Showing posts with label kakishare. Show all posts
thumbnail

Pecah Rekod, Pematah Hati Dua Hari Cecah 1 Juta.

KUALA LUMPUR, 1 Disember: Hanya mengambil masa dua hari sahaja, muzik video terbaharu penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Pematah Hati mencecah 1 juta tontonan.

Lebih membanggakan, muzik video yang menampilkan pelakon Aedy Ashraf itu sehingga kini selesa berada di tangga ke #3 carta Trending Youtube Malaysia sejak semalam.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Nabila berkata, dia tidak menyangka penerimaan baik terhadap muzik video itu daripada peminat dan ia kejayaan manis buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi.

Malah penyanyi berusia 25 tahun ini terharu dengan komen-komen positif mengenai hasil muzik video itu yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

Nabila turut berterima kasih kepada sokongan peminat terhadap single terbaharunya itu selain memberi komen positif terhadap muzik videonya itu.Pematah Hati adalah ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

Dalam pada itu, Nabila berkata, muzik video Pematah Hati adalah arahan dua pemuda berasal dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs.Cerita Nabila, dia dan pihak pengurusannya bertemu dengan Storytellrs yang kebetulan sedang menggembara di Malaysia sebelum mereka bersetuju bekerjasama menghasilkan muzik video tersebut.

Jelasnya, konsep muzik video berkenaan adalah idea daripada mereka sendiri yang berjaya memberi sentuhan bertaraf antarabangsa dan ia disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

Ia menjalani penggambaran di beberapa lokasi di ibu negara termasuk di Blues and Bees, The Bee dan Living Space.

Selain Aedy, ia turut menampilkan selebriti dan personaliti Yaya Zahir, Syada Amzah, Adriana Adnan, Tanjung and Wanie.Selain Youtube, Pematah Hati kink boleh dimuat turun menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Kkbox dan Deezer.

-www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Rakan Artis Pernah Offer Dadah Pada Janna Nick.


Pelakon popular Janna Nick yang pernah ditawarkan dadah oleh rakan sesama artisnya, dia juga turut akui pernah teringin untuk mencuba menambahkan tenaga kerana masih berfikiran waras.Tetapi dia menolaknya.

Namun ramai rakan artis mengambil dadah bagi tujuan berseronok dan mengatasi tekanan.Dia juga tidak kisah berkawan dengan rakan yang mempunyai tabiat buruk.

“Sebagai manusia pasti terdetik rasa ingin mencuba tapi semuanya terletak pada pendirian masing-masing sama ada untuk terjebak atau tidak. Saya sendiri tidak mahu masa depan saya gelap disebabkan dadah”

“Jika bertemu mereka saya tidak akan berjumpa pada waktu bekerja. Walaupun kadang-kadang saya tahu mereka di bawah pengaruh dadah tetapi saya okey,” katanya kepada Projek MMO mengenai beberapa kenalan memberitahunya dadah boleh memberikan tenaga.

Namun,Janna selagi boleh mengelak untuk bertemu dengan mereka yang suka membawa dadah ketika melepak.Kebanyakkan beragama Islam sedih mendegar industri hiburan yang bergelumang dengan dadah.

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Nabila Razali Si Pematah Hati Buat Peminat Sakit Hati.


Rupanya kisah percintaan Nabila Razali rupanya hanya sekadar lakonan sahaja.Difahamkan semua ini hanya gimik untuk mempromosikan video klip terbaru Pematah Hati.Apa yang boleh dicakapkan promosi dan gimik mereka sangat menjadi.

Malahan,Ada yang sehinggakan ramai yang percaya dan fikirkan benda ini benar-benar terjadi.Walaupun ramai yang rasa seperti dipermainkan dan tertipu dengan lakonan mereka.

Namun,semua tetap memuji dan bangga dengan hasil video klip yang dilakukan.Akhirnya persoalan mengapa Aedy Asharaf bersama Nabila terjawab dengan jelas.





-www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Fattah Amin Hadiahkan Kereta Peugeot Khas Orang Tersayang.


Baru-baru ini,pelakon lelaki Fattah Amin baru saja menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai berjaya merangkui trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada Mei lalu.

Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya.Perjalanan seni masih jauh buat Fattah dan pastinya hari mendatang akan lebih mencabar buat pelakon lelaki ini. 

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” jelasnya kepada BH Online.


Sumber : BH Online.

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Elyana Terima Teguran Tentang Isu Berhijab Dari Peminat.

Baru-baru ini penyanyi Elyana ada memberitahu tentang kanser limfoma yang dialaminya sejak tujuh tahun lalu.Pengumumannya itu membuatkan ramai yang bersedih serta terkejut dengan berita itu.

Namun dengan itu ada juga yang tidak berapa sensitif mengenai derita orang apabila penyanyi itu tidak berhijab dipertikaikan.Ada juga sesetengahnya lantang bersuara mengenai ibadah Elyana yang entah ke mana tetapi menyibukkan diri dengan dunia hiburan.

“Teguran itu saya terima dengan berlapang dada dan nasihat yang dikirimkan kepada saya sangat betul. Saya setuju dengan komen tersebut dan terima seadanya kerana mereka sebenarnya mendoakan yang terbaik buat saya”

“Insya-Allah, akan sampailah doa anda itu. Pada pandangan saya, ajal maut semua Allah tentukan. Tidak semestinya saya sakit kanser tahap empat saya yang akan pergi dahulu, sebab semua antara kita akan mati. Saya menghargai setiap komen dan doa,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Rasanya tidak perlu mempersoalkan ibadah orang lain dikala beliau sedang menghadapi dugaan yang begitu hebat. Siapa tahu disebalik Elyana tidak bertudung, dirinya membuat kebaikan lebih daripada orang lain.

FACEBOOK HERBAL RIMBA
 

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Bukan Mahu Cari Simpati Tapi Mahu Jadi Sumber Inspirasi - Elyana.


Setelah berakhirnya Elyana di Gegar Vaganza 4 penyanyi ini telah mengumumkan berita yang mengejutkan pada para penonton dan juri.Apabila berita tentang penyakit yang dihadapi Elyana mula diketahui ramai,ada sahaja tangan nakal yang mengatakan penyanyi ini sengaja mahu meraih seimpati.

Menurut Elyana jika dia mahu meraih simpati pasti dahulu lagi dilakukan sebaik saja disahkan doktor dirinya mengidap kanser selepas kelahiran anaknya,Cinta Sumayyah.

“Kalau saya ingin menagih simpati, dari awal dulu saya melakukannya. Ketika itu saya susah, tidak ada duit untuk membeli ubat dan susu anak. Tapi saya tidak pernah berkongsi semua masalah itu dengan sesiapa termasuk ibu bapa dan adik-beradik”

“Sudah menjadi prinsip hidup saya tidak suka menyusahkan orang. Saya mahu orang melihat saya sebagaimana diri saya yang sihat, degil, ceria, tiada masalah dan suka berjenaka,” katanya.

“Tidak sangka dalam situasi sekarang, saya masih boleh menjadi sumber inspirasi kepada banyak orang,” tambahnya.

Malahan Elyana juga berkata yang beliau terharu dengan sokongan dan doa yang diterima dari orang ramai selepas berita itu.

Sumber : Harian Metro.
 -www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Bella Astillah Nafi Buka Aib Sesiapa Cuma Nasihat Tentang Hal Rumahtangga.


Dulu berlakunya pergolakkan rumah tangga pada Bella Astillah dan banyak yang membuka mata orang kerana kekuatan Bella mengharugi dugaan itu.Namun itu,Bella tampil berkongsi tentang apa yang terjadi kepada wanita yang banyak bertanyakan kepadanya.

“Saya tiada niat membuka semula cerita ini kepada orang sebaliknya ingin berkongsi apa yang terjadi dan bagaimana saya mengharunginya. Perkara ini dilakukan selepas menerima banyak mesej peribadi di media sosial, mereka ingin tahu bagaimana saya mendapat kekuatan”

“Jadi disebabkan ramai sangat yang menghantar mesej dan saya tak mampu hendak membalas semuanya jadi saya terpanggil untuk berkongsi secara terbuka hari ini. Tujuan saya hanya untuk berkongsi kepada mereka dan tiada niat untuk mengaibkan sesiapa,” katanya kepada Astro Gempak.

Selain itu, Bella menafikan andai majlis itu berniat untuk membuka pekung didada serta mengaibkan maruah sesiapa.Bagaimanapun di majlis yang dinamakan Mutiara Hati bersama Bella Astila telah diadakan semalam di Putrajaya, turut hadir bersama memberi sokongan, Aliff Aziz. 



FACEBOOK HERBAL RIMBA

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Pilu! Ini Luahan Menyayat Hati Suami Elyana Yang Buat Ramai Netizen Sebak

Disebelik ketawa dan senyum Elyana,hanya dia yang tahu betapa luluh hati isterinya ketika dimaklumkan menghidap kanser limfoma tahap dua sekitar tahun 2012.

"Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa," itu kata-kata rutin lima tahun yang diungkapkan suami Elyana, Khairul Anuar Hussin bagi memujuk hati isteri tercinta keluar daripada belenggu emosi.

"Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat.

"Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

"Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

"Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu.

"Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti? 

"Memang, waktu itu saat paling sukar bagi kami dan rasa sangat down. Tugas saya sebagai ketua keluarga dan suami hanya mampu berdoa dan berada di samping isteri saya sepanjang masa," kongsi isi hati Khairul kepada Astro Gempak.

Namun,emosi Elyana lebih terumbang-ambang apabila memulakan proses rawatan komoterapi.Selepas enam kali membuat rawatan kemoterapi,dia merasakan ada harapan untuk Elyana pulih.Apabila sel kanser itu mulai mengecut derita Elyana pula tidak tertanggung.

"Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

"Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

"Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya," tambah Khairul.



FACEBOOK HERBAL RIMBA

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

"Dahlah Tak Kepam, Busuk, Bau Bawang" - Suami Hina Isteri Tak Pandai Jaga Diri Akhirnya Menyesal Tak Sudah


Pada zaman sekarang ini banyak kisah-kisah rumah tangga dikongsi di media sosial terutama kaum wanita yang mengeluh dengan sikap suami mereka yang berubah setelah lama berkahwin. 

Ketika susah isteri yang banyak berkorban namun tidak banyak yang dipinta cuma kesetian dan kejujuran dari seorang lelaki bernama suami. 

Kisah Haida yang dikongsi di ini sedikit sebanyak boleh dijadikan iktibar untuk semua terutamanya pasangan suami isteri muda. 

"Tahun Ni Je Dah Banyak Kali Kantoi"

Tak dinafikan layanan suami terhadap aku cuma endah tak endah atas faktor kesibukan mencari nafkah untuk menampung hidup yang tinggi. Sebab itu aku tak pernah menyalahkan takdir dengan apa yang telah terjadi. 

Orang yang tak lalui apa yang kami lalui mungkin tak faham. Aku dah terbiasa hidup seorang diri sehingga aku mudah mengalah dengan keadaan demi mengenangkan anak yang masih kecil. 

Masuk tahun ini adalah tahun ketiga kami berkahwin. Genap juga 10 kali rumah tangga aku goyah. Aku tak tahu dimana silapnya kerana pada awalnya semuanya indah-indah belaka. 

Namun masuk tahun kedua, telefon suami aku pun dah berpassword sehingga aku sendiri pun tak tahu apakah password telefon suami aku. Namun, tuhan masih nak tunjuk kecurangan suami aku. 


Ketika suami aku tengah mandi, aku cuba 'hack' telefon suami aku dan aku berjaya tengok perbualan antara suami dan seorang wanita. Siap bersayang bagai dan paling menyedihkan suami aku sendiri bercerita buruk mengenai aku di depan wanita lain. 

Hati perempuan mana yang tak sedih dan menangis bila baca perbualan suami dengan wanita lain. Suami aku kata aku ni busuk, kusam, gelap dan macam-macam lagi kata yang menghiris hati ku ini. 

Aku pun ambil gambar perbualan mereka dan tunjuk dekat suami. Memang mengamuk kerana kecurangan dia akhirnya terbongkar juga. Selama 2 tahun dia menipu aku. Setelah dipaksa dia akhirnya mengaku juga pernah terlanjur dengan wanita itu dan selama 2 tahun jugalah dia ber'couple' dengan wanita tersebut. 

"Suami Kata Aku Tak Berseri Lagi" 

Namun aku tetap cuba untuk mempertahankan rumah tangga demi anak aku yang masih kecil. Aku bimbang jika anak aku membesar tanpa kasih sayang bapanya sendiri. 

Tak sangka aku yang sering baca kisah-kisah rumah tangga orang lain beranggapan bahawa aku tak akan jadi seperti itu. Tapi mimpi buruk itu menjadi kenyataan. 

Aku juga terfikir untuk minta cerai tapi setelah dinasihatkan oleh ibu bapa dan kawan-kawan itu mungkin jalan yang telah terakhir. Selagi ada jalan aku akan cuba berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga aku. 

Jika suami aku kata aku tak berseri, aku akan cuba berubah untuk memikat suami aku kembali. Nasib baik aku mempunyai rakan baik yang memahami apa yang aku lalui kerana dia pun pernah melalui perkara yang sama. 


Selama ini aku silap kerana setelah berkahwin dan beranak aku tidak menjadi penampilan aku sehingga suami aku tertarik dengan wanita lain. 

Sejak dari itu, aku mengubah penampilan aku, ubah cara pemakaian aku dari 'makcik-makcik bawang' ke lebih bergaya. Malah aku juga mengamalkan minuman khusus untuk wanita seperti aku. 

Setelah konsisten minum Sophie Pure Marine Collagen ini aku perasaan kulit aku makin cerah dan berseri. Dah tak kusam seperti dulu. Kulit aku makin berseri dan akhirnya suami aku pun menyedari perubahan yang berlaku. 

Suami aku menyedari kesalahannya dan walaupun pahit untuk ditelan aku tetap menerima kemaafannya. Kini aku dan suami aku semakin bahagia. Nasihat aku kepada wanita-wanita diluar sana, kalau suami berlaku curang cuba tengok diri sendiri. 

Mungkin salah kita juga kerana tidak menjaga penampilan diri sendiri. Aku sarankan supaya cuba amalkan minum SPMC ni. Kalau nak cuba boleh hubungi hotline SPMC.


Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

10 Gambar 'Hot' Gadis Kedah Yang Teruk Dikecam Netizen


Baru-baru ini kisah Siti Nurfarahin semakin menjadi bualan netizen. Mana tidaknya sebelum ini ramai netizen mengecam Nurfarahin dengan pelbagai kutukan yang sangat memalukan. 

Namun, bagi gadis yang berasal dari Kedah itu, dia sebenarnya tidak mahu melayan kata-kata negatif pahlawan kekunci yang sering mengutuknya. Menurut pemilik School of Makeup iaitu Siti Nurfarahin, dia sememangnya tidak melayan dan menganggap ianya lumrah di media sosial. 

"Biasalah tu netizen..mereka ni memang pandai cakap je lebih. Saya orang Kedah mestilah ada pelat Kedah kan" jelasnya lagi. Semalam kecoh di media sosial apabila ada segelintir netizen menganggap bahawa Nurfarahin seperti 'jakun' sehingga membuat live tutorial makeup di kota London. 


"Saya memang suka makeup. Lagipun saya tak kacau siapa-siapa di sana. Buat live pun dekat tempat yang kami menetap. Orang kat sana pun sporting je" kata Farahin lagi. 

"Ianya satu pengalaman yang amat berharga dapat ke London dan Paris. Memang impian saya untuk pergi ke sana dan buat tutorial live di London atau Paris. Lagipun bukan selalu dapat ke sana."

"Dulu saya hanya buat makeup di kampung atau di sekitar Kedah tapi hari ini saya impian saya sudah tercapai. Alhamdullilah" Kami kongsikan secara ekslusif 10 gambar terkini dan hot Siti Nurfarahin. 




Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Esok Nikah, Ini Reaksi Izara Aishah Bila Dapat Rolls Royce Untuk Hadiah Kahwin


Wah, wah, wah! Bertuah betul menjadi seorang Izara Aishah.  Belumpun bernikah, dia sudah terlebih dahulu menerima hadiah perkahwinan daripada bakal abang iparnya, Anas Khalid.

Lihat sahajalah video yang sudah tular ini. Jelas terpancar keterujaan di wajah pelakon berkenaan dan tunangnya, Adib Khalid, 27, apabila menerima sebuah kereta Rolls-Royce.

"Macam mana perasaan baru beli Rolls-Royce sebagai hadiah perkahwinan?" tanya abang sulung Adib itu.

Apa lagi, senyum macam kerang busuklah Adib sebab gembira sangat kan. Kedengaran Izara dan Adib mengucapkan terima kasih kepada Anas.


Memetik BH Online, Rolls-Royce model Phantom berkenaan dianggar bernilai lebihi RM1 juta selain dilengkapi perincian dalaman mengikut keinginan pelanggan serta spesifikasi serba mewah.

Pasangan berkenaan akan diijabkabulkan esok, manakala resepsinya akan dilangsungkan di sebuah hotel di ibu kota, Ahad ini.

Untunglah belum kahwin dah dapat kereta mewah. Apapun, semoga semuanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan mereka kekal bahagia bersama. - www.kakishare.tv

FACEBOOK HERBAL RIMBA

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

Budak Kampung Kedah "Beraksi" Di Kota London Dapat Kecaman Netizen


Setiap orang pasti inginkan dapat melancong ke luar negara seperti Paris atau London. Pada Ogos lalu, kecoh di media sosial apabila sekumpulan anak muda yang sedang melancong membuat onar di Jepun sehingga  mendapat pelbagai reaksi netizen. 

Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan ketika melancong kerana setiap rakyat Malaysia yang berada di luar negara ibarat duta imej dan nama baik negara.

Dan baru-baru ini, seorang pelancong wanita dari Malaysia turut membuat 'onar' sehingga mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Malah ada segelintir netizen menyifatkan tindakan wanita itu seperti menjatuhkan maruah negara. 


Menurut sumber, wanita itu turut membuat video live yang di depan mercu tanda kota Paris yang terkenal iaitu Eifel Tower serta di kota London.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, wanita itu dikatakan sanggup terbang ke London demi memenuhi  kegilaannya terhadap 'makeup'.

Apa yang lebih memeranjatkan ialah wanita itu turut memberitahu dia telah menyimpan wang sehingga RM100,000 hanya untuk membuat 'live' tutorial 'makeup'di London.

Bagi netizen yang rata-ratanya sudah diketahui memang selalu akan mengecam tanpa mengetahui kisah sebenar. Komen pedas netizen kalau dibaca memang sangat menyakitkan hati. 


"Ko guna duit customer ke tu holiday kat London tu?" 

"Buat malu je cakap utara kat London...takde class kau ni..kalau tak reti speaking jangan pi London" komen seorang lagi netizen. 

"Nak menunjukkan la tu dia kaya..beli beg kertas LV je kot" 

"Dia ni bodoh ke ape makeup dalam sejuk"

Memang pedas kecaman netizen kepada wanita tersebut.  Namun menurut wanita tersebut, dia tidak kisah apa orang nak kat kerana kegilaannya terhadap 'makeup' telah membawanya ke London serta Paris.

Malah dia sanggup mengorbankan percutiannya di London demi membuat 'live makeup' kepada para peminatnya. Dia juga turut berkongsi kisah tersesat di kota London kerana 'acah-acah' pandai. 

Bagi Siti Nurfarahain, dia amat berbangga kerana suatu ketika dulu dia hanya 'makeup' di kampung-kampung dan sekarang ini dia telah berjaya mencapai impiannya untuk 'makeup' di London. 

Koleksi video viral edisi 2017


thumbnail

11 Sebab Kenapa Jadi 'Single' Sebenarnya Lebih Best Dari 'Couple'



Masih ramai yang memilih untuk hidup solo atau single berbanding mempunyai pasangan kekasih seperti orang lain.

Ada yang pernah bercinta berkali-kali namun gagal, ada juga yang tidak pernah bercinta hingga ke hari ini. Antara sebab-sebab ramai yang memilih untuk hidup solo adalah seperti berikut.

Walaupun hidup ini diciptakan berpasangan tetapi ramai je diantara kita masih hidup 'solo' dan 'single'. Malah ada yang selesa hidup membujang. Mungkin ini antara sebab kenapa jadi 'single' ni lagi best rupanya.


1. Anda Sedar Anda Banyak Sangat Masa Terluang


Ha..bila single ni tak banyak sangat aktiviti kena buat. So boleh lah gunakan masa yang ada untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah kan!

2. Boleh Keluar Lepak Dengan Kawan-Kawan




Tiada siapa yang boleh 'jeles' jika anda luangkan masa anda melepak dengan kawan-kawan. Lagi best kot!

3. Boleh Makan Apa Saja Yang Korang Nak



Nak makan durian boleh...nak makan sambal udang petai yang sedap tu pun boleh.. nak makan bawang putih banyak-banyak pun tak kisah sebab takde sape nak bau pun.

4. Tak Perlu Beri Hadiah Kat Orang..Baik Bagi Kat Diri Sendiri




Kan lebih baik macam ni..dari bagi kat orang lebih baik kumpul duit dan bagi hadiah untuk diri sendiri. Mesti rasa lebih happy!

5. Tak Perlu Sorok Tabiat Buruk




Mungkin anda suka pakai seluar dalam yang sama dua hari berturut-turut. Mungkin anda suka kutip makanan yang jatuh atas lantai atau mungkin anda jenis yang tak suka mandi berhari-hari lamanya. Takde siapa kisah pun!

6. Tak Perlu Risau Bergaduh




Kalau hidup single ni tak yah risau nak 'gaduh-gaduh' sebab benda remeh macam kenapa tak balas Whatsapp walaupun tengah 'online'. 

7. Boleh Makan Kat Mana Je Yang Korang Nak



Dah single ni boleh je makan kat mana-mana..warung tepi jalan pun steady je. Takdelah asyik nak makan kat restoran hipstur je. 
8. Nak Pergi Travel? Takde Sapa Boleh Halang




Kadang-kadang terasa nak bagpack ke luar negara. Jalan terus je yang penting PTPTN tak sangkut. Shiok tu!

9. Tak Payah Bazir Duit Beli Barang Untuk Hari Kekasih



Bila 14 Februari je semua benda nak jadi mahal. Bunga sekuntum pun sampai cecah RM50! Baik belanja adik beradik makan KFC.


10. Tak Perlu Nak Pakai Baju 'Couple'



Haha..korang tak perlu kena paksa nak hadap pakai baju 'couple' setiap kali pergi dating! Kesian.

11. Akhirnya Boleh Buat Apa Saja Yang Korang Nak Buat


Korang boleh bebas je nak buat apa pun tanpa perlu minta izin dengan BF/GF. Ini tak sikit-sikit kena tanya BF/GF dulu.

Yang penting, korang tak perlu nak sambut Hari Kekasih sebab korang boleh sambut Hari Single dengan SGShop yang akan buat Online Shopping Party 11.11 ni!

Kalau korang shopping dengan SGShop dari 1 Nov hingga 7 Nov korang boleh dapat 100% Cashback mengikut barangan terpilih.

Apa yang korang perlu buat ialah hanya tinggalkan komen dekat SINI berapa banyak korang dah belanja dengan SGShop. Nanti cashback tu akan dimasukkan ke dalam akaun SGReward korang.

Untuk info lanjut boleh kunjungi

Website SGShop: http://ift.tt/1PEN7le

Instagram: http://ift.tt/2ctd8u4

FB: http://ift.tt/2lpmEps

#1111ShoppingParty #SGshopMalaysia #TaobaoAgent

Koleksi video viral edisi 2017


loading...