thumbnail

Cara Semak Pos Laju Tracking Secara Online dan SMS (Track and Trace)

Poslaju Malaysia Tracking Service

Perkhidmatan menjejak atau tracking shipment (Poslaju Track and Trace) iaitu mengesan barang yang dihantar atau kiriman barang menggunakan Pos Laju, Pos Mel, Pos Ekspres (Express), Pos Parcel dan Pos Malaysia International sememangnya disediakan oleh Pos Malaysia Berhad untuk kegunaan orang ramai yang membuat penghantaran barang atau apa saja melalui poslaju (National Courier).

Dengan perkhidmatan tracking code number ini anda boleh membuat semakan status kiriman dan penghantaran barang anda pada bila-bila masa sahaja sama ada bila dihantar, apakah proses yang dilaluinya, dari mana barang dihantar dan dimanakah barang anda berada ketika anda menyemak secara online menggunakan kotak carian mengesan status barangan anda tersebut.

Perkhidmatan trace and track ini juga boleh disemak menggunakan 15 nombor poslaju tracking sekaligus dalam sekali semakan. Bermakna anda boleh check tracking no poslaju dengan menggunakan 15 nombor dalam satu masa tanpa menyemak secara satu-satu dan membuang masa

Tracking Kiriman Pos Laju Malaysia Secara Online

Cara untuk cek tracking poslaju yang dikirimkan, anda memerlukan consignment number iaitu nombor yang tertera pada nota kiriman (consignment note). Nombor ini adalah nombor tracking (poslaju tracking number) yang harus digunakan bagi menjejak status barangan yang telah dihantar itu.
Poslaju my track trace number

Semakan status penghantaran atau tracking kiriman Pos Malaysia boleh dilakukan secara online dengan melayari laman web Track and Trace Pos Laju online menerusi pautan yang disediakan seperti di bawah, sila klik link berikut untuk semak dan tracking kiriman anda itu dengan segera;

POSLAJU TRACE AND TRACK

Cara Semak Status Kiriman Pos Malaysia

Sila ikuti langkah-langkah untuk anda buat semakan status kiriman Pos Malaysia anda dengan betul.

1. Sila masukkan tracking number kiriman anda ke dalam kotak yang disediakan. Anda tidak perlu jarakkan nombor, jika tidak tracking code number itu tidak berjaya mencari dan mengetahui status kiriman anda.

Poslaju Tracking Number Status
2. Sila tekan pada butang TRACK. Seterusnya keputusan semakan akan dipaparkan dan menunjukkan status terkini setiap item yang dikirimkan mengikut tracking number yang telah anda masukkan sebentar tadi.
Cara semak barang pos laju

3. Kemudian, sila klik pada tracking number untuk anda lihat maklumat tentang item anda itu dengan lebih lengkap. Maklumat penuh akan dipaparkan tentang dimana ia dikirimkan, sejarah perjalanan kiriman termasuk senarai tarikh, masa, proses serta tindakan yang telah dibuat terhadap kiriman tersebut serta di mana lokasi sebenarnya seperti dibuat di pejabat pos dan sebagainya

Tracking Kiriman Pos Laju Melalui SMS

Perkhidmatan SMS juga disediakan untuk track kiriman pos laju yang telah anda buat. Cara semak poslaju Malaysia dengan SMS sangat mudah dan cepat untuk dilakukan, hanya ikuti langkah yang berikutnya:
Check tracking melalui sms

1. Sila taipkan:

PL <jarak> [Tracking Number]

Contoh: PL EJ778923008MY

2. Sila hantarkan SMS tersebut ke nombor 33333

Setiap penghantaran SMS yang digunakan oleh pengguna Maxis, Digi dan Celcom sahaja akan dicaj sebanyak RM0.50 bagi setiap SMS yang dihantar.

Aplikasi Pos Malaysia

Anda juga boleh buat semakan berkaitan dengan Pos Malaysia menerusi aplikasi yang terdapat di Google Play Store yang perlu dimuat turun atau download. Sila buat carian menggunakan nama Pos Malaysia Mobile Apps di App Store. Kemudian anda boleh terus menyemak status penghantaran poslaju anda dengan memasukkan no tracking pos laju tersebut.

Info Perkhidmatan Pos Laju

Berikutnya adalah antara perkhidmatan yang telah disediakan oleh Pos Laju Malaysia kepada semua pengguna dan rakyat Malaysia;

  • Penghantaran yang pantas pada hari yang sama
  • Penghantaran hari yang seterusnya
  • Pos Ekspres (Pos Express)
  • Masa Perkhidmatan Pos yang tertentu
  • Pos Parcel
  • Pos Laju Pack
  • On Demand Pick-up

Selain perkhidmatan pos dan penghantaran barang, pos laju turut menyediakan beberapa perkhidmatan lain iaitu perkhidmatan tambah nilai seperti pic-up, alat elektronik perkapalan, pembungkusan, insurans dan sebarang pengesanan yang berkesan melalui website rasmi Pos Malaysia seperti yang berikut www.poslaju.com.my.

Aduan Kerosakan Barang, Lewat atau Hilang

Sekiranya pengguna menghadapi masalah seperti barang yang dipos rosak, lewat sampai, hilang dan lain-lain, anda boleh membuat aduan dengan menghubungi Pos Laju Hotline Customer Service atau menerusi talian 1-300-300-300 pada waktu operasi poslaju pada hari berkerja iaitu hari Isnin sehingga Jumaat dari 8.30am ke 8.00pm dan hari Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga ke 5 petang, kecuali hari Sabtu pertama pada setiap bulan dan juga cuti umum. - koleksiviral.com


Koleksi video viral edisi 2017


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...