Showing posts with label Semuanya. Show all posts
thumbnail

Adakah Ini Kebetulan. Warganet Korek Vdeo Lama, Kat Sinilah Sajat Pernah ‘Bergelek’ Atas Kapal Kan?

Angka korban akibat letupan di letupan di pelabuhan di sini meningkat kepada lebih 100 orang, lapor Palang Merah Lubnan.

Menurut organisasi itu, tragedi berkenaan juga menyebabkan lebih 4,000 orang cedera. Bagaimanapun, angka kematian dan jumlah mangsa cedera dijangka terus meningkat.

Ia dikatakan berpunca daripada ammonium nitrat/ bunga api yang disimpan di gudang di kawasan pelabuhan.

Impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi letupan itu.

Beberapa bangunan di sekitarnya termasuk kediaman bekas Perdana Menteri, Saad Hariri turut musnah serta mengalami kerosakan teruk.

Kesan dirasai sejauh 200km

Letupan kedua menyebabkan bola api ke udara yang turut menggegarkan bandar, menyebabkan pecahan tingkap tersebar ke beberapa kilometer.

Malah, letupan berkenaan boleh dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer dari lokasi kejadian.

Selain itu, serpihan kaca daripada bangunan juga berselerakan di kawasan sejauh 25 kilometer dari lokasi letupan.

Netizen korek cerita lama, Sajat tayang ‘aset’ atas bot di Beirut

Sementara itu, kejadian yang berlaku di Beirut itu mencuri perhatian ramai yang mengaitkan dengan perlakuan usahawan kontroversi iaiitu Nur Sajat.

Ia mulanya berpunca dari ‘posting’ Sajat yang menulis mendoakan Lubnan dan mengatakan pakcik teman lelakinya turut terbunuh dalam kejadian letupan itu.

Kemudian, warganet mula mengorek cerita lama ketika Sajat berkunjung ke Lubnan.

” Kat sini la dulu pondan yg berbikini tu gelek² atas kapal kan ? Pondan tu sentuh kaabah . Kaabah ditutup , pondan tu pegi beirut , beirut meletup . Macam kebetulan pulak”-netizan

Hasil penelitian video lama, Sajat memang pernah berada di Beirut

Nak kata pakai span,nak kata apa pun kata lah.

” Life must go on…. hack!!!!! nak kata pakai span,nak kata apa pun kata lah..mana kala minta tips,bagai untuk cantik kat saya!! siapa nak tip cantik ,kulit cantik,body cantik!! ada product baru!!bagus uols!!! wait and see”

Dalam video ini kelihatan dia menari tarian ala arab, bergelek sambil menunjukkan susuk tubuh yang menawan sambil berpakaian seksi, sudah lali dengan kecaman dan troll netizen mengenai jantinanya, dia sekarang dah tak peduli apa yang orang lain nak kata.

Sajat sebelum ini pernah berada di Beirut, bila diperhatikan di laman Instagramnya Ajramjat, dia macam tengah sibuk membuat satu penggambaran. Tapi tak pastilah penggambaran apa. Untuk produk agaknya

Bagaimanapun komen untuk posting ini telah ditutup, mungkin nak enjoy dia punya holiday kot. Kalau lihat percutiannya ini bukan calang-calang. Ini memang percutian mewah.

Pakcik teman lelaki Sajat antara yang meninggal…

Berkongsi tentang kejadian tersebut, usahawan kontroversi Nur Sajat turut memuatnaik satu entri mendoakan keselamatan di Lubnan.

” Pray for Beirut” tulis Sajat.

Menyusul soalan selepas entri Sajat tersebut, seorang warganet bertanyakan tentang keadaan teman lelaki Sajat yang diketahui semua berasal dari Lubnan.

” Jadoos okay tak?” tanya individu bernama Amy.

Menjawab soalan itu Sajat memaklumkan bapa saudara Jadoos antara yang menjadi mangsa nahas kejadian.

” Jadoos Alhamdulilah, cuma pak cik dia ada yang meninggal di tempat kejadian,” tulisnya.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

“Otak Jangan Jadi Bod0h”, Respon Balas Mengejutkan Sajat Selepas Dituduh Jadi Punca Letupan di Beirut

Dunia hari ini dikejutkan dengan letupan kuat yang menggegarkan Beirut pada Selasa sehingga mengakibatkan kira-kira lebih 100 orang dilaporkan terbvnuh manakala lebih 2,000 cedera.

Apa yang mencuri tumpuan adalah, kejadian yang berlaku di Beirut itu mencuri perhatian ramai yang mengaitkan dengan perlakuan usahawan kontroversi iaiitu Nur Sajat.

Ia mulanya berpunca dari ‘posting’ Sajat yang menulis mendoakan Lubnan dan mengatakan pakcik teman lelakinya turut terbvnuh dalam kejadian letupan itu.

Kemudian, warganet mula mengorek cerita lama ketika Sajat berkunjung ke Lubnan.

” Kat sini la dulu pondan yg berbikini tu gelek² atas kapal kan ? Pondan tu sentuh kaabah . Kaabah ditutup , pondan tu pegi beirut , beirut meletup . Macam kebetulan pulak,” tulis netizen terbabit

Video menunjukkan Sajat menari tarian ala arab, bergelek sambil menunjukkan susuk tubuh yang menawan sambil berpakaian seksi.

Untuk rekod, Sajat sebelum ini telah berkunjug ke Beirut, Lubnan sekitar November 2018. Dalam rakaman tersebut, Sajat dilihat memakai bikini berwarna hijau sambil menikmati pemandangan di atas sebuah bot.

Berbikini atas bot ketika sambutan Maulidur Rasul

Tindakan Sajat ketika itu telah mendapat kecaman ramai selepas disifatkan tidak mempunyai rasa hormat dan sensitiviti kerana memuat naik gambar tersebut sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul.

Seorang pendakwah bebas PU Amin turut bersuara dengan mengatakan Sajat sanggup mencemarkan bulan kelahiran Rasulullah, Rabiulawal yang mulia dengan memuat naik video sebegitu.

” Ya Rabb ! Di atas laut itu . Laut yang pernah menjahamkan manusia . Boleh memusnahkan manusia . Bersaksikan langit yang terbuka , dijaga malaikat pemelihara rahmat , di lantai kan laut yang bertasbih dan berzikir pada Tuhan . Dia sanggup ?..

“Apakah sajat mahu mencabar Allah?” demikian antara kata-kata PU Amin

Respon balas Sajat

Sementara itu, posting awal Sajat pada siang tadi yang meminta orang ramai berdoa untuk Beirut.

Siapa sangka Sajat yang berkongsi berita pakcik teman lelakinya yang turut terbvnuh dalam kejadian letupan itu telah mendapat reaksi negatif warganet.

Ia susulan segelintir mengecam Sajat mengatakan dia menjadi punca kepada bala dan malapetaka yang menimpa negara Lubnan.

Sajat menerusi satu posting di IG Storynya meminta individu terbabit agar tidak mengaitkannya dengan apa yang berlaku

” Jangan nak kaitkan aku dengan letupan di Beirut..letupan itu tiada kaitan dengan aku langsung.

” Otak jangan jadi bod#h wahai haters!!” tulis Sajat.

Terdahulu beberapa individu mengecam Sajat dengan kata-kata jelik.

” Allah masih sayangkn kau semua ini tak terjadi ketika kau syokk dgn jodoss atas kapal disana. Sedar2 lah ye, kembali lah kepada fitrahmu. Bukan menghiina cuma mahu lepas dri seksa akhirat atas sbb tdk menegur perkara yg mungkar” tulis Xrixx

Dalam pada itu, dikatakan kesan letupan yang berlaku di Beirut itu dikatakan menghampiri kekuatan gempa bumi 3.5 skala Ritcher, menurut Pusat GeoSains Jerman.

Malah gegaran boleh dirasai sehingga ke Kepulauan Cyprus, 200 kilometer merentasi Lautan Mediterranean.

Orang awam yang merakam kejadian letupan itu dari 2 kilometer jauhnya, turut tercampak akibat impak yang kuat


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Letupan Di Beirut, Bapa Saudara Teman Lelaki Sajat Antara Yang Terkorban

Satu letupan besar telah menggegarkan ibu kota Beirut, Lubnan pada Selasa sehingga mencederakan puluhan orang awam yang berada di sekitar lokasi kejadian telah mendapat perhatian ramai termasuk di Malaysia.

Orang ramai mendoakan kesejahteraan negara tersebut kerana ia mengorbankan ramai penduduk di sana.

Letupan yang berlaku bukan sahaja mengakibatkan kemusnahan di kawasan itu, malah impaknya menyebabkan kerosakan pada beberapa bangunan lain yang terletak beberapa kilometer dari lokasi terbabit.

Turut terkesan adalah teman lelaki usahawan selebriti Nur Sajat yang dikenali sebagai Jadoos yang berasal dari Beirut.

Menjawab komen salah seorang pengikutnya di laman Instagram, Sajat memaklumkan bapa saudara Jadoos antara yang menjadi mangsa nahas kejadian.

“Jadoos Alhamdulilah, cuma pak cik dia ada yang meninggal di tempat kejadian,” tulisnya.

Sejak lewat petang semalam, tular rakaman video yang menunjukkan letupan awal dengan kepulan asap tebal serta api marak menjulang dan menggegarkan bangunan di sekitar ibu kota.

Pada masa sama, kedengaran jeritan penduduk yang bergegas menyelamatkan diri di dalam restoran dan dari balkoni kediaman masing-masing.

Kebanyakan daripada mereka menyangkakan kejadian berpunca daripada gegaran kuat gempa bumi.

Sumber: Gempak.com


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Anak Mangsa Dijerut Suami Luah Rasa Rindu Pada Ibu

Beberapa hari lalu hangat diperkatakan dan gempar mengenai kes seorang suami tergamak membunuh isteri gara-gara terlalu marah dengan tindakan isterinya yang memfailkan penceraian.

Suspek dipercayai menjerut leher mangsa yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggunakan tudung sehingga meninggal dunia. Suspek berusia 41 tahun itu sudah pun berjaya ditahan oleh pihak polis.

Susulan pembunuhan kejam itu, anak mangsa berusia 14 tahun meluahkan rasa rindunya kepada ibunya di media sosial ternyata mengundang simpati dan rasa sebak netizen.

Menerusi komen anak mangsa, dia menyatakan bahawa ibunya sering ditimpa pelbagai ujian sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Sementara itu, rakan sekolah menengah mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, dia hanya mengetahui kehilangan mangsa melalui perkongsian maklumat oleh rakan-rakan di kumpulan WhatsApp.

“Saya dan rakan-rakan agak terkejut apabila mengetahui berita itu tambahan kami dan arwah sangat rapat sejak sekolah menengah lagi.

“Kali terakhir saya dapat bertemu mangsa adalah pada sambutan hari raya Aidilfitri tahun lalu apabila dia berkunjung ke rumah saya di Sungai Petani, Kedah,” katanya.

Rakan mangsa menyifatkan arwah seorang yang yang merendah diri dan tidak sombong dan pemergiannya amat dirasai.

“Dia sangat merendah diri walaupun berpendidikan tinggi dan berjaya sebagai pensyarah berwibawa di UIAM. Kehilangannya benar-benar dirasai kami.

“Malah, dia tidak lokek berkongsi idea dan banyak memberikan nasihat berguna, ” katanya.

Sumber: Harian Metro


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Cara Masak Sotong Masak Hitam Sedap Stail Mamak

Bosan makan lauk Sambal Sotong? Nah.. Cuba masak menu Sotong Masak Hitam pula. Tapi ni hitam bukan sebarangan ya. Tak guna dakwat sotong pun. Menurut empunya resipi Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din nak masak menu ni pun mudah dan rasanya tak mengecewakan. Ha… Bolehlah cuba ya.

SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg sotong
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
  • 1 sudu kecil lada sulah (*)
  • 1 sudu besar serbuk cili (*)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
  • 1 batang serai – dititik
  • 3 tangkai daun kari
  • 1-2 biji tomato – belah wedges
  • 1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
  • 1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
  • 1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
  • 3 labu bawang besar – dihiris
  • 3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa & secubit gula
  • Sedikit pes asam jawa

CARA MEMASAK:

  • Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
  • Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
  • Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
  • Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
  • Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
  • Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
  • Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.

INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.

Kredit resipi & foto: Rabiatun Adawyah Mohamed Din


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Tentang Kelawar Yang Disebut Di Dalam Hadis

Permulaan 2020 membimbangkan semua pihak kerana satu per satu perkara telah menimpa umat manusia. Selepas kebakaran besar di Australia yang melibatkan jutaan haiwan mati, kini tular sebuah penyakit yang dipanggil novel Coronavirus.

Virus ini yang dikatakan bermula di Wuhan, China telah menjangkiti ribuan manusia dan mengakibatkan sejumlah angka terkorban termasuk seorang doktor yang telah terlibat untuk merawat pesakit ini dari awal, iaitu Liang Wudong.

Beliau yang merupakan seorang pakar bedah di Hospital Jinyintan di Wilayah Huei meninggal akibat disyaki terkena jangkitan virus ini.

Angka kematian di China pula dikatakan terus meningkat kepada 106 orang setakat 28 Januari dan pertambahan kes ini telah mencapai 4428 orang.

Menurut Dr Dzulkifly, Menteri Kesihatan berkata, jumlah kumulatif kes pesakit di bawah siasatan (PUI) terhadap virus ini adalah sebanyak 65 kes setakat 10 hingga 28 Januari. Daripada jumlah itu, 34 daripadanya adalah warganegara.

Menurut laporan dari Xiunhuanet, penyakit ini pada awalnya merupakan demam dan batuk biasa yang bermula dari peniaga ikan di pasar makanan laut. Ia boleh menjadi lebih bahaya apabila mampu menjangkiti orang sekeliling dan apabila sudah berada pada paras bahaya, ia juga boleh membawa maut.

Menurut Pengarah Pusat pencegahan dan Kawalan Penyakit China, mereka percaya bahawa ia berkemungkinan datang daripada haiwan liar di pasar makanan laut. Namun, sehingga kini tiada penyebab yang sahih wujudnya virus ini.

Terdapat beberapa kajian yang menyebut bahawa ia adalah berpunca daripada kelawar kerana ia berkait rapat dengan jenis yang wujud dalam kelawar. Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal ‘Science China Life Sciences’.

Terdapat sebuah lagi kajian yang mengatakan ia mungkin berpunca daripada ular atau haiwan eksotik yang lain. Kajian ini diterbitkan pula dalam ‘Journal of Medical Virology’.

Hukum Membunuh Kelawar

Yang menariknya, banyak video berkenaan rakyat China yang memakan kelawar telah tular selepas wujudnya insiden ini. Video-video yang tular itu menimbulkan spekulasi terhadap hubung kaitnya dengan virus ini. Bahkan, perbuatan memakan kelawar itu sendiri dianggap sebagai sesuatu yang menjijikkan kerana haiwan itu dikatakan mempunyai banyak mudarat berbanding kebaikannya.

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang boleh terbang. Ia adalah kelompok ordo chiroptera dengan kedua kaki depan yang boleh berkembang dan berfungsi sebagai sayap.

Terdapat tiga hukum berkenaan membunuh kelawar. Ulama yang membolehkan bunuh kelawar adalah ulama Mazhab Hanafi, manakala ulama Maliki mengatakan ia adalah makruh.

Dalam pendapat ulama Hanbali dan Syafi’e, haram hukumnya membunuh kelawar. Dalam Islam, keharaman sesuatu binatang itu adalah sama ada kerana ia memudaratkan atau mungkin juga kerana kemuliaan mereka (disebutkan dalam dalil atau Al-Quran).

Hadis sahih mengenai kelawar

Dalam isu kelawar, ia ada disebut dalam sebuah hadis sahih yang berbunyi:

لَا تَقْتُلُوا الضَّفَادِعَ فَإِنَّ نَقِيقَهَا تَسْبِيحٌ , وَلَا تَقْتُلُوا الْخُفَّاشَ فَإِنَّهُ لَمَّا خَرِبَ بَيْتُ الْمَقْدِسِ قَالَ: يَا رَبِّ سَلِّطْنِي عَلَى الْبَحْرِ حَتَّى أُغْرِقَهُمْ

Maksud: “Janganlah kalian membunuh katak. Sesungguhnya bunyinya adalah tasbih. Dan janganlah kalian membunuh kelawar. Kerana, ketika Baitul Maqdis Dibakar, kelawar itu berdoa kepada Allah: “Ya Tuhan kami, kuasakan kami atas lautan sehingga kami boleh menenggelamkan mereka.” (Sunan Kubra Al-Baihaqi, 9/318)

Berkenaan dengan isu memakan kelawar, para ulama berpendapat bahawa jika sesuatu haiwan itu haram dibunuh, maka hukumnya juga adalah haram. (Imam Al-Baihaqi)

Tuntasnya, menurut perbahasan ulama menunjukkan bahawa hukum membunuh dan memakan kelawar adalah diharamkan kerana ia dilarang dalam hadis.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
Rumaysho.com
CNN


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Resepi Sambal Tempe Crispy Yang Pastinya Menaikkan Selera Makan!

Siapa suka makan sambal kentang tempe crispy? Makanan ni sering dijadikan seperti snek ringan yang boleh dimakan atau diratah begitu sahaja, atau boleh juga dimakan bersama nasi dan hidangan-hidangan yang lain. Ia sangat mudah dan lazat! Selamat mencuba!

Sambal Kentang Tempe Crispy

Bahan-Bahan

  • Kentang (hiris nipis)
  • Tempe(hiris nipis)
  • Kacang tanah
  • Ikan bilis
  • Semua bahan di atas di goreng, ketepikan

Bahan Sambal

  • 1 mangkuk cili kering kisar*
  • 3 ulas bawang merah kecik*
  • 4 ulas bwg putih *
  • 1 inci belacan*
  • Gula dan garam secukupnya
  • Minyak utk menumis

Cara Penyediaan

  • Kisar bahan2 bertanda *
  • Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar sampai naik bau
  • Masukkan garam dan gula. Masak sampai pecah minyak, sampai warna sambal menjadi sedikit gelap
  • Sejukkan sambal. Kemudian campur bahan-bahan yang digoreng di atas, gaul rata
  • Masukkan dalam bekas kedap udara

Kredit Resepi: Zaimah Zakaria


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Kalau Selalu Gastrik Ketika Puasa, Ini 7 Perkara Kena Faham & ‘Standby’ Siap-siap

Don’t Confuse Gallbladder Disease With Gastric Pain

“Tak lama lagi nak mula puasa. Aku risaulah nanti gastrik datang balik. Kalau boleh nak puasa penuh, tak nak ada yang tertinggal sebab sakit perut atau muntah…”

Kedatangan Ramadhan tentunya membuat ramai teruja. Namun ada sesetengah yang mudah terkena sakit perut atau gastrik, terutamanya pada beberapa hari terawal puasa.

Ini berlaku kerana dalam bulan puasa, pola pemakanan kita akan berubah. Di waktu siang semasa perut kosong, peningkatan asid di dalam perut boleh berlaku dan menyebabkan keradangan perut, loya, muntah atau berasa pedih pada ulu hati.

Jadi, bagi pesakit gastrik atau anda yang selalu sakit perut bila lewat makan, jom ketahui beberapa tips ini untuk membantu anda mengawal gastrik agar dapat berpuasa dengan lebih lancar dan selesa tanpa kesakitan.

7 TIPS MENGAWAL & MENGELAKKAN GASTRIK KETIKA PUASA

1. JENIS MAKANAN & MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN

Umumnya, pemilihan makanan sihat amat membantu mengawal masalah gastrik.

Berikut adalah jenis makanan yang perlu dielakkan atau dihadkan:

Makanan bergoreng
Makanan pedas dan berempah
Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
Minuman bergas
Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
Makanan yang diproses seperti sosej dan nugget
mengidam makanan tidak sihat
Foto Kredit: popsugar.com

2. KETIKA BERBUKA

Ketika berbuka, makanlah dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makan terlalu banyak dan jarakkan pengambilan pemakanan.

Contohnya anda boleh berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat Maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi bersama lauk pauk dalam kuantiti sederhana.

Selesai solat terawih pula, banyakkan makan buah-buahan yang tidak berasid, biskut oat atau roti.

3. KETIKA BERSAHUR

Seeloknya lewatkan sahur, iaitu ketika hampir waktu imsak. Cuba elakkan makan sahur terlalu awal, contohnya jam 2 atau 3 pagi dan tidur semula sehingga pagi.

Anda digalakkan minum segelas susu semasa sahur. Hal ini dapat mengurangkan simptom gastrik dan ulser peptik.

Tabiat tidur selepas selesai sahur atau berbuka boleh menyebabkan gastrik dan masalah pencernaan.

4. JANGAN MEROKOK & MAKAN LEWAT MALAM

Bulan puasa adalah bulan yang paling ideal untuk anda berhenti merokok. Merokok bukan saja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga boleh menjadi penyumbang kepada gastrik.

Makan selepas solat terawih atau moreh / supper juga seeloknya perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.

5. MINUM AIR KOSONG

Minum air kosong secukupnya sepanjang malam di waktu Ramadhan. Ramai yang ‘terlupa’ minum air kosong sebab macam-macam jenis minuman yang menggiurkan dijual di pasar Ramadhan.

Air kosong penting bagi melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan gastrik atau sakit perut yang dihadapi di siang hari.

Mengikut saranan KKM, anda sepatutnya boleh mencukupkan 8 gelas air sehari dengan jadual minum air seperti berikut:

-1 gelas ketika bangun sahur
-1 gelas selepas makan sahur
-1 gelas semasa berbuka puasa
-1 gelas selepas makan
-1 gelas selepas solat maghrib
-1 gelas selepas solat isyak
-1 gelas selepas solat terawih
-1 gelas sebelum tidur

kuruskan badan di bulan puasa

6. MAKANAN & MINUMAN YANG DIGALAKKAN

Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks atau yang berasaskan bijirin gandum, seperti beras perang, kekacang badam dan oat.

Cuba gunakan teknik memanggang atau kukus untuk mengelakkan makanan bergoreng dan berminyak.

Selain air kosong, anda boleh minum susu atau smoothie buah-buahan yang tidak berasid seperti kurma dan pisang.

7. ‘STANDBY’ & MAKAN UBAT

Jika anda diberikan ubat oleh doktor, jangan lupa mengambil ubat mengikut preskripsi doktor.

Sekiranya diserang gastrik yang teruk, anda boleh mendapatkan suntikan di klinik jika perlu.

Berikan anak ‘supplement’ dan ‘vitamin’

JANGAN PAKSA DIRI JIKA KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN

Selain mengawal pemakanan, cuba elakkan stres dan amalkan gaya hidup sihat. Beberapa kajian menyatakan bahawa stres boleh menyebabkan peningkatan asid perut.

Jika kerap sakit, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan anda berkaitan masalah yang dihadapi ketika berpuasa. Ingat, Islam itu agama yang indah dan tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan mereka.

Selamat berpuasa!


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Rasa Lembut & Berlemak, Ini Cara Nak Buat Ketupat Daun Pisang Paling Mudah

Tak lama lagi umat Islam khususnya akan menyambut bulan Ramadan dan seterusnya menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pastinya ada dalam kalangan anda yang dah senarai beberapa menu untuk juadah berbuka puasa mahupun hari raya.

Bila sebut nak raya, menu paling utama yang perlu ada adalah ketupat dan rendang. Rasa tak meriah kalau tak ada ketupat! Jadi, kami nak kongsikan resepi ketupat daun pisang yang paling mudah dan sedap. Lepas ini tak payah beli ketupat segera, buat sendiri je!

Bahan-bahan

  • Beras pulut – 4 cawan
  • Santan – 2 biji kelapa
  • Daun pisang
  • Garam secukup rasa
  • Daun pandan

Cara-cara

  1. Rendam beras pulut selama 2 jam.
  2. Kemudian, kukus beras pulut bersama santan, sedikit garam dan daun pandan. Nak kukus sampai masak atau separuh masak pun boleh.
  3. Biarkan pulut sejuk sekejap dan boleh balut dengan daun pisang.
  4. Dah siap balut boleh lah kukus sekali lagi selama 15 minit atau 20 minit.
  5. Siap. Ikut suka hampa nak cicah rendang ka kari ka gula ka atau susu.

Selamat mencuba!

Sumber: Hairul Hamid


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Nampak Luas & Selesa Apabila Apartment PP1AM Dihias Dengan Gaya Scandinavian

Tidak kira apa pun jenis kediaman, sudah tentu anda mahukan yang terbaik dan yang paling selesa untuk didiami. Seperti pemilik rumah jenis apartment PPA1M ini yang bertugkus lumus menjadikan kediaman 1000 kaki persegi ini sebagai sebuah rumah dengan konsep scandinavian yang menarik dan selesa.

Menurut Endang Juliarti, rumah ini telah didiami selama 7 bulan dan walaupun masih baru, kesemua ruang telah dilengkapi dengan perabot dan kelengkapat yang secukupnya.

Warna Elves Green dari Nippon Paint telah menjadi pilihan. Rona yang lembut dan ceria digabungkan dengan warna putih menjadikan segenap kediaman lebih tenang dan segar.

 Tip dekorasi 

  1. Hias rumah mengikut bajet dan kemampuan.
  2. Menggunakan bahan terpakai.
  3. Beli pokok secara berperingkat.
  4. Tetapkan konsep yang diingini.
  5. Buat rujukan sebelum putuskan untuk beli sesuatu. Sama ada ia pratikal dan berbaloi.
  6. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Menghias rumah sama seperti berkarya. Tiada yang betul, tiada yang salah dalam seni menghias kediaman.

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Kerja Kontrak Susah Betul Nak Beli Rumah, Betul Ke?, Ikuti Tip Yang Dikongsi Oleh Lelaki Ini

Rumah merupakan suatu keperluan yang perlu ada bagi memberi perlindungan serta tempat untuk berehat selepas seharian berkerja demi mencari sesuap nasi. Setiap orang pastinya mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri yang selesa dan boleh didiami seisi keluarga.

Namun, tidak semua orang mampu untuk membeli rumah sendiri berikutan dengan gaji yang kecil, pinjaman tidak diluluskan, memiliki komitmen yang banyak dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, ramai yang memilih untuk hanya menyewa sahaja daripada membeli rumah.

Ada juga yang kata kalau kerja kontrak susah nak beli rumah, betul ke? Kalau anda nak tahu jawapannya, ikuti perkongsian yang dibuat oleh Gila Hartanah di bawah.

“KERJA KONTRAK NI SUSAH BETUL NAK BELI RUMAH..” Betul ke? Untuk pekerja kontrak, [THREAD] ini khas untuk anda. #KISAHINSPIRASI

Ramai yang tak putus-putus mengeluh, mengadu nasib tentang paras ekonomi semasa. Dan masalah ini tak pernah mengenal siapa. Semua orang ada potensi boleh ‘terkena,’ termasuk mereka yang bekerja dalam industri yang bernilai berbilion Ringgit.

Mungkin ramai yang tengah susah hati nak beli rumah sekarang. Lebih-lebih lagi mereka yang bekerja kontrak. Mungkin perkongsian silent reader Tuan Azizul Azli Ahmad ini akan terus buat korang bersemangat untuk teruskan usaha membeli rumah. In Shaa Allah.

BMW, Audi, dan superbike memang mainan orang kerja oil & gas? Saya tak pernah dapat kerja tetap selepas graduasi. Bekerja secara kontrak je sebab kerja ikut projek (industri oil & gas).

Alhamdulillah, dah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Isteri pula bekerja tetap dalam bidang construction (pembinaan). Setiap kali tukar projek baru (tukar syarikat sekali), pendapatan saya akan bertambah.

BMW, Audi, Vellfire, dan superbike ni biasa bagi orang yang bekerja dalam industri oil & gas. Walaupun ada yang perli, saya masih kekal pakai kereta second hand keluaran tahun 2002. Sekarang dah habis bayar. Sebelum ni, ansuran bulanan kereta cuma 4% sahaja dari gaji.

Tak ada kerja, tapi komitmen bertimbun? Gila! Alhamdulillah, simpanan dan hartanah semakin bertambah. Kami dah ada 8 hartanah (nilai gabungan RM2 juta). Simpanan semasa keluarga dah berjaya mencecah 6 angka.

Tahun 2014, industri oil & gas mula jatuh dan sekarang semakin teruk. Ramai kawan2 yg berkereta mahal dan rumah mahal (nilai gabungan cecah RM1 juta ++) mula risau. Ada yang dah diberhentikan dgn komitmen yg tinggi. (8k hingga 10k bayaran bulanan utk 1 rumah dan 1 kereta).

Alhamdulillah, saya masih mampu bertahan walaupun tak bekerja (sekarang masih lagi bekerja). Semua hartanah saya sewakan dan saya memilih untuk menyewa rumah yang lebih murah. Siapa kata kerja secara kontrak tak boleh hidup senang? Hadam tip ini sekarang!

  1. Orang muda tak usah terlalu memilih kerja. Kerja pertama adalah pembuka rezeki. Jangan terlalu fokus nak dapat kerja tetap saja.
  2. Kerja secara kontrak bukan satu dosa. Saya dah 10 tahun bekerja secara kontrak. Tak pernah dapat kerja berstatus pekerja tetap.
  3. Set objektif kewangan dalam bentuk time frame (3, 5, 10, dan 15 tahun)
  4. Kekalkan gaya hidup, walaupun setiap tahun dapat kenaikan gaji (increment).
  5. Hidup secara sederhana (tapi bukan kedekut). Tak salah mendongak ke langit. Tapi selalu ingat tunduk ke bumi.
  6. Kalau tak boleh downgrade gaya hidup, buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan.
  7. Paksa diri untuk menyimpan. Dan kalau ada bonus, 70% hingga 80% daripada bonus masukkan ke dalam simpanan tetap.
  8. Kekalkan pakai 1 kereta utk tempoh 10 tahun pertama. Cari kereta komitmen bawah 10% dpd gaji.
  9. Tambah aset hartanah. Target mesti ikut kemampuan dan kapasiti kewangan semasa masing2.
  10. Tak usah pedulikan apa orang nak kata. Kekal setia dengan objektif kewangan kita. Kawal mana yang boleh, dan elakkan banyak mengeluh.
  11. Kejatuhan ekonomi dijangka pada tahun 2024 – 2026. Jadi, mula menyimpan sekarang.
  12. Tabung fizikal mesti ada kat rumah. Tabung suami isteri dan tabung anak-anak. Konsep tabung warna tu sangat bagus.
  13. Bergaul dengan orang yang positif.
  14. Tambah ilmu kewangan, dan gunakan alat kewangan yg ada spt ASBF, TH, UT, dan lain2
  15. Sentiasa bantu keluarga dan ibubapa.
  16. Tak usah berkira bila nak bersedekah. Sedekah tu sebenarnya menjemput rezeki dtg lebih banyak.
  17. Mulakan Takaful dan wasiat seawal yg boleh.
  18. Zakat jgn lupa. Ni wajib walaupun gaji permulaan hanya RM1,000.
  19. Pergi kerja naik motor kalau boleh.
  20. Suami & isteri kena bersama dlm pengurusan kewangan dan pelaburan keluarga. Mesti sepakat dan bekerjasama.

22) Elakkan skim-skim yang mengarut dan pulangan yang tak masuk akal. Tip ini semua berdasarkan pengalaman saya sendiri selama 10 tahun dalam alam pekerjaan. Semoga ia dapat membantu korang semua.

Sumber: Gila Hartanah


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Kek Kukus Coklat Cheese Ikut Sukatan Cawan, Lebih Mudah Dan Confirm Sedap

Pernah rasa tak kek yang satu ini? Kek kukus coklat cheese memang nikmat jika dapat merasainya, cair dimulut katanya. Seronok jika dapat membuat kek ini dengan jayanya. Boleh cuba buatnya ikut resipi ini.

BAHAN A :

  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan susu cair*
  • 1 cawan koko*
  • 1 cawan minyak*
  • 1/2 cawan susu pekat*

BAHAN B :

  • 3 biji telur (A)

BAHAN C :

  • 1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk cheese :

  • 250gm cream cheese*
  • 60gm gula castur*
  • 25 gm tepung gandum*
  • 25 gm susu segar*
  • 1 biji telur

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api n biarkan sejuk.
  2. Pukul bahan B sampai kembang dan gebu kemudian masukkan bahan A kacau hingga sebati dan masukkan pula bahan C . Kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan coklat ke dalam loyang dan kukus hingga masak. Kemudian,diikuti dengan adunan cheese dan juga kukus hingga masak.
  4. Setelah itu,tuangkan sekali lagi sebahagian lagi adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya..kukus hingga masak.
  5. Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.
  6. *Loyang hendaklah disapu majerin dan dialas kertas minyak.

CARA MEMBUAT ADUNAN CHEESE :

  • Pukul semua yg bertanda kecuali telur sampai gebu n masukkan telur n pukul lagi sampai sebati siap leh la dikukus semuanya. Best sangat rasa lembut jaaa

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Kalau Menyewa Rumah, Jagalah Macam Mana Hak Orang

Ini peringatan manja buat orang yang nak menyewa rumah orang, tolong lah jaga hak orang sebaik mungkin seperti mana kita sayangkan hak kita. Bukan kes baru, memang sudah banyak kes penyewa yang masuk elok-elok tetapi tinggalkan rumah dengan cara yang paling kelat. Lagi teruk sampai keadaan rumah pun tak macam rumah.

Sebelum keadaan menjadi lebih keruh, jemput hadam nota yang dikongsi oleh Puan Farizal Radzali ini. Kalau pernah buat, mohon jangan ulang dan betulkan.

Ada kes sewa rumah. Penyewa dah keluar rumah bulan lepas tapi dia tak bayar sewa bulan akhir kerana katanya tolak je lah deposit masa mula-mula dia bayar dulu. Lepas tu tinggalkan rumah dalam keadaan yang teruk, dengan pintu pecah, paip tercabut, lantai pecah dan sebagainya. Terkial-kial lah si tuan rumah mencari dana nak repair balik rumahnya.

Ok, dah banyak silap faham pasal deposit sewa rumah. Tuan rumah dan penyewa juga. Ramai yang faham, deposit sewa sebulan itu adalah wang yang perlu dipegang oleh tuan rumah andai penyewa tak bayar sewa dan tinggalkan hutang utiliti. Ini salah.

Deposit sewa dan deposit utiliti adalah dua perkara berbeza.

Deposit utiliti adalah untuk membayar segala hutang utiliti jika penyewa tak bayar hingga akhir tarikh dia menyewa. Utiliti tu apa? Bil-bil elektrik, air, indah water, dan apa-apa yang termaktub dalam perjanjian sewa.

Manakala deposit sewa adalah sebagai jaminan buat tuan rumah andai rumahnya rosak akibat kecuaian penyewa.

Jaga Hak Orang Baik-baik

Kena ingat, bila kita menyewa rumah orang, rumah itu tetap bukan milik kita. Jagalah ia sebagaimana hak orang. Jika tuan rumah tak berpuas hati dgn kerosakan rumahnya disebabkan kecuaian penyewa menjaga rumah tersebut, maka tuan rumah berhak menggunakan deposit sewa untuk membaiki rumahnya yang rosak.

Andai tuan rumah berpuas hati dgn keadaan rumahnya selepas penyewa keluar, barulah tuan rumah akan membayar balik deposit sewa kepada penyewa.

Jadi, jangan pandai-pandai potong sendiri duit sewa rumah kononnya dah bayar deposit sewa, ok.Dan jangan pandai-pandai tak bayar utiliti di bulan akhir kononnya dah bayar deposit utiliti tau. Hak orang tetap hak orang. Tolong buat perjanjian bertulis, jangan buat perjanjian lisan. Demi masa depan.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Idea Masak 2 Minit, Ini Tauhu Telur Masak Sambal Lain Dari Lain Boleh Korang Cuba

Menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN), seorang individu berkongsi resepi tauhu telur yang super sedap. Kalau sebelum ini, korang mesti biasa makan tauhu telur yang dimasak sos tiram bukan? Namun untuk kali ini, wanita ini membuat sedikit kelainan dengan masak sambal tauhu.

Potong kecil-kecil

Keluar dari plastik bukak perlahan-lahan takut nnti hancur dan bilas guna air. Potong agak-agak nak besar mana.

Goreng dengan telur

Dua biji telur. Taruk garam dan perasa sedikit. Biarkan tofu rendam dalam telur nie sekejap ya. Dah siap goreng jadi macam nie ya. Ratah macam nie pn nampak sedap tau korang.

Bahan2 nya simple je

  • Cili kering direndam
  • Bawang 10 biji byk bwg lagi sedap(terpulang)
  • Bawang putih
  • Halia
  • Pastu blend kan

Tumiskan cili blend dengan minyak begini. Dah garing sambal masukkan tofu. Campurkan garam gula dan ajinamoto sedikit…kacau-kacau tofu yang telah digoreng tadi.

Siap tauhu sambal

Tadaa…siap masak lunch hari nie. Sedap dan simple sahaja korang.

Sumber : Nur Asykeen


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


loading...