thumbnail

Penumpang Bas Wanita Diserang Lelaki Yang Berang Kerana Diminta Mengalihkan Barangannya Di Tempat Duduk


Perkhidmatan pengangkutan awam diwujudkan adalah untuk memudahkan orang ramai, tetapi masih lagi ada segelintir orang yang masih lagi berlagak samseng dengan mengacau privasi dan ketenteraman orang lain di atas sebab yang tidak diketahui.

Baru-baru ini seorang wanita didapati diserang oleh seseorang ketika menggunakan pengangkutan awam yang disediakan iaitu menaiki bas yang menghala ke destinasi Sengkang, Singapura apabila diminta oleh seorang lelaki agar mengalihkan barang milik wanita terbabit supaya dia dapat tempat duduk.

Dalam kejadian jam 6.50 petang pada 27 Jun 2017 lalu, berlaku kepada seorang wanita ketika wanita berkenaan menaiki bas awam terbabit yang bernombor 86 yang ingin menuju ke Sengkang.

Insiden yang mendapat perhatian netizen di laman sosial Facebook setelah dimuat naik oleh adik ipar mangsa Kalvert Yeo yang kini tular dengan ribuan perkongsian, malah tindakan lelaki terbabit turut dikecam hebat oleh netizen.

Menurut Yeo, kakak iparnya itu menaiki bas berkenaan dan ternampak satu tempat duduk yang dipenuhi dengan barangan runcit milik seorang lelaki yang ketika itu menduduki di kerusi bersebelahan dengan timbunan barangan berkenaan.

Wanita berkenaan dengan sopan meminta kebenaran lelaki terbabit agar mengalihkan barangannya kerana dia ingin menduduki tempat duduk berkenaan, malangnya permintaan wanita itu langsung tidak dipedulikan.

Kerana tidak berpuas hati dengan keadaan tersebut serta merasakan tindakan lelaki tersebut keterlaluan, wanita itu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mengambil gambar lelaki berkenaan tanpa keizinannya.

Secara tiba-tiba lelaki tersebut dengan segera mengenggam tangan wanita tersebut serta memulasnya sebelum melemparkan telefon milik wanita berkenaan ke atas lantai bas.




Kemudiannya, lelaki yang berpakaian kemas itu didapati cuba melarikan diri dari lokasi kejadian, namun gagal kerana beberapa penumpang bas yang lain turut memberkasnya sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa yang dihubungi sejurus kejadian.

Walau bagaimanapun, menurut jurucakap polis, insiden tersebut adalah merupakan kesalahan sivil dan sekiranya mereka ingin mengambil tindakan lanjut terhadap lelaki yang dianggap kurang ajar itu, wanita itu harus mengupah peguam dan menyelesaikan kes berkenaan melalui mahkamah.

Perkara sebegini pasti berlaku sekiranya seseorang itu tidak mempunyai sikap toleransi, tidak beradab dan kurang ajar yang menyebabkan terjadinya pergaduhan.


Koleksi video viral edisi 2017


Related Posts :

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...