Selepas Nasi Lemak Anak Dara yang viral sebelum ini, kini seorang gadis cantik yang berusia 17 tahun pula viral di media sosial kerana berkongsi rahsia menjadikan roti canai yang ditebar sedap.
Video aksi Fatin Farhana Mohd Suad, menebar roi canai telah menjadi viral di Facebook dan Instagram dan mendapat lebih 500,000 tontonan semenjak dimuatnaik.
“Ibu mengajar saya menebar roti canai dan dia pesan pergerakan tangan dan tapak tangan mesti lebut untuk memastikan roti sedap, kalau kasar tak menjadi” kata Fatin kepada Harian Metro.
Fatin telah mengambil masa selama tiga hari untuk mahir menebar roti canai, walaupun pada mulanya payah tetapi atas niat untuk menolong ibunya, Fatin berusaha memahirkan diri menebar roti canai.
Dia yang menolong ibunya, Rosmawati Che Omar, 42, yang berniaga di gerai ‘Kak Ita Corner’ di Pekan Bidor, Perak memulakan operasi perniagaan pada setiap hujung minggu bermula 5 petang hingga 12 tengah malam.
Punca lelaki jatuh hati dengan gadis berbaju muslimah.
Tips promosi bisnes online untuk diberi secara percuma.
10:11:00 PM
Tags :
kakishare
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments