Showing posts with label hanasuva. Show all posts
thumbnail

Tunku Aminah Pilih Baju Kurung Teluk Belanga Pada Istiadat Perkahwinan

Rata-rata rakyat Malaysia teruja dengan berita perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Tuanku Permaisuri Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada 14 Ogos ini.

Istiadat pertunangan Tunku Tun Aminah Maimunah dan pasangannya, Dennis Muhammad Abdullah akan berlangsung di Istana Bukit Serene di sebelah pagi, diikuti dengan Istiadat Akad Nikah.

Manakala pada sebelah malam, pengantin Diraja itu akan diraikan dalam Istiadat Persandingan di Bilik Singgahsana, Istana Besar Johor Bahru.

Kesemua istiadat itu akan dijalankan penuh adat istiadat dan budaya Diraja Johor, di mana pengantin perempuan akan mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga, manakala pengantin lelaki mengenakan Baju Melayu Teluk Belanga.

“Tuanku Sultan pernah menunjukkan gambar perkahwinan ayahandanya (Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail) dan bondanya (Enche’ Besar Kalsom Abdullah) yang diadakan dengan penuh adat istiadat dan tradisi Johor.

“Baginda meminta saya mencontohinya bagi mengekalkan budaya dan tradisi Johor. Jika tidak, baginda khuatir keunikan kami sebagai orang Johor akan hilang dan dilupakan buat selama-lamanya,” kata Tunku Tun Aminah dalam temubual eksklusif bersama Royal Press Office.

“Memandangkan ini yang ayahanda dan bonda mahukan, saya tidak mempunyai masalah mengenakan busana tradisional Johor tulen untuk majlis perkahwinan itu nanti,” kata Tunku Tun Aminah.

Sumber: Malaysian Digest


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

6 Sebab Hero Korea Jadi Kegilaan Gadis Malaysia

Semalam berita kedatangan pelakon popular Korea Song Joong Ki, So Ji Sub & Hwang Jung Min ke Malaysia menjadi perhatian umum.

Kehadiran tiga aktor popular itu ke Kuala Lumpur adalah bersempena dengan tayangan gala filem terbaharu mereka, The Battleship Island selain bertemu peminat.

Kebanyakan wanita di seluruh dunia bersetuju bahawa pelakon Korea memang sangat kacak. Jika anda melihat lakonannya didalam drama tentu ramai yang jatuh cinta dan tertarik dengan pelakon drama tersebut.

Hebat betul penangan hero korea ni kan. Mari kita lihat antara faktor-faktor mengapa mereka menjadi kegilaan gadis malaysia.

1. Sebab Kulit Mereka Lebih Flawless Dari Perempuan

Kulit mereka sangat cantik dan halus, bukan sahaja perempuan malah lelaki turut menjaga kulit mereka. Tidak hairan lah mereka menjadi kegilaan gadis-gadis malaysia kan. Mereka mengamalkan makan nasi pulut dan juga sayur-sayuran. Sebab itu kulit mereka sihat dan cantik.

2. Hebat Menari

Mereka bukan sahaja kacak dan menarik, malah mempunyai bakat dalam tarian. Tengok saja mereka menari kita pula yang rasa seronok.

3. Pandai Ambil Hati Peminat

Personaliti mereka yang begitu soft spoken ini ternyata mampu mencairkan hati setiap peminat. Mereka tidak sombong dan mudah didekati peminat.

4. Tak Berlakon Cerita Rempit & Gangster

Susah untuk kita melihat mereka berlakon didalam filem atau drama yang berkaitan lumba kereta atau cerita gangster. Kebanyakkannya cerita tentang cinta dan kasih sayang antara keluarga. Gadis malaysia memang suka tengok lelaki romantik, dengan muka yang kacak dan watak romantik boleh buatkan gadis-gadis cair bila menontonnya.

5. Penampilan Yang Kemas

Sedap mata memandang. Itu lah yang boleh disimpulkan apabila melihat penampilan selebriti lelaki Korea. Majoriti daripada mereka tampil dengan imej yang begitu kemas dan tidak takut untuk mencuba pelbagai jenis fesyen.

6. Tak Control Macho

Satu perkara yang membuatkan artis Korea digilai ialah karakter mereka yang tak control macho. Sebagai contoh jejaka-jejaka di dalam program Running Man, walaupun kacak tapi selamba je redah semua task.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Bajet Hanya RM600, Boleh Lawati Pulau Tercantik Dunia

Siapa yang tak suka mengembara. Semua orang ingin mengembara dan peluang untuk melancong. Tapi, bila sebut melancong ke tempat-tempat yang cantik, mesti memerlukan kos yang besar.

Tapi sekarang ni dengan hanya RM600 anda boleh mengembara ke negeri bawah bayu, Sabah selama 4 hari 3 malam dan lawati pulau tercantik dunia. Perkongsian gadis ini buatkan anda tak sabar nak ke sana!

Di Sabah ada pulau terkenal dunia & cantik

Hari Pertama

Hari Kedua

Hari Ketiga

Hari Keempat

Sumber: Zarith NAdila KZaman


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

6 Sebab Lelaki Curang Walaupun Sudah Berkahwin!

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita seorang artis lelaki yang dikatakan curang ketika isterinya dalam pantang.

Kesetiaan sangat penting dalam memastikan hubungan antara pasangan berkekalan. Namun antara faktor utama terjadinya pergolakan rumahtangga adalah disebabkan orang ketiga dan pasangan yang curang.

Bila sebut pasal curang je, mesti akan dikaitkan dengan lelaki. Apa sebabnya lelaki curang walaupun sudah berkahwin? Atau lelaki ni memang tak pernah puas dengan satu wanita??

1. Sekadar suka-suka

Lelaki terkenal dengan egonya. Mereka curang untuk menguji sejauh mana isteri sayang suami.Mereka juga hendak tahu samada mereka masih mampu atau tidak untuk memikat hati wanita lain.

2. Rasa diri masih muda & menarik

Walaupun sudah tua, ada lelaki masih mampu untuk curang kerana merasa diri mereka menarik dan muda. Oleh itu, perempuan haruslah berhati-hati dan selalu peka dengan perubahan pasangan anda.

Kajian saintifik yang diterbitkan dalam Frontiers In Psychology menyatakan lelaki yang kaya dan berduit, akan lebih kerap beranggapan pasangannya kurang menarik dari segi kecantikan.

3. Mereka rasa tak salah pun curang

Curang bukan satu kesalahan di mata lelaki asalkan ia tak melibatkan hubungan intim. Tapi, jika sudah terlanjur, buruk padahnya.

4. Benci dengan pasangan

Lelaki juga boleh silap memilih pasangan hidup. Jika silap memilih, lelaki yang sudah hilang sabar akan mencari perempuan yang lebih baik mampu menjaga dan melayannya.

5. Bosan dengan pasangan

Lelaki cepat bosan dengan pasangan yang terlalu manja dan mengada-ngada. Lelaki pula tak suka berbincang dengan pasangan tapi cuma menunjukkan perubahan tingkah laku sebagai tanda protes.

Dalam hal ini, lelaki akan berharap untuk dijodohkan dengan pasangan yang lebih baik dan dapat menggantikan pasangan lamanya.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

6 Perkara Anda Tak Patut Kongsikan Di Media Sosial

Sekarang ni dah ada macam-macam jenis media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan macam-macam lagi.

Rasa pelik bila orang tu tak pernah ada media sosial. Kalau orang tua tu faham la juga kalau tak ada. Tapi sekarang mak ayah kita pun dah ada semua tu.

Tapi bahaya jika anda salah gunakan media sosial untuk post atau share perkara yang tak patut anda kongsikan.
Silap-silap boleh memalukan diri sendiri pula nanti. Jadi viral baru tahu nanti!

1. Masalah dengan boyfriend / girlfriend

Kalau ye pun tengah bergaduh dengan pasangan, tak perlulah sampai nak bagi tahu tahu dunia. Kalau anda tu popular tak apa la juga. Boleh jadi publisiti. Buat orang menyampah je nanti.

2. Lepaskan marah tentang bos/rakan sekerja

Facebook fail status

Bila bekerja ni kena la ada sikap profesional. Korang bukan budak sekolah lagi nak lepaskan marah dekat media sosial. Tak puas hati cakap je depan-depan lebih senang.

3. Show off dengan duit banyak-banyak

Kalau banyak duit pun tak perlulah sampai nak share dekat media sosial. Takut perkara buruk jadi nanti bila orang tahu anda ni banyak duit.

4. Post gambar kawan-kawan yang tak berapa nak semegah

Nak bergurau boleh tapi biarlah berpada-pada. Agak-agak gambar tu tak senonoh dah boleh mengaibkan seseorang, janganlah korang share. Kesian kawan anda tu nanti.

5. Perbualan peribadi, konon sweet la sangat!

Ramai perempuan suka share perbualan peribadi dengan boyfriend. Konon nak tunjuk dekat public yang boyfriend awak tu sweet la sangat! Tak perlu la nak tunjukkan kemesraan yang bukan ‘Halal’ cik adik oi!

6. Maklumat peribadi & maklumat sulit

Jaga-jaga. Tak semua benda kita boleh share. Kalau setakat umur berapa, sekolah dekat mana tu tak apa la. Tapi kalau nak share alamat rumah, nombor telefon semua tu memang bahaya sangat!


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

9 Tanda Anda Tidak Akan Jadi Kaya Selama-Lamanya!

Siapa yang tak nak jadi kaya? Sekarang ni semuanya perlukan duit. Semuanya naik harga. Kalau dulu RM50 tu boleh beli macam-macam, sekarang ni macam duit habis macam air.

Tapi, bukan senang nak jadi kaya. Kena disiplin, rajin usaha sebab duit tu bukan jatuh dari langit.

Anda kena tahu, 9 tanda ini menunjukkan yang anda tidak akan jadi kaya sampai bila-bila!

1. Anda menyimpan tapi tak ada sumber pendapatan lain

Kenapa orang kaya, makin kaya? Jika anda menyimpan duit tetapi tak ada sumber pendapatan lain, sampai bila-bila pun anda tak akan kaya. Dengan duit simpanan tu labur modal untuk menjana pendapatan lain.

2. Anda belum mula melabur

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan lebih banyak wang dari masa ke semasa adalah dengan melabur. Masa mula-mula kerja dah kena melabur. Lagi cepat, lagi bagus.

3. Anda terlalu selesa dengan gaji sekarang

Ramai yang takut untuk bekerja sendiri dan lebih selesa dengan makan gaji. Bukan itu je, ada yang masih selesa dengan sekarang yang hanya cukup-cukup makan je.

4. Anda beli sesuatu yang anda tak mampu

Jika anda membeli sesuatu yang jauh dari kemampuan anda, memang anda tidak akan jadi kaya. Sebab apa? Orang kaya hanya mementingkan keuntungan, bukan membeli sesuatu hanya untuk menunjuk.

5. Anda mengejar impian orang lain, diri sendiri entah ke mana!

Jika anda ingin berjaya, lakukan apa yang anda suka dan bukan mengejar impian orang lain. Sebagai contoh, bila mak ayah suruh jadi doktor, anak kena ikut walaupun tak suka. Akhirnya hidup entah ke mana.

6. Anda tak berani keluar dari ‘gua’

Jika anda inginkan kekayaan, berjaya, dan maju dalam hidup, anda perlu keluar dari zon selesa. Orang kaya dan berjaya tidak takut untuk mencuba sesuatu dan tidak takut untuk gagal.

7. Anda tidak mempunyai matlamat dengan wang anda

Duit tidak akan datang dengan mudah dan anda perlu bekerja keras. Jadi anda perlu mempunyai matlamat dan pelan kewangan untuk capai apa yang anda inginkan.

8. Anda berbelanja dulu & simpan kemudian

Jika anda belanja dan simpan kemudian, ada kemungkinan anda tidak akan menyimpan kerana ‘terbelanja’ duit tersebut. Jadi, simpan dulu kemudian barulah belanja. Baru tak menyesal!

9. Anda terlalu negatif & anggap jadi kaya tu susah

Ramai yang anggap menjadi kaya adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada mereka yang bertuah je. Sikap negatif membuatkan seseorang itu tidak akan jadi kaya sampai bila-bila.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Gadis Ini Mirip Lara Alana Bila Dah Besar

Siapa yang tak kenal dengan selebriti cilik, Lara Alana. Kanak-kanak comel ini sentiasa menjadi perhatian ramai. Memang comel sangat dan bijak pulak tu.

Anak kepada selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya ni kecil-kecil lagi dah popular. Siap ada prgoram realiti sendiri berjudul Lara Oh Lara.

Baru-baru ini viral pula di Twitter tetang seorang gadis yang mempunyai wajah mirip Lara Alana.

Rata-rata netizen mengatakan wajah gadis bernama Nadiah Nasirr ini mempunyai wajah seiras Lara. Ramai yang mengatakan Lara akan comel seperti gadis ini apabila dewasa kelak.

Paling sama bahagian hidung, mulut dan mata. Rambut pun sama sangat dah dengan Lara. Jom tengok foto Nadiah. Sama ke tidak dengan Lara!

Sumber: Amazingnara


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

4 Sebab Wanita Nampak Lebih Tua Dari Lelaki!

Wanita percaya apabila mencapai usia 20-25 tahun, ketika itulah kulit mereka cantik dan bercahaya.

Tetapi, apabila memasuki fasa 25 tahun ke atas, mereka perlu berwaspada kerana akan munculnya penuaan.

Cuba anda bandingkan ibu dan ayah anda, siapa nampak lebih tua? Mesti ramai yang akan cakap ibu nampak lebih tua.

Apa sebabnya? Ini antara sebab wanita akan nampak lebih tua walaupun usia masih muda!

1. Kelenjar Minyak Lelaki Lebih Banyak

Semakin banyak kelenjar minyak, semakin lambat seseorang itu mengalami penuaan. Kelenjar minyak lelaki lebih banyak berbanding wanita terutama di bahagian mulut dan mata. Sebab itulah lelaki lambat mengalami penuaaan dan kedutan di bahagian tersebut.

2. Menopause

Semakin meningkat usia, jumlah hormon estrogen yang dihasilkan semakin sedikit. Apabila wanita mengalami menopause, tahap hormon estrogen akan menurun, ia membuatkan kulit lebih kusam, muncul kedutan dan hilang rona segar pada wajah.

3. Penyusutan Tulang

Kajian menunjukkan, wanita lebih mudah mengalami osteoporosis berbanding lelaki. Penyusutan tulang juga terjadi lebih cepat pada wanita. Ia membuatkan wajah akan kelihatan lebih kecil dan kulit mengendur.

4. Wanita Lebih Mudah Stress

Wanita suka memikirkan sesuatu secara berlebihan jika dibandingkan dengan lelaki.Tambahan pula tugas wanita lebih berat berbanding lelaki, perlu bekerja, menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

6 Sebab Lelaki Lebih Suka Wanita Badan Berisi

Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus. Itu antara ciri utama bentuk badan wanita yang paling digemari oleh lelaki.

Namun, tidak semua lelaki mempunyai cita rasa yang sama. Ada saja lelaki di luar sana yang sukakan wanita berbadan besar dan yang kurus keding.

Sebenarnya ada sebab kenapa kebanyakan lelaki lebih sukakan wanita badan berisi!

1. Wanita badan berisi lebih subur & sihat

Kajian membuktikan wanita pinggul besar lebih subur dan mudah untuk melahirkan anak. Jadi tidak hairanlah wanita badan berisi sentiasa menjadi idaman lelaki.

2. Dada dan punggung lebih besar

Satu bonus bagi wanita yang memiliki dada dan punggung besar kerana dua bahagian tersebut paling digemari oleh lelaki. Bagi lelaki bentuk badan wanita berisi lebih manarik!

3. Lebih sedap untuk dipeluk

Mungkin juga ini sebab utamanya. Wanita badan berisi lebih sedap dan mudah untuk dipeluk. Kalau kurus sangat rasa tulang saja. Opss, yang kurus jangan marah ya!

4. Kelihatan lebih muda

Badan berisi buatkan wanita nampak lebih muda kerana adanya lemak pada wajah. Jika terlalu kurus, wajah jadi cengkung dan anda nampak lebih tua dari usia sebenar.

5. Wanita berisi nampak lebih dewasa

Setiap lelaki impikan wanita yang matang dan penampilan menarik. Wanita berisi memiliki dada dan punggung yang besar, tidak nampak seperti gadis remaja walaupun usia masih muda.

6. Pakai apa saja tetap nampak menarik

Disebabkan tubuh badan wanita berisi sangat menarik, apa saja pakaian yang digayakan oleh mereka cukup mengiurkan di mata lelaki.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

KAJIAN: Wanita Lebih Cenderung Minta Cerai

Kajian terbaru mendedahkan, wanita dua kali ganda lebih cenderung memohon perceraian berbanding lelaki selain lebih terbuka menceritakan masalah rumah tangga di laman sosial.

Kajian yang dilakukan oleh Prof William J Doherty dari Universiti Minnesota, Amerika Syarikat memberitahu, kedua-dua situasi itu membuatkan masalah perceraian di seluruh dunia semakin meningkat.

Tambahnya lagi, isu perceraian kini dianggap perkara biasa dan bukan lagi sesuatu perkara yang memalukan.

Kebanyakan menjadikan pasangan atau suami sebagai satu ‘aksesori’ untuk membahagiakan mereka. Jika mereka gagal menemui kebahagiaan dalam rumah tangga, wanita lebih mudah meminta cerai daripada pasangannya.

Secara purata data perceraian di Minnesota, Amerika Syarikat menunjukkan sebanyak 56 peratus daripada 577 pasangan memilih untuk bercerai berbanding untuk berbaik semula manakala hanya 12 peratus yang ingin atau mungkin berbaik semula.

7 punca perceraian semakin meningkat

1. Terlalu terdedah dengan media sosial
2. Kurang komunikasi dalam keluarga
3. Sikap yang pelbagai
4. Tidak berupaya mengendalikan konflik
5. Generasi muda cepat mengalah
6. Boleh berdikari sendiri tanpa pasangan
7. Mental dan masalah dadah

SUMBER


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

4 Jenis Teh Ini Sangat Berkesan Untuk Kurus!

Jika anda peminat tegar kopi, rasanya bolehlah bertukar minum teh kalau idamkan bentuk badan langsing dan menawan.

Teh bukan saja baik untuk sakit tekak dan relaksasi, malah ia sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.

Anda kena tahu 4 jenis teh ini yang sangat berkesan untuk hilangkan berat badan!

1. Teh hijau

Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit.

2. Teh oolong

Teh ini berasal dari China dan mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisma badan. Minum teh ini setiap hari, ia boleh menurunkan risiko obesiti.

3. Teh mint (pudina)

Aroma dari minyak peppermint dan juga komponen organik yang lain dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, bancuh teh ini dan hirup.

4. Teh putih

Kajian menunjukkan teh ini menghalang adipogenesis, proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. Mahu kekal kurus? Banyakkan minum teh putih.

SUMBER


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Anzalna Nasir Kongsi Tips Kekal Cantik & Langsing

Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan model cantik ni. Orangnya memang cukup cantik dan berperwatakan lemah lembut.

Mesti ramai yang masih ingat lagi baju kahwin Anzalna yang pernah menjadi viral. Walaupun sudah bergelar isteri, Anzalna tetap menjaga penampilannya.

Mesti ramai nak tahu rahsia pelakon ini sentiasa kekal cantik dan memiliki badan langsing.

1. Amalkan topeng Putih Telur

Untuk miliki kulit cantik dan awet muda, Anzalkan amalkan topeng putih telur. Ia mampu melembabkan wajah, menegangkan kulit dan mempercepatkan proses penjanaan pada kulit wajah.

2. Baca Selawat Setiap Kali Basuh Muka

Petua ini Anzalna sentiasa amalkan, setiap kali nak basuh muka, ringankan mulut baca selawat untuk mengekalkan keserian wajah berpanjangan setiap hari.

3. Cuci Rambut Setiap Hari Dan Sapu Vitamin

Kalau nak rambut lebat hitam ikal mayang seperti Anzalna, amalkan cuci rambut setiap hari dan sapu vitamin. Jangan malas! Hasilnya pasti akan memuaskan hati.

4. Pengambilan Makanan Sederhana

Kalau nak badan ramping, ajar diri untuk makan makanan dalam kuantiti yang sederhana, jangan terlalu makan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi. Lebihkan makan sayur- sayuran dan juga protein.

5. Banyak Minum Air Suam

Anzalna sarankan amalkan minum air suam selepas bangun tidur untuk kulit cantik semula jadi. Jangan biasakan diri minum minuman manis.

6. Jangan Terlalu Kerap Makeup

Ianya akan membantut pernafasan oxygen di wajah dan menyebabkan jerawat. Kandungan alat solek juga mempunyai kandungan bahaya dan boleh menyebabkan kedutan wajah di usia muda.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Rupanya Ini Sebab Kenapa Lelaki Susah Menangis!

Antara lelaki dan wanita, kaum wanita lebih senang mengalirkan air mata berbanding kaum lelaki. Ramai yang beranggapan, lelaki susah menangis kerana ego terlalu tinggi.

Salah tu! Seorang profeser dari Belanda iaitu Profesor Ad Vingerhoets melakukan beberapa kajian untuk lebih memahami air mata manusia. Dalam kajian ini turut membandingkan nisbah air mata lelaki dan wanita.

Wanita ternyata menangis antara 30 dan 64 kali setahun, dan lelaki hanya menangis antara 6 hingga 17 kali setiap tahun.

Kajian pakar sebelum ini juga menjelaskan ada beberapa sebab sosiologi dan fisiologi yang sangat jelas kenapa lelaki sukar mengalirkan air mata berbanding wanita.

“Lelaki lebih kurang menangis oleh sebab-sebab yang berkaitan dengan sifat dan penjagaan,” katanya.

Kajian juga mendedahkan, lelaki mempunyai tahap prolaktin (hormon yang dijumpai dalam air mata) jauh lebih rendah berbanding dengan wanita.

Sumber: Dailymail


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Rahsia Kareena Kapoor Turun 16kg Lepas Bersalin

Selepas melahirkan Taimur Ali Khan, Kareena Kapoor nekad untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan semula bentuk badannya yang langsing.

Baru-baru ini, pelakon popular Bollywood itu kongsikan kejayaannya menurunkan berat badan sebanyak 12kg.

Antara aktiviti senaman yang dilakukan Kareena secara konsisten sejak Mac lalu adalah dia kerap ke gim, melakukan yoga, tarian dan senaman pilates.

Menurut Kareena, yoga sangat baik untuk kesihatan, badan dan minda Selain latihan kardio, dia melakukan yoga selama 2 jam walaupun sibuk dengan jadualnya yang padat.

Selain itu, Kareena turut mengawal pemakanan secara ketat dan mengamalkan diet yang sihat.

1. Sarapan: Keju (Free fat), sekeping roti atau prata dengan susu, susu soya
2. Lunch: 2 Chapati, dal, salad dan sup
3. Snack: Protein shack dan buah-buahan/kekacang
4. Dinner: Chapati, dal dan sup sayuran
5. Air: 6-8 liter air setiap hari

Semasa hamil, berat badan Kareena meningkat sebanyak 18kg dan dia berazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 19 kg selepas bersalin.

Sumber: Media Hiburan


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Nampak Berani, Rupanya Song Ji Hyo Takut Serangga

Dalam ramai-ramai ahli Running Man, Song Jo Hyo antara yang paling digeruni kerana sikapnya yang tak nak kalah. Disebabkan itu dia digelar “Ace” Song Ji Hyo.

Tapi ramai tak tahu, disebalik sifat kasarnya itu, ada perkara yang paling ditakuti olehnya. Rupanya Song Ji Hyo takut dengan serangga.

Baru-baru ini, seorang peminat bertanyakan punca Ji Hyo takut dengan serangga.

Song Ji Hyo ketawa ketika menjelaskan kisah tersebut. Ketika dia masih kecil, rumah neneknya dulu mempunyai bilik mandi lama. “Saya masih ingat lagi tiba-tiba ada 2 ekor serangga meluru ke arah saya,” katanya.

“Saya terus rasa trauma selepas kejadian tersebut. Saya tak mungkin akan berkawan baik dengan serangga.”

Sumber: Soompi


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Trend Gigi Taring Jadi Kegilaan Gadis Di Jepun

Sekarang ni ramai gadis-gadis sanggup berhabis duit memakai pendakap gigi untuk mendapatkan gigi yang rata dan cantik.

Namun di Jepun lain pula ceritanya. Gadis-gadis di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring. Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal.

Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).

Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.

Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.

Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

6 Kebaikan Buah Durian Yang Ramai Tak Tahu!

Baru-baru ni ramai pulang hampa kerana tidak dapat menikmati buah durian di festival Kendurian di Shah Alam, gara-gara buah tersebut belum masak.

Tapi setiap kali festival durian diadakan, memang ramai yang sanggup turun padang untuk menikmatinya.

Selain rasanya yang sedap, ini antara kebaikan buah durian yang ramai tak tahu!

1. Menurunkan Kadar Kolesterol

Durian mempunyai kandungan zat Organosulfur yang baik untuk menurunkan kolesterol. Organosulfur juga berfungsi sebagai anti antioksida serta anti radang.

2. Mencegah Penyakit Kanser

Kandungan Phytonutrient pada buah durian mencegah penyebab kanser. Ia juga berfungsi meningkatkan sistem kekebalan tubuh serta mencegah penyakit katarak dan menurunkan risiko penyakit diabetes, kanser, tekanan darah tinggi serta jantung.

3. Mencegah Kemurungan

Buah durian mempunyai kandungan Tryptopan yang berfungsi membentuk melatonin, serotonin serta niasin yang dapat mencegah stres, kemurungan dan susah tidur (insomia).

4. Mencegah Penyakit Anemia

Buah durian mempunyai zat besi tinggi yang dapat merangsang pengeluaran haemoglobin yang ada didalam darah dan mencegah terjadinya penyakit anemia.

5. Dapat Meredakan Sakit Perut

Durian mempunyai kesan antatacid semula jadi yang dapat meredakn sakit perut. Kandungan vitamin dan zat lain yang terdapat pada buah durian dapat menghilangkan rasa sakit pada perut.

6. Dapat Memperbaiki Sistem Saraf

Kandungan vitamin B yang cukup tinggi pada durian membantu untuk memperbaiki sistem saraf. Makanlah buah durian agar saraf anda tidak mengalami kerosakan.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Terkinja-kinja Di Majlis Resepsi, Ummi Nazeera Dikecam

Baru-baru ini berlangsunya majlis resepsi secara tertutup pelakon Ummi Nazeera dan pasangannya, Mohd Izzar pada Sabtu lalu.

Sebelum ini, kisah pasangan ini menjadi perhatian kerana merahsiakan majlis pernikahan yang telah diadakan pada 23 Julai lalu daripada pihak media atas permintaan keluarga.

Kali ini lain pula ceritanya. Sejurus selepas majlis resepsi tersebut, satu persembahan tarian berlangsung. Apa yang menarik perhatian Ummi Nazeera dan pasangannya turut serta menari.

 

 

“5 Ogos 2017 | Berlangsungnya majlis resepsi pelakon cantik Ummi Nazeera & Dr Izzar. Sporting & cool habis kan ? Jom tengok laporan penuh dalam @meloditv3 jam 12.30 tengahari ini di TV3!

Posted by TV3 Malaysia on Saturday, August 5, 2017

Namun, ada pihak yang kurang senang dengan perlakuan tersebut kerana dianggap keterlaluan dan tidak sopan untuk wanita bertudung.

Selain itu, pemilihan lagu juga turut dipertikai kerana liriknya mengandungi perkataan yang sering digunakan dalam acara keagamaan.

Sumber: Oh Bulan


Koleksi video viral edisi 2017


loading...