Showing posts with label RT. Show all posts
thumbnail

Elyana Sedih Terpaksa Gugur Kandungan

Menghidap penyakit kanser Limfoma tahap empat, Elyana mendedahkan sebenarnya baru-baru ini beliau disahkan hamil dua bulan namun terpaksa menggugurkannya diatas sebab kesihatan.

BACA: Hilang Sabar, Elyana Mengamuk Di Instagram

“Sebenarnya 10 hari lalu saya terpaksa menggugurkan kandungan yang sudah berusia dua bulan. Keputusan tersebut terpaksa dilakukan atas sebab keadaan kesihatan saya yang tidak mengizinkan. Tambahan pula sekarang saya perlu makan ubat yang banyak”

Keadaan itu membuatkan Elyana sangat sedih kerana kemahuannya menginginkan anak yang ramai tidak tercapai. Malah tambahnya lagi, sebelum ini juga beliaupernah keguguran kerana hamil di luar rahim.

“Saya memang nak sangat anak sebab suka anak yang ramai. Sebelum ini saya pernah cuba dapatkan anak angkat tapi rezeki tak ada. Tiba-tiba dapat tahu hamil tapi terpaksa gugurkan. Saya sangat sedih sebab memang nak sangat anak”

“Sebelum ini pernah gugur tapi disebabkan hamil luar rahim. Kalau kanser saya ini masih peringkat awal mungkin saya boleh kuat tapi peringkat sekarang takut nanti bayi lahir tidak cukup sihat,” luahnya kepada m Star Online.

Semoga Elyana tabah menghadapi dugaan ini, tidak semua mampu tersenyum selepas pelbagai ujian diberikan. Mungkin tiada rezeki untuk menambah cahaya mata, tapi Tuhan kurniakan rezeki berbentuk lain. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Bestnya, Jom Habiskan Masa Sehari Bersama BoBoiBoy Di MAPS Perak

Cuti sekolah nak dekat dah. Mesti ramai ibu bapa yang tengah merancang ke mana nak bawa anak-anak pada cuti sekolah nanti. Tak payah pening kepala, bawa je anak-anak ke MAPS Perak.

Rugi kalau anda tak bawa anak-anak ke MAPS Perak cuti sekolah kali ini sebab banyak aktiviti menarik disana disediakan.

Paling best, bersempena dengan cuti sekolah ini, MAPS mengadakan promosi harga tiket serendah RM60 setiap seorang. Masa ni la nak bergembira dengan ahli keluarga. So mesti korang nak tahu apa yang best dekat sana? Jom tengok apa yang best!

Dapat jumpa geng BoBoiBoy

Paling best, boleh habiskan masa bersama BoBoiBoy di sana. Ada tayangan istimewa BoBoiBoy the Movie, pertemuan eksklusif bersama BoBoiBoy Galaxy, Aktiviti Mencari Harta Karun, BoBoiBoy Galaxy Card Battle dan banyak lagi.

Banyak permainan mendebarkan, memang gayat!

Selain itu, siapa yang sukakan aktiviti mencabar, boleh la cuba permainan yang buatkan anda terhuyung-hayang seperti Space X-Plorers, Hyperspin, Asteriod Attack dan macam-macam lagi permainan mendebarkan.

Lebih menarik, anak-anak anda boleh ke BoBoiBoy Hero Academy untuk rasai sendiri pengalaman sebagai BoBoiBoy. Memang best!

Asia’s First Stunt Legends

Tak lengkap rasanya jika datang ke MAPS kalau tak menonton persembahan stunt motorsikal dan kereta yang menakjubkan. Bukan senang nak tengok aksi drift kereta sampai berasap tayar. Rasa macam tengok filem Fast & Furious.

Restoran BoBoiBoy & banyak lagi restoran dengan tema menarik

Kalau lapar anda tak perlu risau. Di MAPS, Perak disediakan banyak restoran menarik untuk anda. Ada Tok Aba Kokotiam, The Croods Caveteria, Monkey Business Candy dan banyak lagi. Memang anda akan puas hati dengan menu dan harganya.

Bergambar dengan BoBoiBoy & menangi hadiah menarik!

Sepanjang 8 hari program cuti sekolah tersebut, jangan lupa untuk sertai peraduan best ini! Muat naik gambar terbaik bersama BoBoiBoy di Instagram, dan sertakan hashtag #boboiboyMAPS atau #boboiboyholiday.

Gambar dengan kepsyen yang kreatif dan menarik akan memenangi hadiah menarik dari MAPS.

1x Pemenang Hadiah Utama:
– 2 Dewasa + 2 Kanak-kanak Tiket Masuk MAPS
Penginapan 2D1N di Casuarina @ Meru – Family Suite
 – MAPS Goodie Beg beserta 2 set alat tulis BoBoiBoy
 – Exclusive Meet & Greet Session bersama BoBoiBoy Galaxy di MAPS

4x Pemenang Hadiah Istimewa :
 4 Pemenang akan dipilih
 Setiap pemenang menenangi 2 tiket masuk MAPS
 MAPS Goodie Beg beserta 2 set alat tulis BoBoiBoy
 1 Set Makan Malam di Labu Sayong Signature CafĂ© (Meru) untuk 2 orang

Movie Animation Park Studios kini menawarkan pakej eksklusif sempena cuti sekolah:

1. RM90 (Dewasa) / RM80 (Kanak-kanak) Pakej* (setiap seorang)
– Termasuk RM30 baucer

2. RM70 (Dewasa) / RM60 (Kanak-kanak) Hanya untuk pakej tiket (setiap seorang)

3. 2-hari pas* : RM120 (Dewasa) / RM110 (Kanak-kanak) (setiap seorang)
– Termasuk RM30 baucer

MAPS Perak juga akan menawarkan pas malam yang membolehkan anda untuk mengunjungi taman tema ini bermula jam 6.00 petang sehingga 10.00 malam pada 19 Mac 2018 sehingga 23 Mac 2018 pada harga RM35 sahaja.

*Tertakluk Pada Terma dan Syarat
*Sah pada 17 – 25 Mac 2018 sahaja

Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang MAPS atau ke laman Facebook Movie Animation Park Studios


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Nelydia Senrose Terima Jika Jodoh Jutawan Muda

Baru-baru ini tersebar gambar mesra diantara Nelydia Senrose dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr H. Mengakui sedang berkawan rapat, Nelydia menjelaskan hubungan mereka kini masih di peringkat perkenalan.

BACA: Jutawan Muda Kekasih Baru Nelydia Senrose?

“Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih. Cuma saya mohon doakan jodoh terbaik untuk saya. Jika sudah ditakdirkan dan kami ada jodoh, saya nak akhiri zaman bujang”

“Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali,” jelasnya kepada Harian metro mengenai dakwaan beliau bercinta dengan seornag jutawan muda.

Tambah Nelydia, beliau mula berkawan dengan Jejaka yang juga seorang ahli perniagaan berjaya itu beberapa bulan yang lalu. Buat masa ini, Nelydia tidak menolak andai jodoh ditakdirkan dengan jutawan muda itu.

Sebelum ini sekeping gambar menunjukkan Nelydia berpelukkan dengan jejaka berkenaan, disamping tangannya di dada jejaka tersebut tersebar. Ramai mendakwa jejaka tersebut merupakan kekasih hati baru Nelydia. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Fasha Sandha Dikecam Berpakaian Nampak Dada

Semalam Fasha Sandha antara tetamu yang hadir memeriahkan malam berinai pernikahan Elvina Mohamad yang bertemakan Bollywood. Tapi apa yang menjadi bualan ramai, baju yang dikenakan Fasha menampakkan lurah payu daranya.

BACA: Fasha Sandha Tak Perlukan Bodyguards

Ramai memuji kecantikan Fasha namun mereka menegur bahagian dada beliau yang sedikit terdedah. Dalam beberapa gambar yang dikongsi, mata netizen nampaknya lebih tertumpu kepada dada yang ditonjolkan.

Bagaimanapun menerusi komen yang ditinggalkan, ramai yang mencerca dengan kata-kata kesat dan kasar berbanding menasihati secara lembut. Sehingga mencetuskan perbahalan dikalangan peminat.

Lebih hebat lagi, ada di kalangan mereka menganggap aksi berahi Fasha itu untuk menggoda suami orang. Jauh sungguh pemikiran mereka ini, mungkin masih trauma dengan kejadian kebelakangan ini mengenai poligami.

Tidak salah untuk menegur kesilapan seseorang tapi biarlah kena dengan caranya. Tidak perlulah sampai memaki hamun dan melemparkan kata-kata kesat. Pun begitu Fasha tidak melatah dan membiarkan ruangan komen terbuka. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Elfira Loy Masih Hubungi Sufian Suhaimi – Pengurus

Tidak tahan melihat pihak disebelah sana terus berkata-kata, pengurus Sufian Suhaimi, Mahadhir Mohamad, tampil mendedahkan beberapa perkara. Jelasnya selepas mereka putus secara rasminya pada 18 Febuari lalu, Elfira sebenarnya masih menghubungi Sufian.

BACA: “Masa Bertunang Pun Sudah Tawar Hati”

“Selepas putus tunang, Elfira masih menghubungi Sufian tapi saya minta Sufian supaya tak perlu lagi layan, tapi Sufian ni jenis lelaki yang baik dan tak boleh menolak. Saya ada minta dia tak perlu panjang-panjangkan lagi dan move on dan Sufian pun dah tak mahu lagi hubungan ini,”

Menyingkap kembali hubungan mereka dulu, Sufian mengambil keputusan untuk bertunang kerana tidak mahu masyarakat memandang serong kerana sikap Elfira yang kerap mengikuti Sufian ke lokasi persembahan.

“Sebelum bertunang, El kerap telefon dan ikut Sufian ke sana-sini, siang dan malam. Sufian rasa tak manis begitu dan memilih untuk bertunang dan berkahwin, baginya itu jalan terbaik dari orang fitnah”

“Sufian sanggup korbankan karier meskipun dia sedar dia penyanyi baru dan kami pengurusan sudah menasihati dia supaya tak kahwin awal tapi dia kata itu takdir dan kami terima keputusannya itu”

Dalam masa yang sama, Mahadhir kesal dengan sikap keluarga Elfira yang terus memberikan kenyataan hingga mendedahkan banyak perkara kepada media. Mahadhir turut hairan dengan dakwaan mengatakan Sufian menipu mereka.

“Saya tak tahu apa yang Sufian tipu, adakah sebab emak Elfira ada menghubungi wanita yang mengakui sebagai bekas kekasih Sufian dulu? Ingin saya terangkan, Sufian dan gadis berkenaan tidak mempunyai hubungan mesra dan hanya kawan biasa, tapi orang luar yang salah faham”

“Jadi di mana penipuan yang dia lakukan, Sufian tak lari daripada media. Sebaliknya pihak sana, kenapa tak tampilkan Elfira menjawab persoalan ini, hanya ibu dan bapa yang keluarkan kenyataan,” jelasnya kepada m Star Online. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Eina Azman Dapat Hadiah Kereta Mewah Lagi

Bahagia melayari kehidupan perkahwinan bersama, suami dan sepasang kembar, Datin Paduka Eina Azman semalam menerima kejutan hadiah kereta mewah sempena ulangtahun kelahirannya kelmarin yang dimuat naik di media sosial.

BACA: Eina Azman Hadiahkan Jam RM40,000 Untuk Anak

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih sayang untuk majlis hari jadi yang menakjubkan. Saya sangat gembira. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata bagi menggambarkan perasaan saya”

“Terima kasih sayang kerana menjadi suami serta ayah yang baik,” tulisnya di akaun Instagram berterima kasih kepada suami sempena ulangtahun kelahiran beliau kelmarin berserta dengan beberapa gambar majlis hari jadi.

Menerusi gambar-gambar di Instagram, Eina bukan sahaja menerima kereta mewah, malah turut diraikan dalam majlis yang diadakan di hotel mewah di ibu negara bersama keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Malah sebelum itu juga, Eina turut menerima hadiah-hadiah mewah lain dari suami. Wah, beruntung jadi Eina mempunyai suami yang sangat romantis dan penyayang. Semoga rumahtangga Eina terus dirahmati selalu. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Ibu Elfira Loy Terus Sindir Sufian Suhaimi?

Tidak pasti sindiran itu ditujukan kepada siapa, namun kata-kata ibu Elfira Loy, Filzah Yusoff terus mencetuskan spekulasi mengenai pertunangan anaknya dan Sufian Suhaimi yang putus. Dalam kenyataan itu Filzah mempersoalkan sikap seorang individu yang suka menipu.

BACA: “Saya Sudah Putus Asa Kawal Keadaan”

“Dari hari pertama menipu sampailah hujung tanduk pun masih menipu bila nak berubah? Seseorang yang sudah biasa berbohong baik dalam ucapan mahupun tindakan hakikatnya sedang menjerumuskan diri ke lembah kehinaan”

“Dia sedang menambah catatan amal buruknya yang kelak harus dipertanggungjawabkan. Berupayalah menghindari kebohongan seremeh apa pun berlaku jujur baik dalam ucapan dan tindakan. Betapa pun pahitnya yakinlah kejujuran akan lebih dihargai,” tulisnya.

Sejak semalam, Filzah aktif meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang yang dipercayai Sufian. Sebelum ini Filzah menyebut mengenai isu permintaan wang hantaran yang tidak mampu ditunaikan Sufian.

Akaun nama Mamacat2016 itu bagaimanapun tidak mendapat reaksi positif netizen yang rata-rata menempelak tindakan wanita itu. Keadaan itu membuatkan Filzah bertelagah dengan netizen yang tidak bersetuju dengan pendapatnya. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Restoran Aliff Syukri Diserbu Penguatkuasa

Gara-gara meletakkan meja yang menghalang laluan, restoran Aliff Syukri yang terletak di Kota Damansara diserbu penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kejadian tersebut berlaku malam semalam.

BACA: Pelakon Meluat Perangai Perasan Bagus Aliff Syukri

Meluahkan rasa kecewa dengan perkara tersebut melalui Facebook Live, dalam masa yang sama pihak penguatkuasa turut merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.

Operasi restoran berkenaan bagaimanapun berjalan seperti biasa selepas serbuan diadakan. Nampaknya sehingga kini Aliff tidak pernah lekang dengan kontroversi dan juga beberapa perkara yang menarik perhatian warga laman sosial untuk bercerita.

Apa pun, semoga segala perniagaan yang dijalankan oleh Aliff ini berjalan dengan lancar hendaknya. Adat berniagalah itu, cabaran sikit-sikit. (rtky/s)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Wanita Dedah Fatin Afeefa Tidur Dengan Suami Orang?

Sebelum ini, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pengakuan pelakon Adam Shahz tentang dakwaan bekas isterinya Fatin Afeefa dikatakan bermain bomoh selepas Adam menemui beberapa bukti di rumahnya.

Selepas pengakuan tersebut dibuat, kes tersebut terus senyap tiada khabar berita sehinggalah muncul dakwaan terbaru tentang Fatin Afeefa dikatakan bermain cinta dengan orang suami orang.

BACA: Adam Shahz Dakwa Bekas Isteri Curang, Kaki Sihir

Menerusi laman Twitter, seorang wanita mendedahkan bukti dan mendakwa Fatin menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya. Wanita itu juga mendakwa, Fatin dikatakan tidur dengan suaminya dan gambar tular Fatin bercium dengan seorang lelaki merupakan suaminya.

Selepas gambar tersebut tersebar, Fatin sendiri menafikan wanita di dalam gambar itu bukan dirinya dan ianya adalah fitnah semata-mata.

Menurut wanita itu lagi, Fatin juga dikatakan pernah mengajak suaminya untuk tidur di rumah sewa pelakon itu dan semua bukti ada ditangannya.

Tambah wanita itu lagi, Fatin pernah berjanji untuk tidak lagi menghubungi suaminya, namun mereka masih lagi keluar bersama.

Sejak kisah ini tular, Fatin belum lagi tampil untuk memberikan penjelasan. Diharap kes ini dapat diselesaikan secara baik.


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Jom Jumpa Shimmer & Shine Dan Baby Shark Depan Mata Di Sunway Pyramid Cuti Sekolah Ini!

Perhatian buat ibu bapa yang kini sedang menghitung hari untuk bercuti bersama anak-anak sempena cuti sekolah – Sunway Pyramid bawakan khas Pinkfong’s Baby Shark dan juga beberapa lagi karakter Nickelodeon yang pastinya akan membuatkan anak anda tak tenang duduk di rumah.

Selain itu terdapat beberapa lagi aktiviti menarik sepanjang 16 hingga 19 Mac ini. Eh, cakap banyak pun tak guna, mari kami kongsikan terus apa aktiviti yang anak anda boleh sertai sepanjang cuti sekolah kali ini di Nickelodeon Playland.

1. Jumpa Shimmer & Shine (16 sehingga 18 Mac 2018)

Bagi anak-anak yang menjadi peminat setia Shimmer & Shine, ini peluang mereka untuk beramah mesra bersama karakter kegemaran. Bukan selalu boleh jumpa Shimmer & Shine depan mata! Nanti boleh cerita pada kawan lain bila buka sekolah.

2. Panjat Paw Tower & Rasai Keseronokan Tanpa Henti

Ada Paw Tower juga di sini dan rasai keseronokan meluncur dengan laju. Jangan risau, di bahagian bawah menara ini terdapat foam yang pastinya tidak merbahaya dana akan membuatkan si kecil mahu mencubanya berulang kali.

3. Blaze & the Monster Machines – Pantas Dan Mendebarkan

Ini pun pastinya menjadi salah satu kegemaran buat anak anda. Manalah tahu, bakat anak anda sebagai pelumba kerata dapat dicungkil melalui permainan Blaze & the Monster Machines ini.

4. Menyanyi & Menari Bersama Pinkfong’s Baby Shark (16 sehingga 19 Mac 2018 di LG2 Orange Concourse)

Tidak dapat dinafikan, selain anak-anak, ada juga ibu bapa yang sungguh teruja apabila mendengar lagu Baby Shark. Bagi sama-sama merasai kegembiraan bersama anak-anak, jangan lupa untuk sama-sama bawa anak anda ke LG2 Orange Concourse di Sunway Pyramid!

Jadikan musim cuti sekolah kali ini satu kenangan yang menjadi ingatan buat anda sekeluarga dan bagi si kecil, masa yang diluangkan anda bersama mereka pastinya merupakan hadiah yang cukup bermakna.

Jika anda tidak mahu ketinggalan tentang aktiviti menarik sepanjang cuti sekolah ini, jom ikuti mereka di Facebook Sunway Pyramid dan juga website www.sunwaypyramid.com untuk sebarang maklumat lanjut.


Video panas artis Malaysia


thumbnail

“Berdarah Kacukan Tapi Tak Reti Cakap English?”

Baru-baru ini, pelakon Emma Maembong memuat naik video bagi mempromosikan produk kecantikan jenama ibunya di akaun Instagram.

Apa yang menjadi perhatian dalam video tersebut ialah Emma bertutur dalam bahasa Inggeris dan rata-rata peminat terkejut dengan slang yang dituturkan oleh Emma. Ada yang memuji dan ada juga yang mengecam.

Emma juga turut menerima mesej dari netizen yang mengecam pertuturan bahasa Inggeris Emma yang teruk dan banyak kesalahan tatabahasa. Netizen itu juga memerli Emma kerana tidak pandai berbahasa Inggeris walaupun berdarah kacukan.

Berikutan itu, Emma membalas komen tersebut menerusi Insta Stories dan mengakui bahawa dirinya tidak fasih berbahasa Inggeris dan masih belajar.

Emma juga meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang cuba mematahkan semangatnya untuk terus belajar. Katanya lagi, jika hendak memberi teguran, berilah teguran dengan cara yang elok.


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Sherry Ibrahim Bengang Dengan Pereka Pelamin

Selesai sudah majlis persandingan terakhir Fattzura kelmarin, tiba-tiba dunia hiburan dikejutkan dengan berita Sherry Ibrahim menyelar tindakan perunding perkahwinan terkenal, Rekateemor mengaitkan namanya dengan perkahwinan pasangan tersebut di media sosial.

BACA: Sherry Ibrahim Ambil Masa Untuk Bercinta

Seperti sedia maklum, selain Neelofa, Sherry juga pernah bercinta dengan Fattah Amin namun hubungan itu tidak kesampaian. Menerusi posting itu, Rekateemor bertanya kepada Sherry, adakah beliau sudah melihat perkahwinan Fattzura.

Tanpa usul periksa, Sherry terus berang dan memuat naik status menyelar tindakan perunding perkahwinan no.1 Malaysia itu dan menganggap tindakan mengaitkan namanya sebagai biadap. Malah Sherry turut meminta pihak Rekateemor membuat permohonan maaf.

Namun hasil penyiasatan kami, pendapat Sherry itu tidak disokong ramai. Ramai beranggapan Sherry terlalu mengikut emosi dengan menyelar pihak perunding perkahwinan itu tanpa cuba menyelesaikan dengan cara baik dahulu.

Manakala, di akaun Instagram Rekateemor pula, pihaknya menjelaskan bahawa akaun media sosial mereka telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab, sekaligus menabur fitnah kepada Sherry. Ramai memuji tindakan perunding perkahwinan itu yang profesional.

Buat masa ini Sherry masih berdiam diri dengan penjelasan yang dibuat oleh pihak Rekateemor. Harapnya hal ini dapat diselesaikan dengan cara baik, mungkin selepas ini lebih berfikiran positif kerana segala hal boleh ditanya terlebih dahulu sebelum menyerang melulu. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Rahsia Amyra Rosli Turun 13kg Langsing Lepas Bersalin

Bukan senang nak jaga badan selepas bergelar ibu. Namun apa yang dilakukan oleh pelakon cantik Amyra Rosli untuk miliki badan langsing sangatlah mudah dan boleh dilakukan oleh setiap wanita.

Mesti ramai wanita di luar sana tertanya-tanya tentang bentuk badan cantik Amyra Rosli.”Eh, bukan baru beranak ke? Cepatnya kurus!”

Menurut Amyra, dia memiliki berat 45kg sebelum hamil dan mengalami pertambahan kepada 58kg sepanjang kehamilan sehingga tempoh bersalin.

Namun, menurut Amyra dia tidak menghadkan pengambilan makanan dan makan nasi seperti biasa memandangkan dia perlu memberi susu badan kepada anaknya, Aqeef Anaqi yang kini berusia 4 bulan.

Rupanya rahsia Amyra kekal langsing adalah dengan mengamalkan minum air suam berserta lemon.

“Myra gunakan cara detoks dengan minum air suam bercampur lemon atau teh campur lemon setiap hari,” katanya kepada Hijabista.

Tambah Amyra lagi, amalan tersebut bukan saja untuk membuang toksin dalam badan, malah untuk mencantikkan kulit.


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Nabil Ahmad Pengacara Lelaki Paling Mahal?

Sering mengacarakn acara-acara besar, Nabil Ahmad menafikan dakwaan mengatakan beliau merupakan pengacara termahal di Malaysia. Bagi Nabil, soal harga bayaran bergantung kepada keadaan dan ianya boleh dibawa berbincang.

BACA: Nabil Ahmad: Tiada Istilah Diva, Jangan Nak Poyo

“Nak cakap harga saya mahal, tak juga sebab saya selalu mendapat tawaran daripada penganjur yang sama, mereka ‘repeat order’ dan semuanya bergantung menerusi sesi perbincangan dengan pelanggan”

“Bagi saya, skil perhubungan awam serta hubungan baik dengan penganjur harus saya pentingkan berbanding meletakkan harga mahal. Jika acara itu melibatkan organisasi besar, takkan saya mahu meletakkan harga murah pula?”

“Secara peribadi, soal meletakkan harga, semuanya mengikut keadaan dan boleh dibawa berbincang,” jelasnya kepada portal Astro Gempak mengenai dakwaan mengatakan beliau antara pengara termahal.

Tambah Nabil, beliau selalu mengingatkan dirinya untuk merendah diri dengan kedudukan yang dikecapinya kini kerana segalanya bermula dari bawah. Malah Nabil juga berkongsi pengalaman pernah mengacarakan majlis tanpa ada bayaran di sebuah stesen minyak di kampungnya.

Bukan senang untuk berjaya tapi tidak mustahil, apa yang penting adalah usaha dan percaya pada diri. Tahniah Nabil yang semakin sukses, semoga pengalaman beliau memberi inspirasi kepada mereka yang masih belum berjaya. (rtky/w)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Mahu Berubah, Fathia Mohon Padam Video Kontroversi

Kesal di atas kesilapan lalu, pelakon Fathia Latiff meminta agar pihak yang pernah memuat naik video tariannya di Bigo dipadamkan.

Menurut Fathia, dia mengakui kesilapannya itu dan ia merupakan pengajaran besar buat dirinya.

BACA: Fathia Latiff Mahu Dalami Ilmu Agama

“Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut.

“Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di YouTube.

“Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi ikhtibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna,” katanya kepada mStar Online.

Nekad mahu berubah, dia tidak mahu lagi dibayangi kesilapan lalu dan mahu terus pandang kehadapan.

“Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang. Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi,” katanya.

Fathia bakal muncul dengan single baru dan dikhabarkan bakal memulakan pengambaran drama tidak lama lagi.


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Nabil Ahmad: Tiada Istilah Diva, Jangan Nak Poyo

Pengacara dan pelawak popular, Nabil Ahmad, yang bakal menyambut ulang tahun ke-10 dalam industri hiburan tempatan, berkata resepi kejayaannya yang masih bertahan selama ini adalah sikapnya yang tidak ‘diva’ dan sentiasa merendah diri.

BACA: Peminat Fattah Amin Serang Nabil Ahmad

Walaupun kini dia boleh dikatakan sebagai pengacara yang dibayar dengan harga yang paling tinggi di Malaysia.

“Saya dulu bekerja sebagai Mat Despatch sahaja, pernah dapat RM500 ke RM600 saya pernah rasa semua tu. Bila malam pula saya jual burger. Jadi bila orang kata pengacara lelaki paling mahal, saya rasa saya murah sebab tu saya banyak mengacara.

Saya dapat banyak repeat order. Saya maintain sahaja harga, sebab saya punya konsep daripada tak ada apa-apa, baik saya buat. Ada job boleh selit, Alhamdulillah,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media bersamanya sebentar tadi.

Tambahnya lagi, sikapnya yang merendah diri dan tidak ‘jual mahal’ membuatkan peminat-peminatnya selesa untuk terus bersama dan memberikan sokongan.

Buktinya, sempena ulang-tahunnya yang ke-10 dalam industri hiburan, Nabil akan memberikan hadiah buat peminatnya dengan membawa mereka bersama-sama mengerjakan umrah pada awal Ramadan tahun ini.

“Resepi saya senang untuk saya bertahan 10 tahun dalam industri jangan jual mahal, jangan nak poyo, atau eksyen. Saya bekerja untuk industri, buat apa kita nak menyombong. Mungkin saya tak ada duit, tapi saya ada maruah.

Sempena ulang tahun ke-10 saya mahu berkongsi rezeki dengan peminat dengan memberikan mereka hadiah istimewa, jika diizinkan Allah, saya mahu bersama peminat mengerjakan umrah pada awal Ramadan nanti. Saya pilih berpuasa bersama peminat di Tanah Suci Makkah pada bulan Ramadan iaitu pada tarikh 13-23 Mei ini,” katanya lagi. (rtky/h)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Farid Kamil Didakwa Buat Laporan Palsu

Nampaknya masih belum reda kes berkaitan Farid Kamil apabila dia telah didakwa di Mahkamah Majistret pada Jumaat atas tuduhan membuat laporan polis palsu. Bagaimanapun pelakon lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

BACA: Rakan Artis Mahu Saman Farid Kamil

Menurut laporan mStar Online, Farid didakwa mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan itu.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 193 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dan denda, jika disabit kesalahan.

Farid turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara pada 11 Januari lalu dan dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari lalu.

Apa pun, semoga perkara sebegini dapat diselesaikan dengan segera dan tidak berlanjutan bagaikan tidak berkesudahan. (rtky/s)


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Dipanggil Gorila & Babi, Siti Sarah Nekad Berubah

Jika dibandingkan dengan penampilan penyanyi Siti Sarah dahulu dengan sekarang, memang banyak perbezaan ketara. Sekarang ni makin cerah, langsing dan cantik.

Baru-baru ini, Siti Sarah kongikan luahan perasaannya di Instagram punca dan sebab mengapa dia nekad untuk ubah penampilan diri. Tambahnya lagi, perkongsian itu juga adalah untuk menyeru wanita lain di luar sana untuk berubah dan tidak menerima nasib sama sepertinya.

Pernah dipanggil gorila, badak, babi

“Siapa ingat gambar ini? Mungkin ramai yang kata kenapa nak cerah kenapa nak berubah buat apa? Awak tiada di tempat saya, awak tak hadap apa yang saya hadap. Ya, saya memang kuat untuk hadap banyak benda.

“Tapi saya tahu ramai orang yang tak boleh menghadapi tekanan apabila dikutuk dipanggil gorila, negro, nama-nama binatang (badak,babi dan seangkatan dengannya) siapa yang tahan!

“Apabila ada orang ingat tak tak sama tarat dengan dia! Kau salah!! Ini masa untuk berubah. Saya tahu ramai wanita yang diluar sana nak berubah. Jangan berubah untuk orang lain. Berubah untuk diri sendiri. Yang penting perubahan perlukan kesabaran.

Rata-rata netizen menyokong perubahan Siti Sarah dan berharap agar orang diluar sana tidak menghina ciptaan Tuhan.


Video panas artis Malaysia


thumbnail

Pesanan Bapa Elfira Loy Buat Sufian Suhaimi

Bapa kepada Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin meminta Sufian Suhaimi tidak memberikan kenyataan lagi berhubung isu putus tunang supaya tidak memanjangkan isu terbabit. Beliau juga berharap keluarga Sufian dapat menasihati Sufian berkenaan isu ini.

BACA: Lebih 1 Juta Tonton Luahan Hati Sufian Suhaimi

“Sejak cincin tunang dipulangkan kepada keluarga Sufian di Muar, saya fikir, hal ini tidak akan berpanjangan. Malah, bapa saudara yang mewakili keluarga Sufian ketika itu pun berharap tak perlu dipanjangkan lagi isu putus tunang ini”

“Namun, perkara di sebaliknya terjadi. Saya lihat Sufian terus bercerita dan anak saya, hanya beberapa kali memberi kenyataan. Saya fikir, kenapa dia perlu ‘main’ lagi isu itu? Anak saya juga tidak mahu memanjangkan lagi perkara itu”

Tambah bapa Elfira lagi, beliau berharap kenyataan berterusan dari pihak Sufian bukan sebahagian daripada strategi untuk melariskan lagu barunya, Di Matamu yang bakal keluar tidak lama lagi.

“Bagi saya, ayah atau bapa saudara Sufian elok menasihatinya supaya tidak memanjangkan perkara itu. Sufian boleh cakap ‘tidak’ untuk memberi komen. Saya kurang pasti apakah semua ini strategi Sufian dan pihak pengurusannya untuk mempromosikan lagu baharunya,” jelasnya.

Dalam perkembangan terbaru, dengarnya Sufian sempat memberi ucapan hari jadi kepada bekas tunangnya itu semalam. Namun ditegur netizen kerana menganggap Sufian seolah masih tidak ‘move on’ dengan perpisahan mereka. (rkty/w)


Video panas artis Malaysia


loading...