
Mereka yang maut adalah Mohamad Syahidi, Khairul Amirin Tengku Kamarudin serta Mohamad Shazlimie Mohd Rosli, masing-masing berusia 24 tahun dan seorang lagi parah Mohd Shahrin Rashid, 23, apabila Perodua Myvi yang dinaiki oleh mereka bertembung dengan bas persiaran di Jalan Gerik-Baling.



Menerusi Berita Harian, abang kepada salah seorang mangsa iaitu Mohamad Syahidi, Dr Mohamad Syafiq Ahmad Kamil memberitahu bahawa mereka bertiga termasuk seorang yang parah berkawan baik sejak kecil lagi.
“Adik saya berkawan baik terutama dengan dua rakannya yang juga maut itu, malah mereka bersekolah di sekolah sama sejak sekolah rendah dan menengah.”

Muat naik berita tersebut di Facebook sumber telah mengejutkan warganet. Rata-rata mereka menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh mereka semua ditempatkan dalam kalangan orang beriman.



Sumber : Berita Harian
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
8:31:00 AM
Tags :
beritaHOT
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments