SHAH ALAM, 31 JAN: Kehadiran pengunjung ke Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat Selangor diharap tidak terjejas susulan penularan wabak koronavirus 2019, kata Dato’ Seri Amirudin Shari.
Malah, Dato’ Menteri Besar percaya kawalan dan tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan menangani wabak itu terbaik.
“Saya harap tidak. Saya percaya kerajaan dapat mengawalnya dan langkah susulan itu perlu diberi perhatian oleh semua pihak.
“Kita antara negara yang mampu dan menunjukkan sistem kawalan yang terbaik di dunia. Malah, tindakan yang dibuat sebelum ini, mendahului arahan kecemasan keselamatan yang dikeluarkan,” katanya selepas Majlis Temu Rapat Dato’ Menteri Besar bersama Pengetua dan Guru Besar Selangor, di SUK hari ini.
Sambutan Tahun Baharu Cina di Dataran Petaling Jaya esok bakal disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja Miuda Selangor, Tengku Amir Shah.
Sambutan yang bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam itu dijangka dihadiri kira-kira 12,000 orang awam.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments