Showing posts with label beritaHOT. Show all posts
thumbnail

“MAMA dah meninggal yer, bila mama nak bangun?”


“MAMA dah meninggal yer, bila mama nak bangun?” kata Syurafa’ Muhamad Hisyam, 2, selepas mendengar berulang kali perkataan meninggal dunia apabila keluarganya terbabit kemalangan di Kilometer 294.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Gopeng, Perak, semalam.
Dalam kejadian 7.10 pagi itu, kereta Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga merempuh belakang Honda Civic yang berhenti kerana terdapat kemalangan di hadapan.

Rempuhan itu menyebabkan ibunya, Ummu Maisarah Kamaludin, 33, yang duduk di bahagian penumpang belakang maut di lokasi kejadian manakala kakaknya, Syaima’ Muhamad Hisyam, 5, yang duduk bahagian penumpang depan disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak.
Adik ipar kepada arwah Ummu Maisarah, Muhammad Hatem Zakaria, 28, berkata, ketika kejadian abangnya, Muhamad Hisyam Zakaria, 35, bersama isteri (Ummu Maisarah) dan tiga anak perempuan mereka iaitu Syifa’, 9; Syaima’ dan Syurafa’ dalam perjalanan dari Petaling Jaya menuju Pendang, Kedah untuk menghadiri kenduri aqiqah sepupu selain bercuti.
Menurutnya, mereka sekeluarga keluar rumah pada 4 pagi sebelum terbabit dalam kemalangan berkenaan.
“Saya mengetahui kejadian itu selepas abang (Muhamad Hisyam) menghubungi ayah memaklumkan kejadian sebelum kami bergegas ke Perak.
“Jenazah kakak ipar (Ummu Maisarah) dan anak buah (Syaima’) selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tasik Puteri, Rawang pada 8 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Muhammad Hatem berkata, buat masa ini, Syifa’ seperti mengerti mama dan adiknya itu sudah tiada berbanding Syurafa’.
“Selepas dia mendengar perkataan meninggal dan melihat mama dan kakaknya itu dikebumikan, dia tertanya-tanya bila mereka akan bangun selain asyik menyebut nama mereka.
“Malam tadi pun, dia sukar tidur dan sering mencari mamanya walaupun kami cuba menarik perhatian dengan mengajak dia main bersama sepupunya yang lain.
“Selain itu, abang (Muhamad Hisyam) masih fobia untuk memandu kereta,” katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan, kemalangan itu membabitkan treler Hino, Perodua Myvi, lori yang belum dikenal pasti, Volkswagen Passat, Honda Civic dan Proton Perdana dengan keseluruhan 10 mangsa termasuk dua cedera dan dua maut.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, siasatan awal mendapati treler dari arah Kuala Lumpur menghala ke Ipoh itu dipercayai dilanggar dari belakang oleh Perodua Myvi menyebabkan kereta itu berpusing dan berhenti di lorong kanan sebelum sebuah lori tidak dapat dipastikan memperlahankan kenderaan.
“Volkswagen Passat di belakang lori itu memperlahankan kenderaan serta menyalakan lampu kecemasan, diikuti Honda Civic namun Proton Perdana dinaiki mereka sekeluarga gagal mengelak lalu melanggar belakang Honda Civic.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber Hmetro

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Pengurus pasukan Johor & anak maut dalam kemalangan dua kereta bertembung

Pengurus pasukan Johor yang beraksi dalam Kejohanan Sepak Takraw League (STL) 2019 dan anak perempuannya terkorban dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Jalan Mersing-Endau, berhampiran Hutan Lipur Gunung Arong petang semalam.
Mangsa Abdul Manan Ahmad dan Nur Ainil Jannah Abdul Manan yang menaiki kereta jenis Toyota Vios meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.
Berita kematian itu mengejutkan pelbagai pihak dan kenalan mereka yang turut mengambil kesempatan bagi menitipkan al-Fatihah dan mengucapkan takziah di laman media sosial.
TENANGLAH BERSEMADI KAMU DI SANA.SALAM TAKZIAH DARIPADA KAMI SEMUA.إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ…
INNALILLAHIWAINNALILLAHIROJIUN…..PEGAWAI PASUKAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM DAERAH KLUANG, LT (PA) ABDUL MANAN AHMAD,…
ALLAHUAKBAR..DAPAT BERITA KEMATIAN DARI KAWAN2 DI APM KLUANG..TUAN ABDUL MANAN BIN HAJI AHMAD DAN ANAKNYA AINIL JANNAH…
Menerusi laman Instagram Nur Ainil Jannah pula, gadis berusia 22 tahun itu sempat memuat naik beberapa Instastory selepas menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya.
Al-Fatihah & salam takziah! Semoga roh kedua-duanya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman serta beramal soleh. 
Sumber : Sinar Harian , Facebook , Instagram

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Al-Fatihah.. Pekerja ditikam ‘team leader’ kerana lewat masuk kerja, meninggal dunia


Setelah lima hari bertarung nyawa di Hospital Pulau Pinang, akhirnya mangsa ditikam ‘team leader’ di sebuah syarikat kurier di Balik Pulau, meninggal dunia. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, mangsa, Aidil Azran, 24, meninggal dunia pada jam 11.15 pagi hari ini dan proses bedah siasat akan dilakukan untuk mengenalpasti punca kematian mangsa. 
Susulan itu, polis akan memohon agar reman terhadap suspek dilanjutkan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 
Sementara itu bapa mangsa, Omar Ibrahim, 58, berat untuk memaafkan suspek yang juga dikenalinya itu dan berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap suspek. 
Omar reda dengan pemergian anak bongsu daripada tiga beradik itu tetapi kesal dengan cara kematiannya. Sedangkan masalah anaknya datang lewat boleh dibawa berbincang dengan pihak syarikat. Tetapi suspek mengambil tindakan sendiri sehingga mengorbankan mangsa. 
Menurutnya, dia sedia maklum yang arwah ada beberapa kali datang lewat ke tempat kerja, namun anaknya itu akan menyambung kerjanya sehingga malam. 
“Malah, pihak syarikat sendiri mengetahui sekiranya arwah datang lambat, namun ini mungkin tidak disenangi oleh rakannya itu yang juga penyelia tempat mereka bekerja. 
“Anak saya baru setahun bekerja, malah saya mengenali rakan yang menikamnya itu walaupun tidak terlalu rapat,” katanya. 
Difahamkan, mangsa bakal berkahwin dengan gadis pilihannya dari Jogjakarta, pada April 2020. Tetapi semua perancangan itu musnah selepas kejadian yang tidak disangkakan itu. 
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Bagan Air Hitam, Jalan Baru, Balik Pulau, malam ini. 
LAPORAN BERKAITAN
Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

[VIDEO] “Saya Rasa Macam Sesuatu, Terasa Dia Punya Seram…” – Datuk Seri Siti Nurhaliza


Selepas membuat ‘comeback’ dengan lagu Anta Permana, penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil sekali lagi dengan lagu terbaru bertajuk Kekasihku Selamanya.
Lagu ini menjadi runut bunyi utama bagi filem Dendam P0ntianak yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Menceritakan kisah disebalik lagu berkenaan, Siti menjelaskan rakaman lagu itu telah dijalankan sekitar tiga bulan lalu.

Menurutnya, lagu terbabit dilihat mempunyai aura dan sisi s3ram yang tersendiri.
“Lagu ni saya rekod sebelum bulan puasa lagi. Pertama kali saya dengar pun dah rasa macam sesuatu juga, terasa dia punya ‘h4ntu’.

“Dengar bahagian ‘verse’ saja dah terasa s3ram ditambah pula dengan petikan piano memang bertambahlah mood tu,” katanya.

Jelas Siti, bagi rakaman lagu berkenaan, dia banyak menumpukan kepada ‘f3el’ dan 3mosi bagi membangkitkan mood yang diperlukan.

“Saya cuma perlu mendalami 3mosi lirik lagu ini yang seperti menampakkan saya merayu, sedih dan berdendam pun ada,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Universal Music, baru-baru ini.

Ditanya pula sama ada lagu Kekasihku Selamanya mampu memberi impak seperti mana runut bunyi filem s3ram sebelum ini, Siti berpendapat pendengar harus mendengar dan pada masa menonton filem D3ndam Pontianak.

“Ini kali pertama saya menyanyikan lagu untuk filem seram. Saya saya lagu ini kita kena dengar seiring dengan filem itu sendiri.

“Bila lagu ini dah keluar, meresap ke jiwa pendengar dan kemudian mereka  tonton pula filem ia akan jadi bertambah berh4ntu. Harapnya begitulah,” katanya.

Untuk makluman, filem D3ndam Ponti4nak dibintangi pelakon hebat termasuklah Remy Ishak, Nur Fazura, Hisyam Hamid dan ramai lagi.

Filem ini akan ditayangkan pada 29 Ogos 2019.
Sumber:gempak


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Hael Husaini Masih Cuba Pujuk Datuk Siti Nurhaliza Nyanyikan Lagu Anta Permana Jika Berjaya ke Final AJL




PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan komposer dan penulis lirik lagu Anta Permana nyanyiannya iaitu Hael Husaini masih memujuknya untuk menyanyikan lagu tersebut sekiranya ia berjaya melangkat ke Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) akan datang.


Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 40, menjelaskan penyanyi yang terkenal dengan lagu Jampi itu turut meluahkan hasrat untuk mengumpul petisyen daripada orang ramai memintanya menyanyikan sendiri lagu itu sebagai kemunculan semula Siti di pentas AJL.
“Memang Hael Husaini selaku komposer dan penulis lirik lagu Anta Permana ada hubungi saya secara peribadi meminta agar saya menyanyikan sendiri lagu ini jika ia layak ke AJL kelak. Hael juga meluahkan hasrat untuk mengumpul petisyen daripada orang ramai agar saya terbuka hati untuk memenuhi permintaannya.

Namun sehingga kini belum ada sebarang kata putus untuk menyanyikan atau tidak lagu tersebut. Saya beri kebebasan untuk Hael pilih dahulu pengganti yang sesuai, rasanya dia sendiri mampu bawa lagu tersebut dengan baik,” kata Siti kepada mStar.

Terdahulu, Siti pernah meluahkan hasrat untuk melihat penyanyi Ernie Zakri menggantikannya menyanyikan lagu Anta Permana jika berjaya ke AJL.







Untuk rekod, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini mengumumkan dia menarik diri daripada menyertai mana-mana pertandingan nyanyian pada 2010.

Anta Permana dihasilkan Hael dan juga komposer terkenal, Ezra Kong.
Sumber: mStar


[ad_2]

Source link


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

“Patut Semalam Rasa Tak Sedap Hati,” – Issey Bergegas Balik Kelantan saat mendapat tahu

SELEPAS siaran langsung program Muzikal Lawak Superstar pada Jumaat, pelawak Issey bergegas pulang ke Kota Bharu, Kelantan bagi melihat keadaan ibunya yang mengalami keced3raan akibat terjatuh di rumah.


Menurut Issey, 32, dia menyangka ibunya iaitu Asiah Haron, 62, itu hanya mengalami keced3raan ringan, namun selepas membuat pemeriksaan terdapat kesan p@tah pada tulang paha.


“Aku sampai Kota Bharu pukul 8 pagi, bawa mak pergi klnik, ingatkan terseliuh biasa bila imbasan x-ray baru tahu yang tulang paha dia p@tah.


“Allah… sekarang on the way bawa mak ke hospital. Doakan baik-baik okay!,” katanya.

Penyampai Suria FM ini berkongsi mengenai berita sedih itu menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.


Issey berkongsi perkembangan kesihatan ibunya di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Issey berkata ibunya sebelum itu ada menghubungi bagi memberitahu keced3raan yang dialami tidak serius.


Bagaimanapun, Issey berkata, dia masih berasa tidak sedap hati dan segera pulang ke kampung halaman sejurus selepas program tersebut berakhir.


“Selepas rehearsal MLS semalam, aku dapat tahu mak aku jatuh di rumah. Bila aku call dia cakap okay, pagi ni aku baru tahu yang kaki paha dia p@tah.




“Allah… patut dari semalam rasa tak sedap hati,” ujarnya.

Titans turut dianggotai oleh Ammar dan Ain Edruce.


Sebelum ini kepada mStar, Issey memberitahu ibunya menghldap kenclng manis dan perlu mendapatkan penjagaan rapi.


“Emak kenclng manis hampir setahun lalu. Kakinya ada ced3ra sikit, asalnya luka kecil sahaja sehinggalah melarat sampai sekarang.


“Sebab itu tahun ini saya banyak berulang-alik ke Kelantan untuk melawat mak, cuma saya jarang kongsi di Instagram,” katanya.


Dalam Muzikal Lawak Superstar, Issey bergandingan bersama Amar dan pelakon Ain Edruce.

Ia bersiaran secara langsung setiap minggu pada hari Jumaat pukul 9 malam dan boleh ditonton di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Sumber: mStar via CatatanTerakhir

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Menteri Kesihatan Sahkan Wanita Meninggal Dunia Bukan Sebab Pencemaran di Pasir Gudang

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan tular di media sosial semalam berkenaan kematian seorang wanita di Pasir Gudang akibat pencemaran udara.
Dakwaan itu berkenaan sorang wanita berusia 38 tahun yang meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas.

Dzulkefly berkata wanita itu menghidap penyakit kronik termasuk darah tinggi sejak sepuluh tahun lalu.



"Pihak kementerian ingin mengucapkan takziah kepada suami serta ahli keluarga dan amat bersimpati terhadap apa yang sedang mereka lalui.

"Namun begitu, adalah dimaklumkan bahawa punca kematian beliau bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata arwah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pada 5 Julai lalu kerana mengalami kesukaran bernafas dan batuk selama tiga hari, dan bengkak di kami dan demam selama sehari.

"Arwah telah dimasukkan ke dalam wad, di mana pemeriksaan mendapatinya berada dalam keadaan akut (acute) iaitu tekanan darah yang sangat tinggi serta kadar pernafasan yang tinggi (sesak nafas).
"Pasukan perubatan yang merawat telah berusaha sedaya upaya memberikan rawatan kepadanya, namun keadaan kesihatannya menjadi

semakin serius dan telah meninggal dunia pada 6 Julai 2019, jam 4.20 pagi dengan penyebab kematian sebagai Decompensated Heart Failure," katanya lagi.

Dzulkefly berkata lagi, semakan laporan di hospital mendapati tiada rekod yang melaporkan wanita itu dirawat semasa insiden pencemaran Sungai Kim Kim, atau sejak 20 Jun lalu iaitu ketika laporan berkenaan pelajar sekolah sesak nafas.

Beliau meminta semua pihak menghormati perasaan keluarga arwah dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca kes gangguan kesihatan seperti kesukaran bernafas dan muntah yang melanda Pasir Gudang, tidak seperti insiden Sungai Kim Kim di mana puncanya akibat pencemaran sisa kimia di sungai itu.

malaysiakini

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Polis trafik nyaris Maut dirempuh Kereta Semasa Roadblock


Seorang anggota polis trafik nyaris maut selepas sebuah kereta merempuh sekatan jalan raya yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.

Sumber berkata, ketika kejadian, anggota polis trafik tersebut bersama beberapa anggota lain sedang menjalankan sekatan jalan raya kira-kira jam 1.50 pagi.

Tindakan pantas anggota polis berkenaan melompat ke kanan jalan berjaya menyelamatkan dirinya daripada dirempuh sebuah kereta dalam insiden itu.

Ketika kejadian, anggota polis dari Balai Polis Jalan Patani itu sedang membuat pemeriksaan di tengah lebuh raya berkenaan sebelum kereta dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bandar memecut laju ke arahnya.

Kereta tersebut kemudiannya merempuh besi penghadang jalan dan anggota polis berkenaan mengalami cedera ringan pada bahagian kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, pemandu kereta memandu dalam keadaan mabuk dan ditahan untuk siasatan lanjut.

sinarharian

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

“Drama Suami dayus, isteri cinta lelaki lain!” – Netizen selar ending drama Bukan Cinta Aku


Semalam telah berakhirnya drama Bukan Cinta Aku yang telah ditayangkan di slot Akasia, TV3.Drama tersebut telah menarik perhatian, apabila turut menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia.

Dibintangi pelakon Janna Nick, Syafiq Kyle, dan Baim Wong drama Bukan Cinta Aku  20 episod ini telah membuatkan penonton tidak berpuas hati terhadap penceritaan drama ini.


 Pengakhiran drama Bukan Cinta Aku dikecam



Pengakhiran drama Bukan Cinta Aku ini dianggap tidak bersesuaian dengan adat orang Melayu dan Islam, kerana watak Riana (Janna Nick) yang masih mencintai kekasihnya Arjuna (Baim Wong) walaupun telah bernikah dengan Isma (Syafiq Kyle).

Ketika masih dalam hubungan suami isteri, Riana telah meminta cerai daripada suaminya dan tidak pernah melayani Isma dengan baik.




Pengakhiran drama ini telah dikritik hebat oleh penonton, yang rata-ratanya tidak berpuas hati dan memberi pelbagai respons kepada jalan cerita drama ini.






Namun ada juga yang berpendapat, drama ini mempunyai pengajaran yang tersembunyi.





Komen daripada netizen turut mendapat perhatian pengarah drama Erma Fatimah. Erma menerusi muat naik di Instagram menganggap ia sebagai asam garam kehidupan sebagai pengarah, jika ada yang tidak menyukai pengakhiran drama ini.
“Terima Kasih juga kpd segala komen2 yg sy terima. Walaupun drama ini d anggap drama sampah..drama paling bodoh abad ini..ending yg ramai tak suka…tkpe sy terima.”
Sumber : Erma Fatimah, Twitter
Komen




Source link

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Pengasuh lalai jaga anak asuhan, kanak-kanak koma tercekik roti


Acapkali kita dengar kisah kanak-kanak cedera ketika di bawah jagaan pengasuh akibat dari kealpaan serta kecuaian yang kadang-kala boleh membawa maut.
Gara-gara sekeping roti, seorang kanak-kanak perempuan koma akibat tercekik. Kejadian tersebut dipercayai berlaku ketika kanak-kanak berkenaan berada di rumah pengasuh di Kedah.





Seorang pengguna Facebook, Marrya Marrysa Rohani yang juga ibu saudara kepada kanak-kanak berkenaan memuat naik status untuk mendoakan kesembuhan anak kecil itu yang masih lagi tidak sedarkan diri sehingga ke hari ini.


“Makteh harap puteh kuat cepat2 sedar…
Semua orang tengah tunggu puteh sedar .”
Posted by Marrya Marrysa Rohani on Monday, July 1, 2019
Ramai netizen turun bersimpati dengan adik Nur Adreanna atau lebih mesra dipanggil puteh itu.






Semoga ibu bapa di luar sana dapat mengambil iktibar dan memantau anak-anak kecil ini bagi mengelakkan dari perkara seperti ini dari berlaku.
Sumber: Marrya Marrysa Rohani
Komen


[ad_2]

Source link

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

“Cepatnya kau kencing… Tak nak aku temankan ke? Hihihi!” Kisah seram pelajar UiTM ketika di tandas jam 3 pagi!

 
Nama aku Ira. Aku merupakan mahasiswi UiTM. Tapi aku tak nak bagitahulah UiTM mana. Terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu. Kisah ini merupakan pengalaman aku yang tak mungkin aku lupakan. Nak kata seram atau tidak itu terpulanglah kepada kalian untuk menilai.

Kisah ini berlaku sewaktu aku ambil diploma dalam kursus biologi dulu. Pada suatu malam, sekitar tiga tahun yang lalu, aku berjaga agak lewat kerana ada peperiksaan yang harus aku hadapi esok hari. Jadi, mahu atau tidak mahu untuk mengekalkan GPA aku yang cemerlang sebelum ini aku terpaksa jugalah berjaga.

Aku hanya berdua di bilik. Aku dan seorang lagi rakan daripada kursus undang-undang. Tikah namanya. Dia memang tidur awal. Nak jaga kulit katanya. Maklumlah nak jadi peguam mesti kena jumpa ramai orang. Penampilan itu penting. Baru orang yakin. Lampu bilik tertutup, Tikah tidak boleh tidur dengan cahaya. Tak baik untuk kesihatan katanya. Jadi, aku belajar menggunakan lampu meja.

Sekitar pukul 3 pagi, aku bangkit dari kerusi untuk menegakkan tulang setelah beberapa jam duduk di kerusi tidak bergerak. Mataku juga pedih-pedih sedikit. Kering mungkin. EyeMo dicapai dan dititiskan pada mata. Tidak lama kemudian…

“Alamak, nak terkencing pula… Dah pukul 3.36 pagi kot,” aku buka sedikit pintu bilik untuk melihat keadaan di luar koridor.

Samar-samar. Hanya limpahan cahaya daripada lampu kalimantang sahaja yang sedikit menerangi suasana. Di hujung sana, tandas. Gelap. Lampu tandas biasanya dimatikan bila tiba waktu malam. Sususan bilik dengan pintu tertutup menambahkan keseraman suasana. Aku mula khuatir. Nak keluar… Tak nak… Nak keluar… Tak nak…

“Nak kejut Tikah. Dia tengah beuty sleep… Ah! Jalan je lah… Daripada terbanjir dekat sini,” maka dengan acah beraninya aku keluar daripada bilik dan menyarung selipar.

Aku berdiri di tengah-tengah koridor. Suasana dingin. Bercampur malap-malap cahaya lampu membuatkan bulu roma di tengkukku berdiri tegak. Aku atur langkah perlahan ke hadapan. Ya… Aku memang penakut. Dibesarkan di rumah agam yang sentiasa dipenuhi dengan cahaya lampu membuatkan aku takut apabila tinggal di Kolej Kediaman UiTM ini.

Daripada kejauhan aku dapat mendengar bunyi air yang mencurah-curah jatuh ke lantai. Mungkin bunyi air itu datang daripada tempat mengambil wudhuk di dalam tandas. Tandas di Kolej Kediaman ini mempunyai banyak kubikel dalam satu bilik. Di depan kubikel itu pula terdapat tempat untuk mengambil wudhuk. Tapi… Lampu tandas itu masih tertutup. Siapa pula yang terlebih berani masuk tandas tak buka lampu? Tapi dalam hati aku sedikit lega. Ada orang lain juga di tandas.

Semakin dekat aku dengan tandas, semakin jelas bunyi air itu. Aku masuk dan buka lampu tandas. Bunyi air TERHENTI! Aku hairan. Padahal aku dengar dengan jelas bunyi air tadi. Perlahan lagi aku berjalan ke tempat wudhuk. TAK BASAH!

Tanpa melengahkan masa dan keadaan aku yang memang dah ‘hujung-hujung’ ini, aku pun masuk ke dalam kubikel yang paling hampir dengan pintu keluar. Tandas nombor 1. Semasa aku sedang melepaskan hajat kecil, terdengar seseorang masuk ke dalam tandas. Melintasi tandas aku dan masuk ke tandas nombor 3. Macam mana aku tahu tandas nombor 3?

Inilah perkara yang paling aku sesalkan. Aku terdengar suara wanita menyanyi mendayu-dayu. Aku tak sedap hati tapi sebagai seorang pelajar biologi yang sentiasa ingin tahu, perasaan ini mendesak untuk aku menunduk dan mengintai di bawah kubikel.

Aku lihat… RAMBUT! Ya… Rambut yang sangat panjang dan bukannya kaki. Aku sangat yakin itu rambut dan bukannya skirt. Rasa remang itu kembali lagi. Aku buka pintu kubikel perlahan-lahan dan berjalan keluar pintu utama tandas. Baru selangkah aku keluar…
PAPP!

Lampu tandas terpadam. Aku terkaku. Lampu di belakang aku terpadam dengan sendirinya dan yang paling menyeramkan adalah…

“Cepatnya kau kencing… Tak nak aku temankan ke? Hihihi!” Suara mendayu-dayu itu datang dari arah tandas.

Maka bermulanya acara larian pecut 30 meter daripada tandas ke bilik tidur. Aku baring dan terus berselubung. Segala jenis doa aku baca hingga tertidur. Buku pelajaran pun aku terlupa. Takut punya pasal.

Keesokkan harinya, tanpa segan-silu aku menceritakan segala yang terjadi malam tadi pada Tikah. Dia marah.

“Kau ni… Kenapa tak kejut aku? Selama ni aku selalu je kejut kau kalau aku nak pergi tandas. Kalau kau tak ada aku pergi tandas tingkat bawah, kau bukan tak tahu, tandas tu memang tak boleh buka lampu waktu malam. Kalau buka mesti terpadam sendiri. Nasib baik tak apa-apa. Kalau dikokaknya dek hantu tu macam mana?” Dia membebel.

“Aku tak tahu wei… Aku ingatkan kau orang yang padam selama ni,” aku cuak.
Itulah pengalaman aku. Ambillah hikmah dan pengajaran daripadanya. Masuk tandas baca doa dulu, jangan main terjah saja macam aku. Lagi satu kalau exam, elakkan belajar dalam satu malam. Kena kacau, terus tak jadi baca. Baik buat persediaan awal-awal.

 
coffeecakeariticle

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


thumbnail

Mereka bertiga memang rapat sejak kecil, 3 sahabat maut dalam perjalanan pergi bercuti

Malang tidak berbau. Itulah perumpamaan yang boleh dibuat menerusi kemalangan yang menimpa tiga sahabat yang tular sejak petang tadi. Persahabatan yang akrab antara tiga sekawan ini akhirnya menemui nokhtah apabila mereka maut bersama dalam kemalangan ngeri semalam semasa menuju ke Pulau Pinang untuk bercuti.


Mereka yang maut adalah Mohamad Syahidi, Khairul Amirin Tengku Kamarudin serta Mohamad Shazlimie Mohd Rosli, masing-masing berusia 24 tahun dan seorang lagi parah Mohd Shahrin Rashid, 23, apabila Perodua Myvi yang dinaiki oleh mereka bertembung dengan bas persiaran di Jalan Gerik-Baling.





Menerusi Berita Harian, abang kepada salah seorang mangsa iaitu Mohamad Syahidi, Dr Mohamad Syafiq Ahmad Kamil memberitahu bahawa mereka bertiga termasuk seorang yang parah berkawan baik sejak kecil lagi.

“Adik saya berkawan baik terutama dengan dua rakannya yang juga maut itu, malah mereka bersekolah di sekolah sama sejak sekolah rendah dan menengah.”


Muat naik berita tersebut di Facebook sumber telah mengejutkan warganet. Rata-rata mereka menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang beriman.



Sumber : Berita Harian


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


loading...