thumbnail

Covid-19: Rakyat Malaysia kes positif terkini di Singapura

SINGAPURA, 1 MAC: Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) semalam mengesahkan empat lagi kes jangkitan virus Covid-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 102.

Menurut MOH, kes ke-100 adalah seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 20 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke China baru-baru ini serta ke daerah Cheongdo dan bandar Daegu di Korea Selatan.

Kini ditempatkan di bilik isolasi Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID), pesakit telah melaporkan gejala awal jangkitan pada 27 Februari dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik sehari selepas itu.

Apabila dikenal pasti sebagai kontak rapat kes ke-93, beliau telah dirujuk oleh MOH kepada NCID pada 28 Februari dan segera diasingkan.

Keputusan ujian selepas itu mengesahkan jangkitan virus Covid-19 pada sebelah petang hari yang sama, menurut MOH dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum dimasukkan ke hospital, MOH berkata pesakit itu pada kebanyakan masa berada di rumahnya di Holland Avenue.

Rakyat Malaysia itu dan tiga lagi kes telah meningkatkan jumlah kes positif di kluster baharu di Wizlearn Technologies Pte Ltd kepada lapan.

Dalam perkembangan terkini kes yang disahkan, MOH berkata tiga pesakit telah dibenarkan keluar dari hospital hari ini, menjadikan jumlah mereka yang pulih sepenuhnya setakat ini ialah 72 orang.

Daripada 30 kes yang disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya stabil dan semakin pulih manakala tujuh berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, menurut MOH.

Setakat tengah hari semalam, MOH telah mengenal pasti sejumlah 3,033 kontak rapat yang telah dikuarantin dengan 269 sedang menjalani kuarantin manakala 2,764 telah menyempurnakan kuarantin mereka.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...