Showing posts with label DB. Show all posts
thumbnail

Selepas Sekian Lama, Akhirnya Jihan BONGKAR Rahsianya Boleh BERUBAH Jadi Cantik ! Rupanya Senang Je !


MENURUT pelawak berusia 33 tahun itu, perubahan dirinya dahulu dan sekarang bergerak sendiri tanpa dirancang.

“Bila orang bercakap tentang saya dahulu dan sekarang, baru saya perasan dan tengok balik gambar-gambar lama saya.

“Ya Allah, hauknya! Saya pun tak sedar bila saya transform bila benda tu berlaku. Tapi bila orang dah nampak transformasi diri kita tu, maknanya kita dah ada peningkatan. Baik dari segi kerjaya mahupun diri,” katanya seperti yang dipetik menerusi temubualnya bersama Studio H.

Tambah Jihan, dia cuba menafikan dirinya mengalami perubahan drastik setiap kali ada individu yang bertanya tentang perubahan fizikalnya tetapi hanya mengikut arus semasa.

“Perubahan saya bukan drastik. Saya tidak pernah plan apa saya nak buat termasuklah kerja atau diri saya sendiri.

“Untuk kerja, saya belajar daripada orang yang lebih berpengalaman dalam industri ini termasuk rakan-rakan. Dari segi imej pula saya lebih banyak memerhati kawan-kawan. 

“Lagipun zaman sekarang ni dah banyak bahan yang boleh kita dapat dari internet dan platform media sosial untuk dijadikan rujukan, dari situlah semuanya bermula dan perubahan itu datang sendiri,” katanya.

Jihan mula berjinak dengan bidang seni di pentas teater di bawah Sanggar Teater Fauziah Nawi (Stefani) sebelum menyertai Raja Lawak pada 2009.

Mulanya kehadiran Jihan kurang diterima tapi hasil persembahan yang baik, dia akhirnya berjaya menyandang naib juara Raja Lawak musim ketiga.


via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

thumbnail

Masih Ingat Preity Zinta Artis Paling Cantik Bollywood, Tapi Jangan Terkejut Lihat 12 Foto Terbarunya Pada Usia 41 Tahun Yg Anda Pasti Tak Sanggup Nak Tengok

Masih ingat Preity Zinta artis wanita paling cantik Bollywood, NAMUN jangan terkejut beruk lihat 12 foto terbarunya pada usia 41 tahun yang anda pasti tak sanggup nak tengok sama sekali terutamanya foto no.7 dan no.9 tu.

AKTRESS cantik Hindustan, Preity Zinta, 40, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan.

Menurut laporan Bollywoodlife, Preity kini berpacaran dengan seorang jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough.

Preity bertemu Gene, 30, seorang penganalisis kewangan di Los Angeles ketika pelakon itu sedang bercuti di negara Uncle Sam, beberapa tahun lalu.

Yang menariknya, ramai peminat sukakan kombinasi nama Preity apabila digabungkan dengan nama keluarga bakal suaminya yang dianggap sangat unik iaitu Preity Goodenough.

Sumber: Terkini














via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

thumbnail

Berita Terkini Baru Terima ! Artis Terkenal Nekad Bunuh Diri 2 Pagi Malam Tadi Kerana Masalah Keluarga

.
.

Pelakon popular Kim Sung Min disahkan meninggal dunia akibat mengalami mati otak dan beberapa organ-organ dalam tubuh aktor itu didermakan kepada mana-mana pesakit yang memerlukan organ.
Menurut kenyataan dari hospital St. Mary Seoul, pembedahan untuk mengambil organ berkenaan sudah di lakukan pada 26 Jun lalu.
Pihak hospital memaklumkan, di akhir hayat Kim Sung Min, beliau masih dapat membantu lima pesakit yang memerlukan organ. Antara organ yang di derma ialah ginjal, hati dan kornea mata.
"Organ tubuhnya akan diberikan kepada lima orang," kata doktor seperti yang dilaporkan Korea Times.
Sementara itu, menjadi penderma organ juga merupakan salah satu hasrat pelakon berusia 43 tahun itu sebelum meninggal.
Justeru pihak keluarga bersetuju untuk memakbulkan permintaan terakhir bintang yang mula mencipta nama menerusi drama hits, Miss Mermaid itu.
Terdahulu, Kim Sung Min ditemui oleh anak dan isterinya dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 24 Jun lalu selepas dipercayai cuba bunuh diri.
Dalam kejadian pukul 2 pagi Kim Sung Min ditemui tergantung di dalam bilik air dirumahnya kira-kira 10 minit selepas isteri dan anak lelakinya meninggalkan rumah kerana bertengkar.
Sejurus itu beliau dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma sebelum akhirnya doktor mengesahkan beliau meninggal dunia akibat mati otak.


via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

thumbnail

BIADAP ! 'Adik Saya Dipaksa Gosok ... Sepupu Sampai Keluar Cecair Seperti Susu !'

Gambar hiasan sahaja

Assalamualaikum admin. Saya ada kisah yang ingin dikongsikan. Minta hidekan nama saya. 

Kisah yang hampir serupa berlaku seperti kes kanak-kanak perempuan yang dicabul ahli keluarga mangsa, kes pedofilia. Kes saya pula, mangsa ialah adik lelaki saya yang berusia 7 tahun. Pelakunya adalah anak kepada makcik saya, kakak ibu saya. Kejadian berlaku pada pertengahan tahun lalu (2015).

Kami tinggal bertiga sahaja, memandangkan bapa sudah lama meninggal dunia. Ibu dan saya mempunyai pekerjaan masing-masing. Jadi, setiap kali adik pulang dari sekolah, dia akan menumpang di rumah makcik. 

Satu malam itu, adik saya mengadu yang anak makcik melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap adik saya. Pada mulanya saya fikir positif, mungkin anak makcik hanya sekadar bergurau dengan adik. Tetapi bila ditanya lebih lanjut, adik beritahu yang dia dipaksa untuk menggosok kemaluan anak makcik saya itu sehingga mengeluarkan cecair seperti susu. Bukan itu sahaja, dia juga cuba memasukkan kemaluannya ke dalam punggung adik saya. Tetapi cubaannya untuk berbuat demikian gagal. 

Terkejut mendengar pendedahan adik ini, saya dan ibu terus membawa adik melakukan pemeriksaan bagi mendapatkan kepastian dari doktor. Doktor pula menyarankan agar kami membuat laporan polis. Ya, kami buat laporan polis dan menceritakan satu persatu tentang kejadian yang menimpa adik saya. Pada malam itu juga, pelakunya ditahan untuk disoal siasat di balai. 

Reaksi keluarga yang lain? 

Mereka menyalahkan kami kerana bertindak terburu-buru membuat laporan polis. Mereka menuduh adik mereka-reka cerita! Takat mereka cerita itu memang terbaiklah kan sebab detailnya memang terlalu detail. Ibu saya menerima desakan yang sangat hebat. Keluarga makcik datang merayu-rayu meminta kami menarik balik laporan polis kononnya malu. Keluarga yang lain pula sibuk nak menyalahkan ibu saya. 

Bayangkanlah ibu tunggal ditentang hebat seperti itu. Masa inilah betapa saya mengharap sangat yang ayah ada disisi. Akhirnya, ibu saya menarik balik laporan polis akibat desakan melampau dari sanak saudara. 

Akibatnya, saya dan ibu agak lama tidak bertegur sapa kerana saya kecewa dengan tindakan ibu yang membiarkan nasib anak semata-mata kerana lebih mengutamakan adik beradiknya yang lain. 

Saya pernah bertanya pada polis yang tugas, apa yang akan terjadi kalau laporan polis ditarik semula. Sarjan itu menjelaskan bahawa kes itu tidak akan dilepaskan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga akan turut sama memantau. Kononnya. 

Jangan percaya. Kes adik saya senyap begitu saja. Selepas 6 bulan kejadian, barulah JKM sibuk nak bertanya. 

"Kami dimaklumkan report dah ditarik balik ya?"

6 bulan selepas kejadian baru kau sibuk nak bertanya?! Dan sampai sekarang kes jadi senyap saja. Maaflah, saya tidak pernah percayakan polis. Di kawasan perumahan kami, aktiviti hisap gam, dadah, perjudian serta aktiviti yang tidak bermoral terlepas begitu sahaja. Iyalah, selagi tiada yang mati, buat apa nak ambil peduli? Maaflah, memang bukan semua polis begini, tetapi pada masa di kawasan saya, begitulah mereka.

Saya berharap undang-undang berkaitan hukuman ke atas pedofilia ini diberatkan lagi. Kalau boleh, gantung sampai mati pun tak apa. Golongan seperti ini tidak layak duduk atas muka bumi, merosakkan zaman kanak-kanak. 

Untuk para ibu bapa yang lain, tolong jaga dan pantau anak-anak anda. Anda tempat mereka mengadu dan percaya.


via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

thumbnail

KISAH BENAR ! 'Kerana Mak Mentua & Kakak Ipar, Rumah Tangga Aku MUSNAH !'


Assalamualaikum. Maaf jika saya gunakan medium ini untuk meluah perasaan, sebelum itu, selamat mennyambut bulan Ramadhan semua. Saya bekas penuntut UIA, graduasi pada tahun 2007.

Saya baru bercerai dengan suami dua minggu sebelum bulan Ramadhan. Saya redha jika dah tertulis jodoh kami hanya setakat itu sahaja. Bukan niat saya nak mengaibkan namun diharap apa yang saya ingin tulis dapat dijadikan iktibar buat diri saya sendiri dan orang lain.

Saya berkahwin dengan suami 3 tahun lepas, di mana ketika itu kami berdua sudah mempunyai kerjaya stabil. Suami saya bekerja sebagai guru di sekolah rendah dan saya di sebuah syarikat swasta, pendapatan saya lebih tinggi daripada suami tapi suami tetap beri duit belanja kepada saya. Jujur saya kata, ex suami saya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Bila saya cakap bertanggungjawab, ex suami memang akan melebihkan keluarganya sendiri. Pada mulanya saya sangat bersyukur sebab ex suami tidak lupa tanggungjawab pada ibu dan keluarganya namun semuanya berubah selepas saya kenal sendiri bagaimana perangai mereka.

Sekali lagi, bukan niat mengaibkan. Begini, pada mulanya selepas kami berkahwin, ex suami mengajak saya tinggal di rumah keluarganya atas desakan ibunya. Ex suami merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik, kakaknya sudah berkahwin dan mempunyai dua org anak (juga tinggal di rumah ibu mertua saya), dan dua adik-adiknya seorang di kolej dan seorang masih bersekolah. W/pun keberatan, namun saya ikutkan juga dan berfikiran ada baiknya boleh mengeratkan hubungan dgn ibu mertua saya.

Long story short, bermulalah satu-satu perkara berbangkit. Pertama, sejak kami masuk di situ, ibu mertua, kakak ipar & abang ipar mula lepas tangan dalam soal belanja rumah. Pada mulanya, saya sangat tidak kisah sebab gaji saya dan suami mencukupi untuk menanggung belanja rumah mertua saya spt barang basah, duit dapur, bil elektrik & air. Mereka juga minta dipasangkan wifi dan astro di rumah tersebut (sebelum ini tiada) Kami berpakat memperuntuk RM1000 untuk kesemua tersebut. Kami juga menanggung adik-adik suami yang masih belajar. Namun, lumrah manusia, tidak menghargai malah tamak.

Konflik pertama apabila kakak ipar & suaminya mula mengharap pada saya dan suami soal biaya anak-anak mereka (9 & 12 tahun). Kakak ipar tidak bekerja, suaminya pula sangat malas bekerja, ex suami saya pernah beritahu abang iparnya selalu bertukar-tukar kerja, sama ada dibuang kerana selalu ponteng dan tidur di rumah. Sekarang suami kakak ipar mengambil upah menolong kawannya menjaga gerai pasar malam. Isunya, mungkin bagi mereka kami bergaji tinggi jadi tidak salah meminta tolong, saya pun pada mulanya kesian memikirkan kesusahan mereka namun makin lama makin naik lemak sampaikan suami abang ipar mula minta duit setiap minggu daripada kami termasuk duit rokok, minyak, topup dan pernah minta juga dibelikan telefon baru. Suami mula tidak gemar dan pernah 'sound' abg iparnya namun kakaknya marah dan cakap suami kedekut, ibu mertua juga mula berkata suami berkira dengan adik beradik dan pernah menuduh saya yang menghasut suami. Demi Tuhan, saya tidak pernah melarang suami menolong adik-beradiknya namun saya perasan kakak ipar dan suaminya suka mengambil kesempatan. Sudahlah menumpang di rumah ibu, tidak keluarkan satu sen pun untuk apa-apa sejak kami pindah masuk (sebelum ini pun mengharap pada duit pencen arwah ayah suami). Kemuncaknya apabila seperti mereka mengajar anak-anak mereka meminta duit sekolah pada saya. Saya akan berikan namun semakin lama anak-anak mereka juga berharap pada saya untuk duit sekolah mereka, duit tuisyen, buku, yuran, baju sekolah dan semua. Pernah satu hari, anak mereka yang darjah 6 pulang sekolah dan cakap sekolahnya buat lawatan ke Langkawi dan perlu bayar RM120 untuk menyertai. Dengan selamba mak ayah dia cakap "mintak dengan cikngah (saya), mintak RM500 sekali duit belanja and mak nak pesan barang jugak alang-alang pergi sana" saya yang mendengar di dapur mula rasa menyirap, kerana senang-senang kakak ipar saya cakap macam tu. Anaknya datang dan cakap 'cikngah, nak RM500 esok, ada lawatan." kemudian terus berlalu. Suami saya ada masa tu and cakap pada kakaknya kalau anak dia nak pergi mana-mana, dia dan suami la bertanggungjawab, jangan mengharap kat orang. Kakak ipar tarik muka, bila suaminya balik, dia mengadu dan terus jadi bertekak dan dikatakan kami berkira. Saya taknak suami saya bergaduh jadi saya berikan juga RM500 pada anak buah saya tu.

Sebenarnya banyak lagi, terlalu panjang. Ibu mertua saya juga sangat suka dibelikan macam-macam, saya tak pernah menghalang suami saya berbelanja pada ibunya namun mertua tidak pernah puas. Pernah sekali saya beli beg tangan untuk diri saya dengan duit saya sendiri, bila mertua nampak dia cakap dengan suami saya kenapa belikan kat saya dan tak belikan pada dia juga, suami terangkan yang saya beli dengan duit saya sendiri dan mertua terus marah saya dan cakap saya membazir, lebih baik beri pada dia buat beli barang rumah, sedangkan apa ayng kami beri lebih pada cukup. Paling saya marah, syarikat saya berikan saya bonus dalam bentuk percutian atas prestasi kerja beberapa bulan lepas atas tender yang berjaya. percutian 4 orang ke Korea, jadi saya decided untuk bawa suami, ibu saya dan adik saya. Mertua sangat marah sebab tidak bawa dia (mertua suka tengok kdrama), marah yang melampau sangat sampai cakap saya menantu tak sedar diri, berkira dengan dia, pergi bercuti tak ingat mak dah macam-macam lagi. Ditambah lagi dengan batu api kakak ipar yang turut tidak puas hati pada kami. Tapi masa tu saya dah tawar hati dengan mertua and kakak ipar jadi saya terus je pergi bercuti dua minggu dengan suami, ibu dan adik saya. Tapi apabila balik, saya tetap belikan macam-macam buah tangan untuk mereka. Mereka masih lagi perli saya dan cakap macam-macam di belakang saya.

Kemuncak semua perkara ini adalah perangai kakak ipar & suaminya. Mereka ada sebuah motor sahaja untuk urusan transport, itupun sebenarnya ihsan arwah ayah mertua. Digunakan suami kakak ipar untuk pergi kerja. Saya dan suami mempunyai 3 kereta, 1 milik suami dan 2 milik saya. Saya beli viva second hand ketika masih menuntut di UIA ketika itu menggunakan duit hasil kerja part time dan sebahagian duit biasiswa untuk memudahkan saya belajar ketika itu. Tahun kedua kerja, saya beli kereta baru yang lebih selesa. Saya bercadang memberikan kereta viva tu kepada adik perempuan saya (18 tahun) selepas dia siapkan lesen dan masuk universiti. Kakak ipar dan abang memang selalu pinjam kereta viva tu untuk mereka anak beranak dan saya tidak kisah pun, cuma lama-lama mereka buat seolah-olah harta sendiri pula. road tax, minyak masih harap saya yang bayar. Kakak ipar suruh ibu mertua cakap dengan saya supaya berikan kereta tersebut pada dia dan suami. Ibu mertua juga suruh begitu, namun saya cakap baik-baik tidak boleh sebab dah janji dengan adik. Ibu mertua dan kakak ipar cakap saya tidak mahu menolong sesama ipar. Bagi saya, kalau nak, usaha lah, jangan nak semua benda free, lainla mereka cakap mereka nak beli daripada saya. Bukanlah saya kedekut, tapi hasil penat saya ikat perut zaman universiti untuk beli kereta tu supaya memudahkan saya bergerak, saya taknak adik saya rasa susah macam saya, sebab tu saya janji nak beri pada dia. Kemuncaknya, saya dah beritahu mereka saya akan balik ke rumah saya dah akan bawa kereta viva tersebut untuk beri pada adik saya. Mereka cuma diam jadi saya rasa tiada masalah. Saya nak balik pada hari jumaat, pada hari rabu itu, bila saya balik kerja, saya tengok kereta viva saya tiada, saya assumed kakak ipar dan abang pinjam la kot untuk pergi mana-mana. Saya tak kisah. Esok pagi nak pergi kerja, kereta masih tiada, saya dah tak sedap hati, balik kerja tu, saya tengok masih tiada. Saya tanya ibu mertua saya, mana kakak ipar dan abang? Pinjam kereta ke? Ibu mertua dengan selamba cakap "oh diorang dah balik kampung abang ko kat kelantan, tak tahu balik bila. ko pun bagi-bagi je la kereta tu kat diorang, kesian diorang takde kereta, jangan berkira sangat, ko banyak duit tak berkat hidup ko kedekut."

Darah saya menyirap, dan masa itulah saya terlalu marah. Rasa dipergunakan jadi saya marah ibu mertua saya dan kami berperang besar. Saya cakap ibu mertua saya ambil kesempatan, rumah ni pakai duit saya, dengan nak membela anak-beranak kakak ipar dan abang macam biawak hidup, dan saya terus ditampar ibu mertua. Saya dah tak tahan, saya kemas barang saya, saya cabut semua wifi rumah dan panel astro. Bukan saya berkira, namun saya dah tak tahan sangat. Masa pergi bercuti di Korea baru ini pun, ibu mertua perli ibu saya cakap ibu saya kolot, buat malu je bawak pergi luar negara, selekeh dan macam-macam, namun saya sabar. Kali ini mereka melampau sangat buat lari kereta yang saya nak bagi pada adik saya. Saya callkakak ipar banyak kali namun tak berjawab, message berpuluh-puluh kali tak reply, whatsapp dia bagi saya bluetick. Last-last saya message kalau esok diorang tak balik bawak kereta saya, saya akan report polis mereka curi. Terus kakak ipar saya call and marah-marah cakap diorang pinjam je and macam-macam. Tapi saya dah sakit hati dah dengan keluarga suami saya. Masa ini, suami saya takde, dia pergi ikut lawatan sekolah 3 hari jadi guru iringan. Sebab itu mertua and kakanya berani sangat, sebab suami saya takde. Esoknya, kakak ipar, abang dan anak-anak diorang balik and kakak ipar serang saya, tampar saya tarik-tarik saya dengan suami nya tengok je dan cakap "bagus, bagi je penampar, sepak je betina macam ni". Mertua pun takde langsung nak meleraikan. Mujurlah masa itu, sempat-sempat suami saya balik dan bila dia tengok keadaan macam tu, dia dah naik gila and tarik kakak dia and bertumbuk dengan abang iparnya. Mertua pegang suami and cakap saya punca semua benda and macam-macam fitnah keluar seolah-olah saya lah paling jahat, berkira dan semua benda.

Suami tarik saya masuk bilik and masa itu suami cakap dia ikut saya pindah. Saya masa itu dah tawar hati dengan semua perkara dan selepas dua minggu saya fikir masak-masak di apartment baru saya, saya called suami and minta dia lepaskan saya cara baik, sebab saya dah tidak mahu ada kena mengena dengan mertua, kakak ipar dan abang ipar saya lagi. Dah tak sanggup. Suami pujuk namun akhirnya dia juga terpaksa lepaskan. Kami bercerai secara baik, tanpa anak. Ex suami lepas kejadian itu pindah keluar dari rumah ibunya dan menyewa di tempat dekat dengan sekolah tempat dia kerja. Saya pun dah ada apartment (sewa beli) sendiri dan sedang cuba bina hidup baru. Tolong doakan saya semua, semoga saya kuat.

Pesanan saya, sebelum berkahwin selidikla juga keadaan keluarga bakal pasangan kita, berkenalan la juga dengan adik-beradik mereka, tahu latar belakang mereka sedikit. Salam Ramadhan semua, maaf post ini terlalu panjang, ini pertama kali saya meluahkan. Harap dimaafkan.

– Mrs. A


via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

thumbnail

TERKINI ! Pelakon Popular Mati Di Celah Batu Di Air Terjun Bidor ! Lihat Foto Keadaan Mayat Yg NGERI !


11209344_546000878901055_159028079401824

Ipoh: Mayat pelakon lelaki yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, hari ini.

L Keshava Rajan, 25, warga tempatan yang berlakon di selatan India itu, dilaporkan hilang selepas tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan air terjun berkenaan, 5.45 petang semalam.
11012056_546000958901047_873195155431630

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, 10 pegawai dan anggota menjalankan semula operasi mencari serta menyelamat bersama-sama empat agensi lain termasuk bomba sejak 8 pagi ini.


Operasi kami ditangguhkan, petang semalam, kerana cuaca gelap, katanya.Som Sak berkata, mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat, pada 9.30 pagi.
Katanya, dia ditemui terapung dan tersangkut pada batu di tebing sungai dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
12239650_546000912234385_870230773352279
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Teluk Intan adalah pelakon Kollywood iaitu gelaran industri perfileman di selatan India.

Filem pertama lakonannya bertajuk Ka Ka Ka Po dan bakal ditayangkan, Disember ini.
Dia sepatutnya berlepas ke Chennai, hari ini, bagi membuat persiapan terakhir bersempena majlis pelancaran serta tayangan perdana filemnya.

12274205_546000902234386_821814076114448
12279130_546000978901045_424143654798426
12289488_546000935567716_320880595403113


via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

thumbnail

KIAMAT DAH NAK DEKAT ! Niat Lelaki Ni Nak Berselfie Tergendala! Tengok Apa Yg Dia Nampak Di Belakangnya




Niat lelaki ini nak berselfie tergendala disebabkan sesuatu yang pelik kat belakang…

korang nak tahu ape?

Dipetik dari pengguna facebook. Remaja zaman sekarang semakin berani berkelakuan sumbang dikhalayak ramai… dimanahkah maruah diri mereka ? bertaubatlah sebelum terlambat. Kiamat semakin dekat.



via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

thumbnail

Lelaki Ini Gali Kubur Ibunya Lepas 40 Hari DITANAM, Lihat Apa Yg Berlaku Bila Keranda Dibuka ! MASYAALAH..




Lelaki Bongkar Kuburan Ibu Kandung Setelah 40 Hari Meninggal Dunia|Hanya karena terlalu taksub dengan kepercayaan gaib seorang lelaki 47 tahun sanggup membongkar kubur ibu kandungnya parimah 7o tahun selepas 40 hari meninggal dunia.

Pebuatan Supriyanto diketahui oleh orang awam pada Selasa (21/6/2016) dan orang awam melaporkannya kepada pihak kepolisian jawa tengah.

Menurut AKP Sri Haryono mendapati hasil dari siasatan awal Supriyanto membongkar kubur ibukandungnya dibantu oleh enam rakannya pada 24 Mei 2016 malam.

Jenazah ibu dikeluarkan dari kubur selepas 40 hari meninggal dan Supriyanto meletakkan mayat ibunya di dalam biliknya selama sebulan

Untuk mengelakkan bau busuk yang menyegat ia meletakkan wangi wangian pada jenazah ibunya.

Sementara Supriyanto mengakui sebelum ia membongkar kubur ibunya ia telah mendapat wasiat yang memintanya untuk mengambil mayat ibunya di dalam kubur selepas 40 hari meninggal.

Dari wasiat itu Supriyanto yakin bahwa mayat ibunya yang di ambil dari kubur akan hidup semula.

“Saya mendapat wasiat dari ibu melalui mimpi,kalau sudah dikeluarkan nanti ibu akan hidup lagi” katanya.

Bagaimanapun pihak polis yang terus mengembangkan siasatan mengungkap motif disebalik perbuatan Supriyanto.

Dua dari 6 rakan Supriyanto berjaya ditanah dan mengaku mereka ikut Supriyanto hanya karena alasan Membantu rakan.

Supriyanto

Menurut pengakuan rakan Supriyanto wahyu mereka sering melakukan ritual ritual tertentu di rumah Supriyanto melibatkan mayat ibunya,dia terpaksa membatu karena dia adalah seorang jamaah yang dipimpin oleh Supriyanto sendiri.

Sebelumnya Supriyanto dikenali di kampungnya adalah sebagai ahli Supranatural yang jarang menampakkan diri dan selalu melakukan ritual ritual aneh dikampung tersebut.


via

Jualan Baju Raya - Koleksi Baju Raya 2016 Trend Terkini.

loading...