SHAH ALAM 26 DIS: Aliran trafik di lebuh raya utama negara mulai meningkat dan perlahan setakat jam 12.30 tengah hari ini.
Twitter PLUSTrafik melaporkan aliran trafik menuju ibu negara dan tempat-tempat lain mencatatkan peningkatan jumlah kenderaan.
“1200hrs Trafik perlahan sebelum masuk tol Juru menuju ke Bkt.Tambun. disebabkan jumlah trafik yang meningkat.Harap maklum.
“1204hrs Trafik perlahan selepas Ckt.Jering ke Bkt Berapit arah selatan (Kawasan mendaki ) Harap maklum.
“1214hrs Trafik perlahan selepas Senawang menuju ke arah Seremban. Awasi jarak kenderaan anda.
“1222hrs Trafik kembali lancar sebelum Terowong Menora ke Jelapang. Selamat memandu,” lapor twitter PLUSTrafik.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/llminfotrafik.
=EZY=
Sumber Selangorkini
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments