SHAH ALAM, 21 JAN: Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan gagal mengisytihar RM2 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ahmad yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi semalam juga mengaku tidak bersalah kerana memberi pernyataan palsu kepada suruhanjaya itu dalam prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini, lapor Bernama.
Semalam, SPRM dalam kenyataan berkata Ahmad ditahan pada 10.10 pagi selepas memberi kenyataan di ibu pejabatnya berhubung pengubahan wang haram.
Turut ditahan Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Ahmad dibenar diikat jamin RM500,000 dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah.
Mengikut Berita Harian kedua-dua pemimpin tertinggi Umno terbabit tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 8.15 pagi tadi.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments