KUALA LUMPUR, 27 JAN: Halangan perjalanan oleh kerajaan China ke atas Wuhan dan tujuh bandar raya lain di negara itu susulan wabak koronavirus memberi kesan buruk kepada Malaysia, kata Datuk Tan Kok Liang.
Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) berkata langkah China akan menjejaskan industri pelancongan di negara ini, lapor New Straits Times.
“Matta berharap situasi itu hanya untuk tempoh yang singkat. Jika tidak, kesannya akan teruk kerana menjejaskan industri pelancongan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat global,” katanya.
Setakat ini, China mengesahkan angka korban susulan wabak itu meningkat kepada 80 orang dengan 769 kes baharu dikesan.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments