Showing posts with label makinviral. Show all posts
thumbnail

ALLAHUAKHBAR!! 10 GAMBAR Siapa Sebenarnya SULTAN KELANTAN yang selama ini DIRAHSIAKAN. Mari kenali...


ALLAHUAKHBAR!!  10 GAMBAR Siapa Sebenarnya SULTAN KELANTAN yang selama ini DIRAHSIAKAN. Mari kenali... | Pepatah menyebut 'Raja yang adil/baik raja disayangi rakyat, raja yang zalim lagi keji raja dibenci.' Peribahasa ni aku dah ubah...

Hari ni aku bercerita tentang sultan, sultan yang menjadi kesayangan rakyat....siapa lagi kalau bukan putera Sultan Kelantan yg sudah dinobat menjadi sultan Kelantan tidak lama dulu. Sebelum ni mana pernah aku kisah pun pasal sultan. "Hadoo aku kesahh?" Ahh..ganaznyer ayat aku.(Encemnyerrr masa muda Tuanku Faris ni)... Ada dikalangan Rakyat kelantan sendiri tidak kenali Sultan Kelantan secara dekat..Teruskan Membaca


Kenapa kelantan ek? Aku kan org pahang. Ceritalah sultan Phg ke, yg Dipertua Neg.Sembilan ke? At least atuk sebelah abah aku asal Negeri Sembilan? Tidak. Tidak. Aku takkan bercerita tentang sultan negeri lain, hatta negeri Pahang yg kecoh dgn kontroversi Lynas yg tidak mendapat pembelaan itu.

Jauh sekali nak cerita pasal sultan negeri Johor, Selangor atau mcm² negeri lain lagi. Hanya Sultan Muhammad v Kelantan yg bertahta dihati....... iaitu Tuanku Muhammad Faris Petra yg ingin aku perkatakan. Kenapa? Sebab dia disayangi dan disukai ramai org bukan hanya dari kelantan malah rakyat dari negeri lain termasuk aku.


...........banyak yg aku baca tentang Tuanku Muhammad Faris Petra ni...selain rajin imamkan solat...baginda jugak rajin melawat rakyat²nya.....sempoi dan penuh sederhana. Tak menyombong diri mahupun berlagak. Wajahnya saja dah terpamer jiwa kerendahan budi, Insyaallah.

Setakat ni kita tak mendengar cerita² negatif tentang baginda, dan sememangnya kita tak mahu mendengarnya. Apa yg boleh aku katakan, alhamdulillah dikurniakan sultan yg begini. Tuanku Muhammad Faris Petra satu dalam seribu sultan.............!
.

Beruntungnya kelantan memiliki ulama² yg disegani seperti Tuan Guru Nik Aziz dan ramai lagi ulama dan guru² agama, begitu juga Sultan yg baru ini...penuh budi-pekerti merendah diri. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat kasih-sygNya kpd para ulama dan sultan seperti baginda walau dimana jua berada.


Sedikit Info mengenai baginda: Lahir pada 6 October 1969.....wah 6 Oct. sama dgn kakak aku. Hensem plak tu. Mudah membahasakan diri SAYA atau KITA, adalah putera sulung. Pernah mendirikan rumahtangga tetapi jodoh tidak panjang, baginda tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama isteri. Baginda menukarkan laungan "Daulat tuanku" kepada "Allahuakbar" supaya rakyatnya mendapat pahala apabila melaungkan laungan tersebut.


(Gambar ketika muda yg pertama tu) adalah ketika ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada Oktober 1985. Baginda menjawat jawatan itu sehingga 13 September 2010 sebelum Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan yang ke- 29. Mulai 13 Disember 2011, baginda telah dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong untuk satu penggal (5 Tahun).

Baginda dikenali sebagai seorang Raja Melayu yang warakmesra rakyat dan mengutamakan Agama Islam dalam setiap hal. - Ayat perenggan ni aku petik dari http://ift.tt/2ed1jXQ.














Setakat tu dulu info mengenai baginda, kalau ada aku tambah lagi. Bukan dah tak ada tapi penat so, nk berehat seketika bersama kit kat. Oh ya, baginda jugak suka pakai jubah. Yerlah...raja² ,anak raja, dan org² kebanyakkan macam kita mana suka selalu berjubah² ni. Aku tahu pun melalui apa yg ditulis oleh media dan gambar² sebagai bukti. 

Thanks to all bloggers, wikipedia, media, yg keluarkan gambar tentang sultan yg aku ambil ni.....ramai, nak tulis pun tak larat (ayat cover - malas). Jangan tiru sifat ini.......

Gambar baru. Sultan Kelantan makan bersama rakyat ketika di masjid

Update: Gambar terbaru baginda Sept 2014 menunaikan umrah. Fb.


Update: Dibawah adalah gambar yg aku baru upload hari ni 27 Dec 2014, sultan Kelantan mencemar duli dengan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir besar dibumi kelahiran baginda Kelantan. "Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya." Itulah peribahasa yg paling sesuai untuk baginda. Membantu rakyat dalam kesusahan dan tanpa diiringi oleh pengiring2 dan pengawal peribadi sikitpun tidak menjatuhkan martabatnya. Malah dipandang mulia, dihormati, dan dikasihi sekalian rakyat tidak kira dari negeri mana. 





Baginda memandu sendiri kenderaannya dan membantu rakyat Kelantan yg ditimpa musibah banjir




Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!!

Pemandu Grabcar Ini Ambil Penumpang Di Sentul. Bila Ditanya, Penumpang Ini Mula Mengalirkan Air Mata !!! | Beberapa hari yang lepas semasa saya menjadi pemandu GRAB, saya telah mendapat panggilan masuk dari Sentul. Saya terus menuju ke situ dan berhenti di kawasan rumah pangsa. Saya agak terkejut kerana penumpang itu adalah seorang makcik yang sudah berumur dan berjalan dengan sokongan tongkat. Gerak langkahnya agak sukar. Saya segera keluar dari kereta untuk membantu beliau memasuki kereta.


Apabila ditanya destinasi tujuan makcik itu menyatakan ingin ke HKL. Suasana sepi sebentar. Saya memulakan bicara apabila melihat makcik itu hanya terdiam sepi sambil memandang diluar tingkap. “Siapa yang ajar puan menggunakan aplikasi grab nih?”, soal saya memulakan bicara. “ Anak makcik. Dia bagi hand phone ni untuk mudahkan makcik ulang alik ke hospital pergi check-up. Anak dah kerja dan sudah berkahwin. Tinggal pulak berasingan. Memang pada mulanya makcik memang tak tahu nak guna. Tapi cekalkan hati belajar dan berani guna. Makcik tak mahu paksa anak hantar kerana takut mereka berdosa kerana menolak, memberi alas an atau menghantar dengan terpaksa dan muka masam. Biarlah makcik guna teksi atau pun grab nih”.

Dia terdiam sejenak. Saya sedia mendengar luahan hatinya. Mungkin ini melegakan dirinya kerana ada teman berbicara. “Sekarang saya sedar, kita tunaikan amanah Allah menjaga anak untuk menyenangkan hidup mereka. Tapi jangan mengharap anak meyenangkan hidup kita.” Saya lihat dari cermin pandang belakang, mata makcik itu berkaca. “ Dosa berkata ‘uhh’ pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan pula menolak, memberi alasan atau bermasam muka bila diminta sesuatu. Biarlah saya anggap saya sudah tunaikan amanah saya memelihara mereka. Biarkan mereka hidup tanpa diganggu”. Allahuakbar!!! Saya pula yang hampir menitiskan air mata. Sebak!
Katanya itu benar-benar memberi kesan dalam hati saya.Bukan tak pernah menolak permintaan mak abah. Pernah juga memberi alasan untuk tidak menunaikan permintaan mereka dan yang paling dikesalkan bukan tak pernah bermasam muka dengan mereka. Astagfirullah!!! Ampunkan diriku. Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunai tanggungjawabnya,tetapi melakukan lebih lagi dengan mengelak anak-anak terjerumus dosa. Subhanallah….

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yang ada demi kesejahteraan anak, yang lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yang tuhan jadikan.Jauh disudut hati mereka mengharap anak anak tempat bergantung dihari tua.Tetapi bagai dikata oleh makcik yang saya temui,akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yang terlupa bila sibuk mengejar dunia. Ada anak yg hilang pertimbangan antara ibu ayah yang telah tak berupaya serta membebankan dengan dunia yg perlu dihambat. Ibu bapa yang baik akan meneruskan pengorbanannya seperti makcik yang saya ceritakan sehingga akhir hayatnya.

Pengalaman berharga ini memberi pengajaran yang besar dalam diri ini. Insyallah, semoga kita semua berusaha seboleh-bolehnya untuk tidak memberi alasan kepada ibu dan bapa kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan kita kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Moga Allah ampunkan dosa saya dan dosa kita semua atas keterlanjuran perbuatan kita kepada kedua orang tua kita. Sesungguhnya hati ini perlu sentiasa diingati kerana kekadang ia terpesong ke tepi.

Astagfirullah..
Alfatihah untuk kedua ibubapa kita.

Saya doakan yang terbaik untuk semua. Saya tahu kita ini masih menongkat dunia tapi ibu bapa jangan dilupa. Tanpa mereka siapalah kita..
Sumber : FB Fini Zaini


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Kepada Pelakon Wanita & Jutawan Lelaki Itu, Daripada Bekas Model P*****y Ini – Pesanan Felixia Yeap


Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita seorang artis tempatan yang bertindak membuka kembali tudung selepas berhijrah. Apa yang berlaku ke atas artis itu mendapat perhatian dari netizen sehingga ada yang memberikan kritikan terhadap artis itu.

Tidak lama selepas itu, kita dikejutkan pula dengan berita seorang jutawan tempatan yang sudah kembali ke pangkal jalan lalu berubah kembali menjadi mak nyah. Perkara itu juga mendatangkan pelbagai kritikan dari netizen.

Kedua-dua kisah itu menjadi bualan hangat netizen minggu ini.

Semalam, selebriti tempatan, Felixia Yeap, tampil berkongsi kepayahan hijrahnya dari seorang model bukan Islam kepada seorang muslim yang comel molek bertudung. Dan sampai sekarang, beliau masih lagi berjaya mengekalkan imej tersebut.

Apa yang ingin disampaikan oleh Felixia Yeap adalah berhijrah itu memanglah sesuatu yang mudah tetapi apa yang susah adalah Istiqomah.





Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

DI SEBALIK VIDEO VIRAL Pelajar Dibelasah Teruk, Guru DEDAHKAN Punca Sebenar Pergaduhan...




Viral di media sosial video pergaduhan dua murid yang disahkan berlaku di sebuah sekolah di Sabah. Video terbabit menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang geram dengan perilaku murid yang membelasah rakannya itu.

Namun semalam Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley mengesahkan pergaduhan tercetus apabila mangsa mengusik mengenai arwah bapa pembuli. Laporan sudah diterima dan masih dalam siasatan.

Seorang guru yang mengajar berdekatan sekolah berlakunya kes ini berkongsi cerita sebenar yang mereka tahu.

Apa sebenarnya berlaku



Baru kehilangan ayah



Menurut guru ini, murid terbabit merupakan ketua pengawas dan baru sahaja kehilangan ayahnya. Pergaduhan berlaku apabila mangsa kerap kali mengejek tentang ayahnya yang telah tiada.

Guru terbabit bagaimanapun tidak bersetuju dengan tindakan ganas yang dilakukan namun penting untuk masyarakat mendengar kisah sebenar dari kedua-kedua pihak. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik anak-anak agar berkelakuan baik.


Cikgu tersebut juga dimaklumkan bahawa murid yang memukul rakannya itu seorang yang baik.

Kes pun sedang disiasat. Yang salah tetap salah, harap kes ini boleh dijadikan pengajaran buat murid-murid lain dan ibu bapa.

Sumber : Syierra_97, mStar

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

"Saya Ambil Keputusan Untuk Jadi Pondan Semula, Maaf ...


KUALA LUMPUR - Kecewa dan penat menghadap pelbagai dakwaan terhadap dirinya, Safiey Illias, yang nekad kembali kepada fitrah akhirnya membuat keputusan untuk menjadi pondan semula.

Sebelum itu, tersebar kenyataan seorang wanita mendakwa Pengarah Urusan DSI Empire itu mengunjungi kelab malam dengan berpakaian perempuan. Wanita itu juga mendakwa, Safiey Illias mempergunakan agama untuk mendapatkan banyak followers di laman sosialnya.

Tidak tahan dengan tuduhan yang dilemparkan, Safiey Illias tampil memberikan penjelasannya.

Beliau sebenarnya sudah terlampau penat menjadi baik setelah memilih untuk kembali kepada fitrah. Ini kerana, apa jua yang beliau lakukan, masih ada pihak yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakannya itu.

"Saya jadi pondan, orang hina. Saya jadi lelaki pun, orang hina dan pertikaikan. Ada yang kata saya tunggang agama. Ada yang kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari.

"Sekali dua tohmahan, mungkin saya boleh tahan. Tetapi kalau beratus kali, ia memberikan kesan kepada mental dan emosi saya. Saya sudah menjadi lelaki pun orang bertanya, mana misai dan janggut saya," luahnya melalui laman Facebook pada malam tadi yang mendapat 4,000 lebih perkongsian.
"Saya Ambil Keputusan Untuk Jadi Pondan Semula, Maaf ...

Disebabkan sikap sesetengah pihak yang tidak membantu penghijrahannya itu, Safiey merasakan tiada guna dirinya terus menjadi baik selagi beliau masih dilemparkan dengan pelbagai kata-kata hinaan.

"Bohong kalau saya kata saya tidak sedih dengan semua ini. Saya juga ada perasaan. Sana sini orang fitnah dan orang tak habis-habis mengaitkan penghijrahan saya dengan bisnes. Maaf, tetapi bisens saya sudah 'meletops' sejak tiga tahun lalu sebelum saya menjadi pondan lagi.

Selain berdepan dengan tohmahan, perniagaan beliau juga didakwa merundum selepas berhijrah kononnya beliau tidak dapat membayar kereta mewahnya, Hummer, jual kereta Mini Cooper dan pelbagai lagi dakwaaan yang tidak berasas. Namun, Safiey menegaskan bahawa beliau tidak mengalami sebarang masalah kewangan.

Tidak tahan dengan reaksi negatif sesetengah pihak, akhirnya beliau memilih untuk kembali semula menjadi pondan.

"Saya betul-betul nak minta maaf kepada semua. Saya ambil keputusan untuk menjadi pondan semula sebab saya sudah terlalu penat melalui dugaan yang tidak pernah putus, penat melayan semua ini. Biarlah saya menjadi diri sendiri dan menggembirakan diri mengikut cara saya sendiri.

"Kepada keluarga, saya minta maaf sangat-sangat sebab mengecewakan harapan kakak-kakak saya, mak dan ayah saya. Tak perlulah melibatkan mereka dalam keputusan yang saya buat hari ini kerana mereka juga sedih dan kecewa. Keputusan saya, biarlah saya yang menanggungnya. Hanya keluarga saja yang tahu apa yang saya lalui," luahnya kesal.

Dalam kenyataan itu juga, Safiey meminta orang ramai berhenti menuduhnya berhijrah kerana bisnes dan duit. Beliau juga tidak kisah apa yang orang mahu katakan tentang dirinya selepas ini.

"Cakaplah apa pun, saya sudah tidak kisah. Sekarang saya buktikan kepada nda semua yang saya tidak kisah bisnes saya lingkup di atas keputusan saya itu kerana saya tidak mementingkan bisnes. Berhenti mengata yang saya berubah itu ini disebabkan bisnes dan duit. Produk kecantikan saya 'meletops' dulu sebelum saya berhijrah lagi," tegasnya

Difahamkan, Safiey yang kini berada di Korea Selatan, tegas dengan keputusannya malam tadi.

"Dalam hidup ini kita kena tunjuk yang kita jahat, baru orang tak ambil peduli tentang kita. Maaf semua, tetapi saya masih tetap dengan keputusan saya," katanya.

Sumber : thereporter / fb safiey illias


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Aircon Rosak, Hujan Pulak, Apa Nak Buat? Inilah 4 Langkah Yang 90% Pemandu Tak TAHU !!!


Aircon Rosak, Hujan Pulak, Apa Nak Buat? Inilah 4 Langkah Yang 90% Pemandu Tak TAHU !!! | Ada beberapa cara yang boleh dilakukan. Oleh kerana anda dalam perjalanan balik kampung, kemungkinan besar anda ada membawa ubat gigi bersama anda.

Picit sedikit ubat gigi dan sapukan sama rata di bahagian dalam cermin kereta anda. Ini akan dapat membantu mengecah wap air dari mengaburkan cermin anda. Krim pencukur juga boleh digunakan namun mungkin ramai yang tidak menggunakannya. Begitu juga sabun buku.


Satu cara lagi, jika kebetulan ada ternampak kedai runcit, beli lah ubi kentang. Kaedah ini mudah akan membantu cermin anda agar bebas-kabus. Penunggang motosikal juga boleh menggunakan kaedah ini untuh menyahkabus visor helmet anda.

Langkah 1



Potong kentang mentah kepada dua bahagian. Pastikan untuk menggunakan kentang yang bersih, atau cucikan ia jika bersalut tanah.

Langkah 2



Gosok bahagian dalam kentang yang dipotong tadi pada cermin. Ini akan membersihkan cermin dan meninggalkan lapisan yang akan mencegah pemeluwapan pada tingkap.

Langkah 3



Gunakan separuh lagi jika diperlukan. Anda juga boleh memotong kentang tadi untuk membuang bahagian yang telah kotor kerana digosok tadi, dan terus menggunakannya lagi jika mahu.

Langkah 4



Biarkan kering tanpa menyentuh cermin. Setelah kering, lapkan saki baki kentang jika ada pada cermin dengan tisu kering.

Teruskan memandu! Mudah mudahan kini cermin atau visor anda tidak akan memeluwap lagi! 

Sumber : Careta


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Anak Anda Mempunyai Pusar Dua? Ramai Yang Tidak Tahu Rahsia anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala..


Anak Anda Mempunyai Pusar Dua? Ramai Yang Tidak Tahu Rahsia anak yang mempunyai Dua Pusar Di Kepala..

Perasan tak ada individu yang mempunyai satu pusar pada rambut. Ada yang mempunyai dua pusar pada rambut.

Anak yang mempunyai dua pusar dikatakan agak nakal sikit, susah nak diuruskan, sukar untuk difahami, dan agak degil sekali. Anak saya yang sulung mempunyai dua pusar di kepalanya.

Memang sebegitulah sifat semulajadinya, tambahan lagi sangat petah bercakap, banyak bertanya yang perlu kita jawab, adakalanya atuk, nenek dan pakcik dan makcik sangat pening melayannya. Namun begitu sangat mudah diuruskan jika kena dengan gaya dan perlu banyak memuji nak memujuk anak.

Menurut Dato' Fadzilah Kamsah lagi, sifat Individu yang mempunyai dua pusar sebenarnya sangat banyak akal, banyak idea, dan sangat bijak.

Anda mempunyai anak yang dua pusar di rambut?


Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Tak sanggup hidup dalam hipokrit, akhirnya Uqasha Senrose terpaksa membuka semula tudungnya


KUALA LUMPUR — Tidak senang dengan keputusan pelakon Uqasha Senrose enggan terus hipokrit lalu membuka tudung, segelintir peminat mula mengecam tindakan itu dengan mendakwa beliau kononnya mempersendakan agama.

Rata-rata peminat di laman Facebook rasmi Uqasha menyatakan rasa kesal mereka apabila Uqasha tidak mahu berpura-pura lagi, malah membuka topik tentang ajal dan balasan neraka di akhirat.

“Ke kiri orang mengata, ke kanan pun orang mengata,” kata satu coretan Uqasha semalam selepas pengakuan beraninya dalam satu laporan Berita Harian.



Uqasha juga mula berkongsi beberapa gambar terbaru beliau bersama adik-beradiknya, para pelakon Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.

Selama tiga tahun lepas, cuma Uqasha sahaja yang bertudung antara mereka bertiga. Namun kini mereka sedondon dengan rambut perang kelihatan gembira, sambil Uqasha menyarung selendang.

Semalam mengakui kini kembali kepada imej asal selepas tiga tahun memakai tudung, Uqasha mengakui bahawa beliau tidak berfikir panjang ketika mula berhijab.

Uqasha, 23, berkata dirinya tidak berniat untuk mempersendakan agama dan merasakan diri lebih munafik, atau hipokrit, jika terus bertudung dan kini “mahu jadi diri sendiri”.



Namun, para peminat ternyata berang dengan penampilan baharunya, dan berikut merupakan beberapa komen negatif popular yang diterimanya, kebanyakannya daripada pengguna lelaki:

Ahmad Faisal Ahmad Ziad: Hilangnya maruahmu sebagai seorang Islam, maka hilang jugalah peminat-peminatmu kerana peminat-peminatmu berkejaran ke syurga bukan ke neraka.

Abu Khidir: Agak-agak dah buka hijab iman tu boleh konsisten tak? Kalau berhijab pun iman turun naik, apatah lagi buka hijab. Mati datang tiba-tiba.

Noor Ahmad Ahmad: Malaikat maut tunggu kita semua setiap masa je dan Munkar Nakir tunggu setiap masa je nak balun jika tak dapat menjawab pertanyaan mereka. Tidak kah anda semua bersedia dan tidak gentar?

Akil Mustafa Madu: Aku betul-betul kesian kat kau. Kenapa lah gelap sangat hati kau ni kan. Sampai sanggup mempermainkan agama.

Namun, ada juga beberapa peminat wanita yang memberi sokongan terhadap Uqasha, sambil mengingatkan orang ramai bahawa memakai tudung pilihan peribadi dan tidak patut dipaksa:

Diah Armanda: Mungkin ini yang terbaik untuk Uqasha jadi bersabar lah. Tak guna kita paksa orang nanti tak ikhlas susah. Biar kan hidup dia kan hal dia lah, kita tak perlu sibuk jaga tepi kain..

Satu Arah: Keputusannya ada di tangan masing-masing, jangan pertikaikan soal hak orang lain sedangkan kita ini bukanlah hebat sangat! Maka itu tolong lah jangan nampak silap atau kesalahan orang lain, kita ini apa kurangnya. – MalayMail


Sumber :
- http://ift.tt/2bNyz7s

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Netizen DIGEMPARKAN lagi dengan kisah Datuk Red... "... Bakal Ceraikan Adira Untuk Kahwin Ruhainies?"


"... Bakal Ceraikan Adira Untuk Kahwin Ruhainies?... "

AHLI perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu menepis dakwaan mengatakan dia sudah bercerai dengan isteri keduanya, penyanyi Adira Suhaimi semata-mata mahu berkahwin lagi, dengan seorang pelakon.

Melalui satu laman ruangan sembang gosip, Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dikatakan telah menceraikan Adira apabila tersebarnya gambar Ruhainies sedang membeli barangan kemas.


Dalam pada itu Datuk Red memberitahu, dia tidak akan menceraikan isteri-isterinya untuk berkahwin lain dan jika mahu berkahwin, dia hanya akan menambah bilangan isterinya sahaja.
“Lawak betul kerana Adira sedang mengandungkan anak saya, dan saya sayangkan dia. Macam mana boleh keluar gosip yang kami sudah bercerai pula.
“Sibuk betul orang bercakap tentang saya ya. Saya tidak akan membuang isteri-isteri saya tetapi kalau setakat menambah, saya mahu,” katanya kepada mStar Online.

Datuk Red juga tidak mahu mengulas tentang Ruhainies dan meminta bertanya kepada pelakon baharu itu sendiri.

Sumber : MYNEWSHUB.CC



Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.


Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

loading...