thumbnail

Angka korban koronavirus di China meningkat kepada 1,011 kes

BEIJING, 11 FEB: Angka korban koronavirus 2019 di China meningkat kepada 1,011 hari ini dengan wilayah Hubei merekodkan 103 kematian baru.

Presiden Xi Jinping menyeru lebih banyak langkah tegas dilaksanakan bagi menangani wabak yang bermula hujung tahun lalu, lapor AFP.

Dalam kemas kini harian Suruhanjaya Kesihatan, Hubei mengesahkan terdapat 2,097 kes baru menjadikan lebih 42,200 orang dikesan dijangkiti koronavirus di republik itu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran terdapat kes “contoh membimbangkan” dengan pesakit yang tiada sejarah lawatan ke China.

Britain pada Isnin lalu merekodkan lapan kes dan kerajaannya memberi amaran penularan wabak koronavirus ialah “ancaman segera dan serius”.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pula meramalkan wabak itu akan berakhir pada April ini susulan cuaca panas.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...