Showing posts with label deliez. Show all posts
thumbnail

Sultan Johor Murka Dengan Kenyataan Tun Mahathir

JOHOR BARU: Sultan Johor dengan tegas menegur Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung konsep Bangsa Johor yang tidak dipersetujui bekas perdana menteri itu.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap kenyataan yang dibuat Dr Mahathir bahawa konsep berkenaan boleh meruntuhkan perpaduan rakyat.

"Tun Mahathir tidak wajar mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan beliau langsung tidak tahu tentang sejarah negeri Johor.

"Moyang saya, Sultan Sir Ibrahim pada 1920 mengadakan seruan terhadap Bangsa Johor bagi menyatu-padukan pelbagai kaum di Johor di bawah satu bendera untuk perpaduan, keharmonian dan keamanan yang lebih baik. Tiada bangsa atau individu yang dipinggirkan. Almarhum terbukti benar.

"Konsep Bangsa Johor telah dimulakan sebelum Tun Mahathir dilahirkan. Beliau tak tahu apa yang dikatakannya," titah Sultan.

Dr Mahathir ditanya mengenai pandangannya terhadap konsep Bangsa Johor pada sesi Wacana Perdana Ke-20 bertajuk 'Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia' di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Rabu.

Bekas perdana menteri itu berkata, perpaduan di kalangan rakyat Malaysia boleh diruntuhkan sekiranya rakyat lebih banyak mengamalkan konsep kenegerian.

Dr Mahathir berkata, rakyat seharusnya dikenali sebagai rakyat Malaysia, daripada bergelar bangsa Johor atau Kedah kerana negara akan makmur sekiranya semua bersatu.

Walaupun Johor boleh mempromosikan idea seperti “Bangsa Johor” yang merupakan hak kebebasan, tetapi Dr Mahathir berkata, tetapi ia tidak seharusnya menjurus kepada pemisahan daripada Malaysia.

"Lagipun, kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira warna kulit, agama, etnik atau kedudukan," kata Dr Mahathir.

Sultan Ibrahim pada Rabu bertitah, Dr Mahathir tidak layak untuk bercakap mengenai perpaduan.

"Beliau memecah-belahkan rakyat termasuk orang Melayu, manakala saya menyatukan rakyat Malaysia dari semua kaum termasuk orang Melayu," titah Sultan.

Sultan Ibrahim menitahkan Dr Mahathir perlu memahami bahawa semua negeri mempunyai kebanggaan mereka tersendiri tetapi tidak bermakna mereka melupakan Persekutuan.

"Ia adalah sebahagian daripada imaginasi Dr Mahathir. Beliau hanya menimbulkan masalah, maka saya menasihatkan beliau supaya tutup mulut."

Sultan Ibrahim bertitah, Dr Mahathir meraih reputasi dengan menjadi pihak yang berkonfrontasi sehingga menyebabkan perpecahan, terutama dalam dasar hubungan luarnya.

"Beliau bertelagah dengan ramai pemimpin dunia termasuk dengan negeri jiran kita Singapura dan ia memberi kesan kepada Malaysia.

"Tun Mahathir merupakan punca kepada masalah di negara ini, pada ketika ini. Beliau tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam negeri saya. Saya tidak akan bertolak ansur dengan sikap beliau," titah Sultan Johor.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Ramai Tak Tahu ! Rupanya Ini Perkerjaan DLCW Selain Dari Bermain Badminton ! Patutlah Kaya GILA !

ATAS kesungguhannya yang tidak mengenal erti kekalahan, kejayaan dalam dunia badminton akhirnya terbalas apabila membawa pelbagai kejuaraan dan hadiah wang lumayan kepada pemain kesayangan negara ini.

Manakala di luar gelanggang, namanya kerap jadi sebutan. Beliau diminati oleh jutaan peminat di dalam dan di luar negara. Bagi syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.

Itulah anugerah dan hasil usaha yang diraih oleh Lee Chong Wei. Biarpun sebagai pemain badminton, Chong Wei terbukti juga tidak kurang hebatnya dalam dunia korporat. Tidak mustahil suatu hari nanti, setelah meninggalkan lapangan badminton, beliau akan bergelar pula sebagai seorang tokoh korporat yang berjaya di negara kita.

ADA SYARIKAT SENDIRI !

Mungkin tidak ramai yang tahu Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur. Nama syarikatnya ialah Chong Wei Binajaya dengan beliau sendiri memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif.

Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur. Bagi peminat badminton di sekitar Lembah Klang, kompleks sukan ini memang sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Wei pada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

Bagi kenalan rapat Chong Wei, mereka sudah lama mengetahui beliau cukup gemar membeli kereta mewah sebagai koleksi peribadinya. Sehingga hari ini, antara jenis kereta mewah yang dimiliki Chong Wei ialah Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe,

Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1, dengan harga kesemua kereta ini bernilai jutaan ringgit setiap sebuah.

Selain itu, satu lagi barangan yang digemari Chong Wei ialah jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.

Akhbar Dongguan Shibao dari China sebelum ini pernah melaporkan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pastinya ramai akan terperanjat apabila melihat koleksi kereta yang disimpannya.   

Pelantikan Chong Wei sebagai duta produk merupakan satu lagi sumber pendapatan utamanya. Bagi setiap produk, bayarannya yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutanya termasuk Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

KEJAM! Kutukan & Hinaan Yg Sangat Melampau Buat Lara Yg Betul-Betul Memalukan Scha & Awal

Anak Scha Al Yahya dan juga Awal Ashaari iaitu Lara Alana sememangnya mempunyai ramai pengikut dan peminat tersendiri.

Namun tak kurang juga haters yang sering mengutuk bayi kecil ini. Terutama mereka yang bermulut jahat sering mengutuk wajah kanak-kanak ini.

Menerusi perkongsian gambar terbaru Lara Alana, ada beberapa manusia yang menghina wajah Lara Alana.

Paling teruk ada yang memanggilnya hidung penyek dan juga sindrom Down.

Memang kurang ajar betul mulut mulut mereka ini. Diharapkan Scha Al yahya dan Awal Asaari sabar je lah dengan perangai netizen ni.

anak org lain pun kena..

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

GEMPAR ! Sesuatu Yg MISTERI Telah Berlaku Di Sukan Olimpik Rio Semalam ! Petanda Apakah Ini ???

RIO DE JANEIRO, 10 Ogos: Ketika acara platform berirama 10 meter selesai, penonton yang menonton acara itu di venue terjun Olimpik menjadi bingung apabila warna air di dalam kolam yang digunakan untuk acara tersebut mula menjadi hijau keruh.

Difahamkan, warna air itu berbeza jika dibandingkan dengan warna pada hari sebelumnya dan juga berbeza dengan warna biru di kolam kedua yang akan digunakan untuk kejohanan polo air di Pusat Akuatik Maria Lenk.

Penerjun Britain, Tom Daley yang memenangi pingat gangsa dalam acara 10 meter platform papan anjal lelaki, memuat naik di laman Tweeter gambar kedua-dua kolam sebagai perbandingan dan menulis: "Ermmmmm, ...apa terjadi?!"

Penganjur dalam satu kenyataan berkata pihaknya sudah melakukan ujian air dan hasilnya mendapati ia tidak mendatangkan sebarang risiko kepada atlet.
Mereka bagaimanapun gagal menjelaskan mengenai perubahan warna air kolam tetapi berkata ia sedang disiasat.

"Kami tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi

"Dan kami tidak tahu lagi mengapa kolam berubah warna."، kata jurucakap penganjur Mario Andrada.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Isteri Pelik Tiba² Suami & Anak Perempuan BERKEPIT Macam Belangkas Di Mekah Akhirnya BONGKAR Sesuatu ...

Jangan sampai terlalu leka dengan perkara lain, tugas yang sepatutnya menjadi keutamaan kita lupakan. Itu yang berlaku kepada Zaimah Abdullah, yang sibuk memanjang dengan kerja dalam parti dan persatuan wanitanya hingga tugas sebagai isteri terabai.

Tambahan pula, kehadiran anak perempuan berstatus ibu tunggal yang tinggal bersama beliau dan suami membolehkan Zaimah mengambil sikap 'lepas tangan'.

Oleh itu, semua urusan makan, minum, pakaian dan keperluan rumah tangga digalas sepenuhnya oleh anak perempuannya itu.

Pemergian Zaimah bersama suami dan anak perempuannya menyahut seruan Ilahi untuk menunaikan umrah di Makkah baru-baru ini membuka mata wanita yang dulu kebanyakan masanya dihabiskan dengan berpersatuan mengenai hakikat hidup sebenar.

Barulah disedarinya, status dan tanggungjawab isteri tidak boleh diabaikan sewenang-wenangnya kerana kebahagiaan suami isteri lebih bermakna apabila kedua-duanya menunaikan tanggungjawab masing-masing seperti disyariatkan agama demi mendapat keredaan Allah SWT.

Sebaik kapal terbang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah, hati Zaimah tiba-tiba diselubungi perasaan cemburu melihat kemesraan suami dan anak perempuannya.

Keakraban kedua-duanya tiba-tiba menimbulkan perasaan kurang senang di hatinya sedangkan sebelum ini memang anak perempuannya itulah yang menguruskan keperluan bapanya termasuk apabila tiba di Tanah Suci.

Hairannya, sepanjang berada di Makkah dan berziarah ke Madinah, hati Zaimah terus dicucuk perasaan cemburu melihat anak dan bapa itu ibarat belangkas, ke mana saja berdua. Walaupun Zaimah sentiasa bersama mereka tetapi jauh di sudut hatinya rasa seperti tersisih.

Beliau cuba memujuk diri dengan mengakui hubungan bapa dan anak itu sememangnya rapat kerana duduk serumah. Kemudian, timbul kesedaran dalam dirinya mungkin itu balasan Allah SWT kerana mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri selama ini.

Ibarat tayangan video, episod demi episod kesibukan berkempen untuk parti dan penganjuran aktiviti persatuan menjadikan beliau wanita paling sibuk di kampung terbayang di ruang matanya. Hati Zaimah terus sayu, sedih dan menyesal.

loading...

Tidak dinafikan suaminya selama ini tidak pernah merungut atau menghalang minat beliau bergiat aktif dalam pergerakan wanita tetapi jauh di lubuk hati lelaki yang sudah berpuluh tahun berkongsi hidup dengannya, Zaimah sendiri sukar menekanya.

Mengambil kesempatan berada di Tanah Suci, Zaimah tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT semoga dijauhkan daripada perkara yang boleh mengeruhkan hubungan dengan suami dan anaknya. Beliau juga berdoa supaya hubungannya dengan suami kembali rapat.

Selepas bermuhasabah diri, Zaimah berasakan Allah SWT masih menyayanginya kerana diberi peluang untuk menyedari kesilapan dilakukan seterusnya berazam berubah menjadi isteri yang lebih bertanggungjawab terhadap suami serta keluarga.

JEMAAH haji menunaikan solat Jumaat di Masjid Namirah di Padang Arafah. - Foto Reuters

Perlahan-lahan, Zaimah cuba memberi layanan sebaiknya kepada suaminya. Walaupun terlihat riak terkejut pada wajah suami dan anaknya melihat perubahan itu, Zaimah kuatkan semangat untuk terus memperbaiki hubungan mereka.

Memikirkan umur yang semakin meniti senja, beliau juga sedar sudah tiba masanya meninggalkan kerja parti dan tugas persatuan untuk memberi tumpuan kepada amal ibadat bersama suami serta anaknya. Itu azam Zaimah apabila tiba di tanah air nanti.

Kepada isteri, renunglah sejenak kedudukan diri supaya tidak melakukan kesilapan seperti Zaimah kerana mungkin ini pencetus kepada kita untuk memperbaiki diri serta mengelak daripada masalah yang boleh menggugat keharmonian rumah tangga

SUKA ambil mudah menyebabkan kita sering terlepas pandang atau bersikap sambil lewa sedangkan tanggungjawab adalah kewajipan perlu dilaksanakan.

Jika tidak, masakan berlaku kes isteri dan anak teraniaya disebabkan suami tidak menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sebenarnya, banyak faktor menyebabkan kita gagal menseimbangkan perhatian terhadap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun, itu sebenarnya bukan alasan jika kita tahu keutamaan sepatutnya didahulukan.

Lagipun, sebagai umat Islam kita akan dipersoalkan atas setiap tindakan kita. Justeru, sebaiknya setiap tanggungjawab dan amanah  dilaksanakan sebaiknya untuk kepentingan diri serta semua pihak di sekeliling kita.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Isteri Pelik Tiba² Suami & Anak Perempuan Berkepit Macam Belangkas Di Mekah Akhirnya BONGKAR SESUATU...

Siti Nordiana Dituduh Mula Buat Perangai, Wartawan Dedah Sikap Sebenar, Hingga Digelar Penipu ?

Jika sebelum ini Siti Nordiana didakwa berlagak sombong kerana menolak permintaan pereka fesyen yang mahu menaja pakaiannya, kini timbul pula isu lain dimana beliau dikatakan sering membatalkan persembahan yang dijanjikan pada saat akhir oleh kerana bayaran yang diterimanya lebih rendah berbanding majlis yang dianjurkan oleh pihak yang lain.

“Ada beberapa orang kuat industri dikatakan tidak berapa gemar dengan tindakan penyanyi itu yang suka membatalkan persembahan pada saat akhir. Penyanyi itu dikatakan suka membatalkan persembahan yang telah dijanjikan sekiranya mendapat bayaran yang lebih tinggi daripada penganjur majlis lain. Yang menjadi taruhan, reputasi penyanyi itu sendiri.

“Poklip dengar ada orang mula label Nana sebagai seorang penyanyi yang tidak profesional dan sering mungkir janji. Tapi sebenarnya, Poklip terkejut juga bila dengar cerita panas ini. Bukan apa, Siti Nordiana ini kalau jumpa di luar memang cukup merendah diri. Langsung tidak nampak riak wajah mata duitan,” katanya kepada Utusan Online menerusi ruangan Pok Lip.

Terdahulu, Nana pernah dikatakan berlagak sombong apabila beliau pernah menolak permintaan pereka fesyen yang ingin menaja pakaiannya, namun beliau tampil menafikan tuduhan tidak berasas itu. Tambahnya lagi berada dalam industri hiburan membuatkan beliau lali dengan gosip sebegini dan mengambil pendekatan tidak mahu terlalu mengambil pusing mengenainya

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

SERAM ! Sesuatu Dirakaman Di Kolam Air Panas, Kedah Semalam ! Zoom Dekat Budak Baju Merah Tu !

Kejadian berlaku di kolam air panas hulu leggong baling kedah, semalam

Zoom apa yg dok tenggek kt bahu budak baju merah.. Serramm neh..

SAH ! Ronaldo Dah Ditembak Mati Di Olimpik Rio 2016

Ronaldo adalah salah seorang mangsa tembak yang berlaku tidak jauh dari lokasi pembukaan Olimpiade 2016 yang berlangsung di Stadion Maracana, Rio de Janeiro, Brasil, Jumat (5/8/2016).

Menurut pihak kepolisian Brasil, mangsa bernama Ronaldo Marques de Souza (22). Dalam pernyataan resminya, menjelaskan, korban sebelumnya mengganggu para penonton yang keluar dari Maracana. Salah seorang anggita keamanan yang  ditugaskan mengamankan Olimpiade kemudian menembaknya.

Namun wartawan Associated Press (AP) miliki cerita versi berbeda. Mereka mengaku telah mendengar beberapa kali letusan senjata yang memaksa para relawan Olimpiade di lokasi kejadian bersembunyi di balik kereta. Pelaku kemudian berjalan dari lokasi kejadian dan lari dengan kereta.

Pemerintah Brasil telah mengerahkan ribuan polis dari berbagai wilayah untuk mengamankan jalannya Olimpiade 2016. Total 85 ribu petugas keamanan telah diterjunkan. Menurut pihak kepolisian, petugas yang menembak Ronaldo berasal dari wilayah di luar Rio de Janeiro, tapi tidak bersedia memberikan ciri cirinya.

Seperti dilansir USAToday, setelah polis dan anggota medis tiba, anggota tampak memberikan pertolongan kepada mangsa yang darahnya telah menggenangi jalan. Pihak kepolsian menambahkan, mereka masih akan melanjutkan proses penyelidikan terhadap penembakan tersebut.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

Luahan Along Cham Yg Sgt Menyentuh Hati.. Sanggup Zila Buat Macam Ni Pada Suaminya Sendiri...

Tidak ingin namanya diburukkan lagi dengan cerita-cerita yang tidak benar, Along Cham telah tampil memperjelaskan lagi kontroversi yang berlaku antara dirinya dan isteri, Zila. Sebelum ini, netizen telah mengutuk tindakan Along yang didakwa menghalau Zila dan anak keluar dari rumah. Namun ternyata dakwaan itu tidak benar sama sekali. Menurut Along, dia tidak pernah mengusir Zila keluar sebaliknya isterinya itu yang meninggalkan rumah tanpa pengetahuan.

Walaupun pernah mengeluarkan kenyataan tentang masalah rumah tangganya sebelum ini, masih ramai yang tidak mempercayai kata-kata Along Cham. Ramai yang mendakwa Along mereka cerita dan tetap mendakwa pelawak itu menghalau Zila. Jika dibaca komen-komen di laman sosial, memang teruk Along dihentam. Kesian pun ada jugak. Tidak ingin dirinya terus Nista, kali ini Along tampil panjang lebar menjelaskan apa sebenarnya terjadi. Untuk makluman, Along telah pun memfailkan nusyuz terhadap Zila. Kata Along:-

Memang saya tidak pernahpun mengusir dia (Zila) bersama anak kami keluar dari rumah. Mereka (Zila dan anak) yang tinggalkan rumah tanpa pengetahuan saya. Biras yang datang mengambil mereka di rumah tanpa izin saya. Selama dia dan anak kami keluar rumah tinggalkan saya dan pulang ke rumah ibu mentua di Felda Lui, Negeri Sembilan, mereka langsung tidak menghubungi saya.

Saya cadang apabila dah ada duit, terus ambil mereka di rumah mentua dan kami sekeluarga pergi bercuti bersama. Dapatlah kami memperbaiki silap antara satu sama lain. Apapun, lain pula jadinya ketika saya ke rumah mentua. Zila sangat ego di hadapan ibunya hingga sanggup menjatuhkan maruah saya. Apa dia lakukan terlalu peribadi untuk saya kongsikan. Pun begitu, saya tetap merayu kepada dia supaya kami bersama dan masing-masing berubah.

Salah satunya, Zila keluar dari Felda Lui untuk berhibur bersama kakak kandungnya hampir setiap malam di sekitar Seremban tanpa izin saya. Zila juga tidak memberitahu saya di mana tempat tinggal dia. Selain itu, dalam telefon hampir setiap hari Zila mendesak saya menceraikannya. Senang cakap, bermacam-macam cara yang dia (Zila) buat untuk dilepaskan tetapi saya kuatkan hati bertahan untuk cuba selamatkan rumah tangga kami.

Pernah sekali ketika itu Ahmad Danial (anak Along & Zila) menghubungi Zila dan bertanya bila mama mahu Danial datang ambil mama? Zila boleh menjawab, ‘tak tahu lagi, mama tak balik dah kot.’ Ketika itu, Danial terus mencampakkan telefon atas katil. Saya pun tegur dia. Perlukah seorang ibu cakap seperti itu kepada anaknya? Zila terus melenting dan meminta dia dilepaskan

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Biasalah setiap perkahwinan pasti ada dugaan, cabaran dan rintangan. Yang penting adalah kita membuang ego, duduk berbincang dan cuba menyelesaikan masalah bersama-sama. Kalau kedua-duanya keras kepala, memang sampai kiamat tak akan selesai masalah. Abang Nara respek kepada Along kerana berusaha keras menyelamatkan rumah tangganya. Penceraian itu amat menyedihkan, lebih-lebih lagi jika ada anak yang akam menerima tempias. Semoga Along dan Zila akan berdamai semula. Sama-sama kita doakan.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

thumbnail

SEMAKIN PANAS ! Giliran Afdlin Shauki Pula Bidas Yusof Haslam Lepas Tak Tahan DIHINANYA..

Sejak beberapa hari ini kecoh tentang Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28). Keputusan berhubunga pembahagian kategori utama mengikut bahasa pada kali ini nyata mengundang rasa kurang senang dalam kalangan ‘orang seni’.

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki antara yang lantang mempersoalkan kewajaran keputusan tersebut yang dilihat tidak adil. Sehubungan itu, Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) Datuk Yusof Haslam bagaimanapun meminta Afdlin menghormati identiti kebangsaan.

Berikut jawapan balas Afdlin menerusi post terbarunya di Facebook. Bukan tak hormat tapi…

Bersuara sebab sayangkan Malaysia

DIPETIK DARI FACEBOOK AFDLIN SHAUKI

Assalammualaikum, sedikit pencerahan dari saya. Mula-mula sekali saya nak memperjelaskan yg saya tak pernah memanggil mana-mana individu di dalam PFM itu racis. Malahan saya kenal ramai dari mereka dan mengakui mereka adalah orang baik-baik belaka dan amat berjiwa patriotik.

Apa yg saya tidak berpuas hati adalah dengan segregasi kategori yg mengasingkan filem berbahasa Malaysia dan tidak berbahasa Malaysia.

Datuk Yusof Haslam dalam komennya di Malay Mail menyuruh saya menghormati identiti kebangsaan dalam isu FFM ini. Adakah subtext beliau sebenarnya adalah bermaksud 'Afdlin ni tak nak memperkasakan Bahasa Kebangsaan Kita?' Saya ni org melayu johor. Semua filem saya yang saya buat adalah di dalam bahasa Malaysia. kecuali Appalam iaitu filem papadom dalam versi bahasa tamil.

Saya buat program tv semua dalam bahasa Malaysia, sama macam datuk yusof (tapi tak sehebat beliau). Saya pergi ke mana mana misi kemanusiaan membawa nama Malaysia. Saya di jemput untuk menjadi Juri filem festival Asia Pacific atas tiket mewakili Malaysia. Malahan Ke mana saja saya pergi dalam persembahan komedi saya di merata dunia, saya bawa nama Malaysia. So mintak maaf Datuk Yusof, saya hormat datuk sebagai senior saya dalam industry dan seorang pembikin filem yg cukup hebat, tapi Datuk cakap saya tak hormat identiti kebangsaan, memang tak patutlah Datuk. Jangan ingat suara datuk macam polis, datuk boleh cakap macam tu kat saya.

Tapi takpe datuk, saya maafkan Datuk.

Saya sayangkan Malaysia Datuk sebab itu saya bersuara.

Siapa terajui PFM sekarang? Kebanyakan dari komiti penerbit filem Malaysia berasal dari era romantis perfileman melayu yg hanya di dominasi pembikin filem melayu. Ya betul, tak di nafikan dulu industri filem ni adalah industri org melayu. Walaupun tetuannya adalah orang cina dan orang india. Tetapi pada suatu ketika ianya menjadi industri orang melayu dan kerajaan banyak menyokong agenda ini. Pada ketika itu, majoritinya orang melayulah yg menonton, jadi bersesuaianlah jika filem festivalnya pada ketika itu hanya ada kategori yg sebelum ini. Ini adalah kerana tak pernah ada audiens untuk filem-filem malaysia berbahasa lain. Jadi tak perlu ambil kisah tentang Kategori pencalonan di masuki oleh filem bukan berbahasa Malaysia. Tapi sekarang negara dah ada pusat pusat pengajian tinggi yg mengajar media dan broadcasting bagai dan sekarang lebih ramai rakyat Malaysia yg meminati bidang seni dan seni filem, jadi sekarang, kita ada tambahan karyawan dari bangsa lain yg memasuki industri. Filem Malaysia berbahasa cina pun boleh berbelasan juta kutipannya. Apa yg saya nak cakap adalah, dulu telefon semua ada wayar, sekarang kita ada telefon mudah alih. Semua benda berubah, jadi FFM juga kena berubah. Industri ini sekarang dah menjadi lebih besar, Pasal pembikin filem-pembikin filem ini walaupun dari bangsa bukan melayu dan buat filem dalam bahasa ibunda mereka atau bukan bahasa Malaysia, mereka adalah rakyat Malaysia yg berhak untuk merasa yg festival filem Malaysia adalah festival mereka juga.

Ada yg berkata akan berkuburlah bahasa Malaysia kalau kita benarkan filem bahasa lain masuk! Kenapa kita rasa insecure sangat? Adakah semua pembikin filem hebat Malaysia yg membuat filem di dalam bahasa Malaysia akan berhenti buat filem selepas ni? Dan bila komuniti perfileman kita menjadi lebih besar, mungkin lebih ramai pembikin filem bukan berbahasa malaysia akan menjadikan agenda filem berbahasa kebangsaan ini sesuatu yg mereka juga pentingkan. Logiknya, When you feel loved, you will do anything for the people who love you. Saya akan tetap buat filem bahasa Malaysia pasal itu kekuatan saya. So saya rasa tak perlu risau kut.

Malaysia ni unik tuan-tuan dan puan puan, sebab itu kita tak boleh samakan dengan industri filem luar negara. Mereka semua majoriti bercakap satu bahasa.

Kalau kita nak buat filem festival hanya untuk bahasa Malaysia, dari akar umbi lagi kita dah kena ada sekolah berbahasa Malaysia sahaja. Tapi kita masih ada sekolah kebangsaan cina, sekolah tamil, international school dan walaupun pelajar mesti belajar bahasa Malaysia, enforcement kita tetuan sendiri tahulah. Sekarang ni majoriti orang cina tak tengok cerita melayu, mereka akan tengok cerita berbahasa cina. Majoriti orang india akan tengok cerita berbahasa tamil.

Tapi sorry, saya kena UP kan bangsa saya sendiri, kebanyakan orang melayu akan menonton cerita berbahasa melayu, cina , tamil, hindi dan inggeris. Baik hati org melayu ni. Kita berkongsi penonton filem melayu dgn filem dalam semua bahasa tetapi tidak sebaliknya. Yang paling saya menyampah adalah, ada juga org melayu yg tergolong dalam golongan ' i don't watch malay movies'( itu takde kena mengena dgn topik, tapi saja nak layan sakit hati.. Sorry)

So penyelesaiannya adalah?, work with what we have!, a country with such diversity and colours yg kita kenali sebagai Malaysia, must have a unified industry. Jangan di kenang benda yg sudah lalu... Apa yg ada di depan mata kita, itulah yg kita gunakan untuk memacu kehidupan kita. Celebrate our diversity.

Banyak benda kita boleh belajar dari sahabat-sahabat kita dan mereka juga boleh berkongsi pengetahuan kita. Yang paling penting adalah, we can be unique! Kita boleh menjadi negara pertama di dunia yg festival filemnya mengangkat semua filem karyawannya tak kira bangsa dan bahasa, hanya kerana mereka rakyat malaysia. Bunyi pelik? Tapi kalau dah jadi, tak pelik sangat pulak rasanya. Dan satu hari nanti, mungkin kita semua boleh berkongsi gembira bila sebuah filem malaysia berbahasa tamil memenangi best filem di festival antarabangsa cannes! kerana itu ... filem kita. Filem Malaysia.

Tapi, kalau saya yg menang dulu di Cannes, ianya adalah dengan filem saya yg di dalam Bahasa Malaysialah!.... pasal SAYA HORMAT IDENTITI KEBANGSAAN SAYA.

Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.

Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.

loading...