Seorang anggota polis trafik nyaris maut selepas sebuah kereta merempuh sekatan jalan raya yang dijalankan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.
Sumber berkata, ketika kejadian, anggota polis trafik tersebut bersama beberapa anggota lain sedang menjalankan sekatan jalan raya kira-kira jam 1.50 pagi.
Tindakan pantas anggota polis berkenaan melompat ke kanan jalan berjaya menyelamatkan dirinya daripada dirempuh sebuah kereta dalam insiden itu.
Ketika kejadian, anggota polis dari Balai Polis Jalan Patani itu sedang membuat pemeriksaan di tengah lebuh raya berkenaan sebelum kereta dipandu seorang lelaki yang datang dari arah bandar memecut laju ke arahnya.
Kereta tersebut kemudiannya merempuh besi penghadang jalan dan anggota polis berkenaan mengalami cedera ringan pada bahagian kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Difahamkan, pemandu kereta memandu dalam keadaan mabuk dan ditahan untuk siasatan lanjut.
sinarharian
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
6:54:00 PM
Tags :
beritaHOT
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments