BANTING, 30 JAN: Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat mengenal pasti beberapa penambahbaikan di Kilometer (KM) 11 Jalan Banting-Dengkil bagi mengelak kemalangan yang meragut nyawa seorang murid perempuan berulang.
Pegawai daerah Kuala Langat berkata tindakan jangka pendek itu akan dilaksanakan dalam tempoh sebulan dari sekarang.
“Kami bercadang untuk memasang lampu biru berkelip, ‘rumble strips’, lampu jalan dan mengecat semula lintasan pejalan kaki, menambah road stud serta menebang pokok yang menghalang laluan,” kata Mohd Jusni Hashim.
Bagi tindakan jangka panjang pula, beliau meminta Jabatan Kerja Raya menaik taraf jalan daripada dua kepada empat lorong bagi menampung kapasiti trafik dan lintasan pejalan kaki diganti dengan jejantas.
“Namun, pelan tindakan ini masih dalam kajian. Bila tempoh untuk ia dilaksana kita belum pasti tetapi perkara ini sudah dipohon dalam Rancangan Malaysia ke-12 kini sedang tunggu kelulusan. Kita berharap lulus secepat yang mungkin,” katanya selepas lawatan khas bersama Ahli Dewan Negeri Dengkil, Adhif Shan Abdullah ke lokasi kemalangan itu hari ini.
Pada 21 Januari lalu, Nur Aida Rafhanah Zaidi, 13, maut dalam insiden langgar lari ketika berjalan kaki hendak ke sekolah. Rakannya, Aina Safiyah Saparin, 13, pula patah tangan kanan.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments