Advertisement
Advertisement

Dua minggu lalu, seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Najib Muhammad Fakri, 16, yang juga anggota Jabatan Amal PAS Bukit Gantang dilaporkan maut selepas terbabit dalam satu kemalangan bersama kembarnya di Jalan Changkat Jering, Taiping, Perak.
Muhammad Najib telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Taiping manakala kembarnya iaitu Muhammad Nabil dilaporkan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut.
Walau bagaimanapun, selepas dua minggu Muhammad Nabil menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, beliau akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.05 pagi seperti yang dikongsikan laman Facebook page Jabatan Amal Bukit Gantang.

Melalui perkongsian tersebut Jabatan Amal Bukit Gantang menyifatkan pemergian kedua-dua kembar berkenaan adalah satu kehilangan besar buat mereka kerana kedua-duanya memiliki sifat dan sikap yang terpuji malahan sering terlibat dalam aktiviti sukarelawan.
Malahan ketika kejadian tersebut berlaku, kedua-dua arwah dilaporkan sedang dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalankan tugas mereka sebagai sukarelawan Jabatan Amal PAS dalam satu program politik anjuran Markas Operasi PAS Bukit Gantang.
Al-Fatihah. - koleksiviral.com
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
12:42:00 PM
Tags :
KoleksiV
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments