah takdir segala sesuatu sehingga datang hari kiamat   (HR Abu Dawud) .

6. Tulang Ekor Manusia

Saat tubuh manusia hancur di hari kiamat tersebut, salah satu bahagian tubuh manusia iaitu tulang ekor justru terlihat sebaliknya.  Ini bukanlah sebuah karangan ataupun khayalan kerana sesuai dengan hadis Rasulullah yang berbunyi   "Tiada bahagian dari tubuh manusia kecuali akan hancur (dimakan tanah) kecuali satu tulang iaitu tulang ekor.  Darinya manusia dirakit kembali pada hari kiamat "   (HR Bukhari).

7. Roh

Meski roh merupakan urusan yang Allah sahaja yang tahu, namun sifat roh telah diterangkan oleh Allah sebagai salah satu yang tidak hancur meskipun terjadi kiamat. Roh yang terdapat dalam diri manusia jika sudah waktunya meninggal dunia maka akan dicabut dan dikembalikan semula ketika hari kebangkitan.  Para ulama pun bersepakat tentang abadinya roh manusia.

Memang jelas bahawa beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu rukun iman yang wajib diyakini.  Hal yang berkaitan dengan kiamat pun meski kita sedari dengan landasan Al Quran dan Sunnah Rasul.

sumber: berita makkah.com


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


thumbnail

Doa Menghindar Dari Kebakaran Dan Kecelakaan

Dalam keadaan musim kering yang berpanjangan ini, cukup menjadikan kita bimbang akan bahaya kebakaran. Doa menghindar dari kebakaran dan kecelakaan patut dijadikan amalan kita setiap hari. Umat Islam amat digalakkan beristiqamah dalam berdoa supaya mendapat perlindungan Allah سبحانه وتعالىdaripada sebarang bahaya kebakaran, kecelakaan dan musibah lain yang tidak diingini.

Dalam situasi sekarang ia memerlukan masa yang agak lama untuk menantikan keadaan pulih seperti sediakala, maka marilah kita juga melakukan Solat Sunat Istisqa’ dan membaca doa mohon hujan (klik sini).
.
.

Doa Keselamatan Dari Abu Darda’


Doa mengelak dan menghindar dari kebakaran yang biasa diwiridkan oleh Abi Darda’ adalah:
Doa Hindar Kecelakaan dan Kebakaran
.
.

Kelebihan & Khasiat Doa Abu Darda’


Khasiat doa ini adalah ia mampu mengelakkan kecelakaan terutama kebakaran yang datang tanpa disangka kepada kita sama ada siang atau malam. Bacalah doa ini setiap kali selesai solat Subuh dan solat Maghrib. Apabila dibacakan selepas solat Subuh, Insya’Allah akan diselamatkan dari kecelakaan sehingga tiba Maghrib dan jika dibaca selepas solat Maghrib Insya’Allah diselamatkan sehingga waktu Subuh keesokan harinya.

Menurut riwayat dari Thalaq bin Habib dan dari riwayat at-Tabaraniy dalam Kitab al-Du’a dari Abdullah bin Ahmad bin Hanbal bahawa seseorang sahabat pernah menemui dan memberitahu Abu Darda` r.a bahawa kebakaran sedang berlaku pada kawasan rumahnya dengan berkata, “Wahai Abu Ad-Darda’, rumahmu terbakar!”

Mendengar berita itu, dengan penuh yakin Abu Darda menafikannya. Kemudian datang lagi seorang mengadu hal yang sama lalu ditolak olehnya lagi sehinggalah orang yang ketiga tetapi tetap dinafikannya.

Diriwayatkan dari Thalaq bin Habib, Abu Darda’ menjawab, “Rumahku tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan itu. Kerana kudengar dari Rasulullah , “Sesiapa yang membaca kalimah (doa) di pagi hari, maka ia tidak akan ditimpa musibah hingga petang. Dan sesiapa membacanya di petang hari, maka ia tidak akan tertimpa musibah hingga pagi.”

Dalam riwayat at-Tabaraniy pula, Abu Darda r.a telah menjelaskan bahawa dia mendengar Rasulullah  bersabda: “Sesiapa yang mengamalkan doa ini dibacakan pada waktu pagi dan petang, dia tidak akan melihat sebarang perkara yang tidak disenanginya menimpa diri, anak-anak, pasangan dan rumahnya.”

Kemudian datanglah orang yang ke empat memberitahu bahawa apabila api yang marak itu menghampiri rumah Abu Darda’, ia telah terpadam dengan sendirinya. Dan selepas mereka tiba di sana, ternyata di kawasan itu memang terjadi kebakaran, tetapi rumah Abu Darda’ terselamat.
.
.

Yakin


Yakinilah doa di atas sangat bermanafat untuk kita semua dan dapatlah kiranya diwiridkan doa ini pada waktu pagi dan petang, Insya’Allah keluarga kita boleh dihindar daripada musibah kebakaran yang tidak kita inginkan. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah سبحانه وتعالى dan hanya dengan izinNya sahajalah yang dapat menghindarkan segala musibah daripada menimpa kita.
 .
Dari Abu Musa al-Asy’ari ra, katanya: “Ada rumah yang terbakar di Madinah mengenai keluarga dalam rumah itu di waktu malam. Setelah Rasulullah  diberitahu akan hal ehwal mereka yang rumahnya terbakar tadi, lalu Baginda  bersabda:“Sesungguhnya api itu adalah musuh kamu semua, maka dari itu jika kamu semua hendak tidur, padamkanlah api itu dahulu.” (Muttafaq ‘alaih)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


loading...