thumbnail

Menteri Kesihatan Sahkan Wanita Meninggal Dunia Bukan Sebab Pencemaran di Pasir Gudang

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan tular di media sosial semalam berkenaan kematian seorang wanita di Pasir Gudang akibat pencemaran udara.
Dakwaan itu berkenaan sorang wanita berusia 38 tahun yang meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas.

Dzulkefly berkata wanita itu menghidap penyakit kronik termasuk darah tinggi sejak sepuluh tahun lalu.



"Pihak kementerian ingin mengucapkan takziah kepada suami serta ahli keluarga dan amat bersimpati terhadap apa yang sedang mereka lalui.

"Namun begitu, adalah dimaklumkan bahawa punca kematian beliau bukan disebabkan oleh insiden pencemaran di Pasir Gudang," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata arwah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru pada 5 Julai lalu kerana mengalami kesukaran bernafas dan batuk selama tiga hari, dan bengkak di kami dan demam selama sehari.

"Arwah telah dimasukkan ke dalam wad, di mana pemeriksaan mendapatinya berada dalam keadaan akut (acute) iaitu tekanan darah yang sangat tinggi serta kadar pernafasan yang tinggi (sesak nafas).
"Pasukan perubatan yang merawat telah berusaha sedaya upaya memberikan rawatan kepadanya, namun keadaan kesihatannya menjadi

semakin serius dan telah meninggal dunia pada 6 Julai 2019, jam 4.20 pagi dengan penyebab kematian sebagai Decompensated Heart Failure," katanya lagi.

Dzulkefly berkata lagi, semakan laporan di hospital mendapati tiada rekod yang melaporkan wanita itu dirawat semasa insiden pencemaran Sungai Kim Kim, atau sejak 20 Jun lalu iaitu ketika laporan berkenaan pelajar sekolah sesak nafas.

Beliau meminta semua pihak menghormati perasaan keluarga arwah dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengenal pasti punca kes gangguan kesihatan seperti kesukaran bernafas dan muntah yang melanda Pasir Gudang, tidak seperti insiden Sungai Kim Kim di mana puncanya akibat pencemaran sisa kimia di sungai itu.

malaysiakini

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...