Showing posts with label Oh! Semput. Show all posts
thumbnail

12 GAMBAR - SUASANA MAJLIS ULANGTAHUN RAJA NOORA, IBU JEJAI

Ibu kepada Jejai iaitu Raja Noora telah menyambut hari lahirnya yang ke-68 itu secara kecil-kecilan bersama keluarga dan teman rapat. 

Meskipun sudah menganjak ke usia 68 tahun, namun nampaknya Raja Noora masih lagi cantik dan bergaya. 

 



"Happy 68th birthday Mummy. Tq for being a second mother to me. Semoga mummy dipanjangkan umur, di murahkan rezeki dan bahagia hingga ke jannah. Amin," ujar Nora Danish di laman IGnya. 

Selamat hari lahir kami ucapkan! 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Sumber www.myartis.com
thumbnail

'SAYA BUKAN UNTUK DIA, DIA BUKAN UNTUK SAYA' FAZURA DOAKAN KEBAHAGIAAN SAM DAN SYATILLA


Sebelum ini, satu Malaysia mengetahui bahawa Fazura pernah mengakui bahawa dia bercinta dengan Shaheizy Sam namun perkara itu dinafikan oleh pelakon lelaki tersebut. Sentiasa positif, Fazura menjelaskan dia berokngsi kegembiraan apa Sam mengumumkan akan berkahwin dengen Syatilla Melvin Februari nanti.

“Saya gembira untuk mereka dan mendoakan agar Sam dan Tilla (Syatilla) bahagia ke anak cucu. Kalau dijemput, saya pergi untuk sama-sama meraikan hari bahagia mereka. Saya bukan untuk dia dan dia bukan untuk saya”

“Saya gembira untuknya,” jelasnya kepada BH Online. Selain itu, Fazura dalam masa yang sama turut mengakui bahawa dia kini bagai dapat berasakan jodohnya juga semakin hampir dan dia sendiri sudah bersedia untuk bergelar isteri.

4- Saya Bukan Untuk Dia, Dia Bukan Untuk Saya - ROTIKAYA

“Doakan yang terbaik dan terima kasih kepada semua peminat. Saya juga bersyukur kepada Allah atas rezeki dan rahmat daripada-Nya,” katanya. Mungkin juga ketika ini ada sesuatu yang Fazura rahsiakan mengenai jodohnya. Apa pun, semoga segala perancangan Fazura akan dipermudahkan. (SUMBER ROTIKAYA)
thumbnail

Zarina Anjoulie Kini Hamil Anak Sulung


Tahniah diucapkan kepada pelakon Zarina Anjoulie kerana kini telah hamil anak pertama bersama suaminya. Perkara tersebut dikongsikan bersama peminatnya di laman Instagramnya baru-baru ini.

7- Zarina Anjoulie Kini Hamil Anak Pertama - ROTIKAYA
Perkara tersebut mendapat reaksi positif daripada peminatnya yang turut mendoakan agar segalanya akan berjalan lancar buat pelakon ini. Zarina sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dan menetap di Brunei bersama suaminya.


Setelah selesai mengenai kes dadahnya di mahkamah tahun lalu, Zarina pernah menyatakan mahu memulakan hidup baru bersama keluarganya ini selain berazam untuk berubah dan menjadi seorang isteri serta muslim yang lebih baik.

Semoga segala persiapan dan juga perancangan akan dipermudahkan buat keluarga ini dan semoga ikatan yang terjalin akan berkekalan hingga ke akhir hayat. (SUMBER ROTIKAYA)

Zarina Anjoulie Kini Hamil Anak Pertama
thumbnail

ISTERI DI BELASAH SAMPAI MATI AKIBAT CURANG

Hiasan

Beaufort – Gara-gara mengesyaki isteri menjalin hubungan sulit de­ngan orang lain, seorang buruh bertindak nekad membelasah isterinya hingga menemui ajal dalam kejadian di tepi jalan kebun kelapa sawit di Kampung Muhibbah di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 3.50 petang itu, mayat mangsa, Jum Dala, 42, seorang suri rumah ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan lebam di mata kiri oleh orang awam.

Mangsa dibelasah menggunakan batang besi paip sepanjang 1.8 meter selepas suaminya mengesyaki isterinya yang tidak bekerja mempunyai hubungan sulit dengan orang lain.

Satu sumber berkata, pemeriksaan ke atas mayat wanita itu menemui kesan koyakan pada baju dengan tudung yang dipakai turut tertanggal. Mangsa dipercayai menemui ajal selepas bahagian kepalanya terkena pukulan yang kuat.

Selain itu, salah sehelai daripada dua helai seluar yang dipakai mangsa terlucut akibat pergelutan. Wanita itu dikatakan mempunyai enam anak, lapor Kosmo.


thumbnail

Bengang Jem Roti Habis, Kepala Isteri Dijadikan Mop


SEORANG lelaki di Fruitland Park, Florida, Amerika Syarikat, ditahan pihak polis kerana menggunakan kepala isterinya untuk mengelap lantai rumah.

Kejadian pelik ini bermula apabila suspek, Keith Davidson, mencari jem untuk disapukan pada roti di rumahnya. Namun dia berang apabila mendapati kesemua jem yang ingin dimakan telah habis.

Disebabkan itu, dia dan isterinya bergaduh sehingga susu di meja makan terjatuh dan tumpah ke atas lantai.

Ini membuatkan Keith bertambah marah lalu bertindak menggunakan kepala dan rambut isterinya untuk mengelap sisa susu yang tertumpah tersebut.

Isterinya yang mengalami kecederaan akibat keganasan menelefon talian kecemasan 911 membuatkan pihak berkuasa datang lalu menahan Keith untuk didakwa atas tuduhan mendatangkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Metro UK

thumbnail

AKIBAT 'PELANGGAN' LELAKI DIKUTUK HITAM & BERBAU, WANITA INI DILAKUKAN SESUATU DENGAN KEJAM


JAKARTA – Gara-gara ditegur badan berbau, se0rang wanita muda mati dibunuh 0leh lelaki yang berang dengan keceluparan mulutnya ketika memberikan ‘perkhidmatan’ kepada pelanggan terakhirnya itu.

Tertuduh, Pri0 Sant0s0, 24, tidak berpuas hati dengan mangsa, Deudeuh Alfisahrin, 26, yang bekerja sebagai ‘pela-cur’ enggan melakukan hubungan s-3ks dengannya dalam temp0h yang lama.

Menurut Pri0, kali pertama dia melanggan mangsa adalah pada Mac lalu yang dikenali melalui laman Twitter sebelum bertemu muka di rumahnya.

Pada waktu itu, mangsa meminta lelaki itu melakukan hubungan s-3ks dengan cepat kerana lelaki itu merupakan pelanggan wanita itu yang terakhir. 

“Walaupun Deudeuh se0rang wanita yang cantik, tetapi saya tidak berpuas hati dengan layanannya dan merancang untuk melanggannya smeula,” kata Pri0.

Pri0 sekali lagi melanggan perkhidmatan mangsa pada Jumaat lalu dan kali ini, perkhidmatan yang diberikan 0leh mangsa jauh lebih buruk.

Lelaki itu berang apabila janda anak satu itu sekali lagi menggesanya melakukan hubungan s-3ks dengan cepat. Ditambah pula mangsa mengutuk kulitnya yang hitam serta badannya berbau.

Tindakan mulut mangsa yang celupar itu menyebabkan lelaki itu berang dan menjerut leher mangsa dengan kain sehingga mati sebelum melarikan diri.

Pri0 ditangkap 0leh pihak berkuasa pada Rabu lalu ketika sedang tidur bersama dengan isterinya di rumah mereka.

thumbnail

“Poyolah, Pinjam Sikit Pun Nak Berkira” – Penghutang

MUNGKIN anda akan bersetuju dengan apa yang ingin kami perkatakan ini..

Tidak kira tua atau muda, majoriti kita pasti akan mengalami ‘masalah’ rasa serba salah ketika kawan-kawan menyatakan hasrat hendak meminjam wang kita.
Lebih-lebih lagi jenis rakan yang ‘mulut manis’ dan susah hendak bayar hutang, betul tak?
Beberapa screenshot perbualan Whatsapp yang kini menjadi viral di laman sosial menunjukkan seorang individu memarahi sahabat baiknya sendiri disebabkan tidak meminjamkannya duit telah menerima kecaman netizen.
Mangsa yang menegur sikap sahabatnya itu telah memberikan nasihat agar rakannya itu berubah namun dirinya pula yang dimarah akibat bersikap ‘poyo’ seperti mana dalam perbualan di bawah.

utang
utang2
utang3
utang4
Walau apa-pun yang berlaku, hutang itu WAJIB dibayar dan Islam sendiri tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang.
Rasulullah pernah bersabda “berhati-hati dalam berhutang, sesungguhnya berhutang itu sesuatu kesedihan pada malam hari dan kerendahan diri di siang hari”.
Renung-renungkan… -SUMBER MYNEWSHUB.CC
thumbnail

AKUI BERSEDIH : SAYA KURUS SEBAB TAK MAKAN MALAM - FASHA SANDHA


Meskipun mengaku yang dia sedang bersedih, namun Fasha Sandha sebaliknya menafikan yang kesedihannya itu menyebabkan dia kini semakin kurus. 

"Jangan salah anggap bahawa saya kurus kerana bersedih. Saya kurus kerana tak makan malam. 

"Ya betul, memang saya sedang bersedih. Tetapi saya seorang wanita yang tabah dan kuat. Saya tidak akan tunjukkan kesedihan saya. Sebagai wanita jangan jadikan alasan bersedih untuk menjadi 'serabai' dan tidak terurus. 

"Kehidupan perlu diteruskan. Sebagai wanita kita harus berdikari setiap waktu," jelasnya dipetik sebagai berkata. 

Malah ketika hadir baru-baru ini di majlis perkahwinan Kavita Sidhu dan suaminya, Roberto Guiati, Fasha yang hadir tanpa Jejai sempat mengelak soalan mengenai rumahtangganya. 

Fasha yang ketika itu duduk bersebelahan dengan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita Datuk Susilawati, tetap mengunci mulut walaupun kerap diajukan soalan panas oleh media. 

 

"Saya tak makan malam, saya gantikan dengan kolagen Seputeh Salju. Ia bukan sahaja menjadikan kulit saya lebih cantik, malah perut saya sentiasa kenyang. 

"Saya minum dua kali sehari," katanya seolah mahu mengalihkan perhatian. 

Untuk rekod, Fasha dan Jejai berkahwin pada April tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Putra Rayfal dan Raysha Jemyma. 

 

 

 


Sumber: BH 
thumbnail

CHE TA RANCANG BELI HARTANAH DI LONDON


Jika sebelum ini, Maya Karin terlibat di dalam jual beli hartanah di Eropah, kini pelakon dan juga usahawan wanita berjaya Che Ta turut merancang untuk membeli hartanah di London.

“Setakat ini saya masih meninjau beberapa pangsapuri yang bersesuaian dengan bajet. Kalau boleh saya tidak mahu pemilihan dilakukan secara tergesa-gesa kerana banyak aspek perlu diambil kira termasuk potensi jangka panjang”

“Perancangan ini sudah lama difikirkan iaitu sejak setahun lalu memandangkan kami sekeluarga suka bercuti di sana. Daripada membayar sewa tinggi, lebih baik mencari aset yang boleh dimiliki dan disewakan,” jelasnya kepada BH Online.

Untuk itu, Che Ta menetapkan tempoh setahun lagi untuk merealisasikan impiannya mendapatkan unit kediaman tiga bilik di lokasi berpotensi seperti di kejiranan Knightsbridge, di sana. Semoga apa yang diimpikan oleh Che Ta menjadi kenyataan seterusnya membakar semangat insan lain untuk turut berjaya. (SUMBER ROTIKAYA)
thumbnail

Isu Rider Piza Maut: Salah Sistem Atau Pelanggan Tidak Sabar?

STRATEGI pemasaran kebanyakan syarikat makanan segera terkenal yang menjanjikan penghantaran pesanan piza dalam masa hanya 30 minit menimbulkan isu baru-baru ini.

Ia menjadi sensasi selepas salah seorang penghantar piza maut akibat nahas sebelum sempat menghantar pesanan kepada pelanggan di Teluk Intan, Perak pada Jumaat lalu.
Mangsa yang bekerja di bawah francais piza yang tidak dinyatakan namanya atas sebab tertentu itu meninggal dunia selepas motor yang dipandunya gagal mengelak sebuah kereta.
Namun, ini bukanlah insiden kemalangan pertama yang melibatkan penghantar piza.
Pada tahun 2014 lalu, seorang lagi pekerja di Pulau Pinang nyaris maut apabila motorsikal yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah kereta semasa dia sedang dalam perjalanan untuk menghantar pesanan.
Persoalannya, berbaloikah menaruh nyawa demi sekeping piza? Sampai bilakah syarikat makanan segera ini memandang enteng isu yang melibatkan ajal pekerja bawahannya?
Atau, siapa yang sebenarnya perlu dipersalahkan?
Tanpa menuding jari ke arah mana-mana pihak bagi mencetuskan satu topik perbualan terbuka,  Mynewshub akan mengupas isu ini dengan lebih mendalam sekali gus mengenal pasti di mana silapnya.
Isu ini timbul sama ada ianya wujud dalam sistem penghantaran itu sendiri ataupun atas kecuaian pekerjanya.
DILEMA MENGEJAR MASA
Menurut pengurus salah sebuah francais piza di negara ini, Nor Hidayah Binti Abu Bakar, 22, penghantar piza biasanya tertekan dengan jangka masa penghantaran tidak munasabah yang diberikan oleh pelanggan.
Oleh itu, mereka terpaksa memandu dengan lebih laju dan selalunya melebihi had kelajuan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan.
1
Pengurus restoran, Nor Hidayah Bt Abu Bakar, 22: “Penghantar piza biasanya tertekan dengan jangkamasa penghantaran tidak munasabah yang diberikan oleh pelanggan.”
“Dalam hal ini, kredibiliti penghantar piza bukanlah isu yang sebenarnya. Ini kerana, kami tegas dalam mengambil rider atau penghantar yang mempunyai lesen motorsikal kelas B2 yang sah sahaja.
“Namun, volum pesanan daripada pelanggan yang tinggi setiap hari menyebabkanrider kami terpaksa memandu melebihi had laju dan ini adalah satu keadaan yang sukar dielakkan,” terang Nor Hidayah.
Mengakui bahawa nyawa rider ini diibaratkan bagai dipertaruhkan di atas jalan, Nor Hidayah berkata pelanggan sepatutnya faham situasi yang dialami penghantar.
“Dalam sehari, ada di antara rider kami yang terpaksa menghantar lebih 20 pesanan ke alamat yang berbeza, dan proses ini mengambil masa atas faktor-faktor tertentu.
“Namun, ada sesetengah pelanggan yang tidak faham lalu bertindak untuk memaki-hamun pekerja kami apabila penghantaran mengalami kelewatan, dan ini mengakibatkan tekanan kepada rider.
Seorang lagi pengurus cawangan syarikat piza berbeza yang kami temui, Khairudin bin Andikgauk, 26, juga menegaskan nahas maut berlaku kemungkinan besar bukanlah berpunca daripada kecuaian penghantar piza itu.
4
Pengurus, Khairudin Andikgauk, 26: “Had kelajuan yang perlu dipatuhi oleh penghantar piza adalah 60km/j sahaja dan mereka tidak dibenarkan untuk melanggar syarat tersebut serta peraturan jalan raya lain sama sekali.”
“Syarikat kami sediakan kursus untuk bakal penghantar piza bagi latih mereka sebelum kerja. Dalam kursus itu, mereka akan jalani taklimat mengenai keselamatan dan hak-hak mereka sebagai penghantar piza dan sebagainya.
“Selain itu, rider kami juga telah sedia maklum bahawa setiap pekerja mempunyai perlindungan SOCSO serta diberikan insurans kemalangan dan nyawa.
“Di samping itu mereka ada kad perubatan jika mengalami kecederaan semasa waktu bekerja. Jadi tiada isu pengabaian keselamatan dan kebajikan pekerja dalam hal ini,”jelas Khairudin lagi.
Khairudin turut menjelaskan bahawa had kelajuan yang perlu dipatuhi oleh penghantar piza adalah 60km/j sahaja dan mereka tidak dibenarkan untuk melanggar syarat tersebut serta peraturan jalan raya lain sama sekali.
“Segala peraturan telah termaktub di dalam prosedur operasi standard (SOP), jadi pelanggarannya akan dikenakan tindakan seperti diberikan kaunseling dan lain-lain,”tambah Khairudin.
PENGHANTAR TIDAK CELIK HAK
Seperti yang sedia maklum, setiap organisasi pasti mempunyai prosedur operasinya sendiri, begitu juga syarikat francais makanan segera.
Apabila dituju soalan, rata-rata daripada mereka ternyata tidak tahu langsung berkenaan hak mereka sebagai pekerja!
Bukan sahaja itu, malah mereka juga mengambil jalan mudah dengan menunggang motor berdasarkan had kelajuan terlalu tinggi dengan alasan tidak mahu dimarahi pelanggan.
“Kalau tak laju tak sampailah,” seloroh salah seorang penghantar yang dikenali sebagai Fitri.
Maka jelaslah di sini bahawa punca berlakunya kemalangan yang meragut nyawa penghantar piza telah terpecah kepada tiga faktor: tekanan daripada pelanggan, kekangan masa, dan kecuaian penghantarnya sendiri.
Namun, ketiga-tiga ini tidak boleh dipersalahkan secara total.
Syarikat francais itu juga sepatutnya bertindak lebih bertanggungjawab dalam memastikan sistem dan kepuasan pelanggan bertemu di satu titik tumpuan yang sama adil.
Ini kerana setakat ini masih belum ada sebarang makluman daripada pihak mereka untuk memastikan tindakan sewajarnya akan diambil agar tiada kemalangan meragut nyawa pekerja mereka berlaku lagi di masa akan datang.
Mynewshub telah cuba untuk menghubungi pihak yang berkenaan namun usaha kami untuk mendapatkan komen daripada syarikat francais piza itu masih belum berjaya. – MYNEWSHUB.CC
thumbnail

Tempat-Tempat Aneh Di Dunia Yang Pasti Anda Belum Pernah Lihat


Devils Postpile, California
Cave of Crystals, Mexico
‘Door to Hell,’ Turkmenistan
Crescent Lake, China
Dragon’s Blood Trees, Socotra
Crooked Forest, Poland
Great Blue Hole, Belize
Split Apple Rock, New Zealand
‘7 Giants,’ Russia
Eye of the Sahara, Mauritania
Zhangjiajie National Park, China
Red Beach, China
Thor’s Well, Oregon
Avenue of the Baobabs, Madagascar
Fingal’s Cave, Scotland
loading...