thumbnail

Pakej rangsangan kurangkan impak Covid-19 kepada ekonomi

CYBERJAYA, 18 FEB: Pakej rangsangan yang dijadual diumumkan minggu depan akan mengurangkan kesan penularan jangkitan Covid-19 ke atas ekonomi, di samping membantu industri meningkat semula apabila virus itu dapat dikekang.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Malaysia antara negara terawal melancarkan pakej berkenaan walaupun kesan jangkitan masih belum dapat dipastikan.

“Pengumuman yang akan dibuat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan kerajaan memberi perhatian dan keutamaan kepada cabaran yang timbul susulan jangkitan Covid-19.

“Ini juga menunjukkan kita mengambil langkah segera untuk menyesuaikan dengan keadaan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran program geran RM500 juta bagi pendigitalan perusahaan kecil dan sederhana di sini, semalam.

Lim Guan Eng. Foto BERNAMA

Pakej rangsangan ekonomi dijadual diumumkan pada 27 Februari ini.

Guan Eng berpendapat cabaran yang ditimbulkan oleh Covid-19 hanya bersifat sementara dan sekiranya reda pada April, ekonomi dijangka mengukuh semula.

Mengenai langkah yang akan diperkenalkan dalam pakej rangsangan ekonomi itu, beliau berkata ia menjurus kepada sektor utama yang terjejas.

“Tumpuan kita adalah kepada sektor yang terjejas selain memastikan mereka masih beroperasi, berfungsi dan dapat meraih manfaat daripada peningkatan semula serta pada masa sama mengekalkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi kita,” katanya.

Bagaimanapun, Guan Eng berkata kerajaan hanya akan membantu mengurangkan kesan buruk Covid-19 bukannya membayar balik keseluruhan kerugian memandangkan ia adalah risiko yang perlu dihadapi perniagaan.

Beliau berkata Kementerian Kewangan bukan sahaja mengadakan banyak libat urus dengan semua industri dan sektor, malah masih mempertimbangkan cadangan dan bantuan yang diperlukan, tertakluk kepada kemampuan fiskal negara.

Ketika ditanya sama ada kerajaan akan menyemak semula sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan kadar pertumbuhan Malaysia berada pada 4.3 peratus bagi 2019, beliau berkata pengumuman itu akan dibuat semasa pengumuman pakej rangsangan ekonomi.

Beliau berkata banyak penjelasan perlu diberikan mengenai prestasi KDNK dan kini adalah masa untuk memandang ke hadapan.

Guan Eng turut menolak kemungkinan kemelesetan melanda Malaysia disebabkan penularan jangkitan itu.

“Kadang-kadang kebimbangan adalah lebih teruk daripada jangkitan (Covid-19) itu sendiri. Jadi, kita tidak seharusnya terperangkap dalam kebimbangan tersebut malah perlu menangani cabaran berkenaan berdasarkan fakta daripada terpengaruh dengan berita palsu atau penyebaran khabar angin.

“Kita perlu terus yakin dengan daya tahan ekonomi kita dan sikap kerja kuat rakyat Malaysia,” katanya.

-BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

2 Comments

avatar

Nama saya Masitah Binti Ayob seorang warganegara Malaysia yang mendapat bantuan kewangan dari syarikat pinjaman Puan Rossa Stanley, Setiap hari ada kisah-kisah bantuan kewangan kepada orang-orang miskin di seluruh dunia. Saya membaca kisah-kisah ini dan hanya mengambil fikiran bahawa ia tidak boleh jadilah kenyataan sehingga saya mendapat pemeriksaan dari kakak saya Redzuan binti Sarina dan ia seperti mimpi ketika dia mengaitkan saya dengan rumah pembiayaan lancar yang disebut syarikat pinjaman rossa stanley yang berpusat di California, Amerika Syarikat ini. anda boleh menghubungi mereka melalui kenalan di bawah
panggilan talian bantuan +12133153118
e-mel di rossastanleyloancompany@gmail.com
Aplikasi apa +19145295708
dan saya memohon pinjaman sebanyak Rm 150,000.00 dan seperti itu sebelum saya mengetahuinya setelah mengesahkan dokumen saya, pinjaman saya telah diluluskan dan dipindahkan ke akaun Citibank saya dan hari ini saya menjadi bukti bantuan pinjaman Puan Rossa Stanley. nasihat saya kepada semua orang di sini tidak menjadi mangsa dengan menghubungi syarikat pinjaman yang salah, sebaliknya terus ke rossatanleyloancompany kerana kadar faedah mereka adalah yang terbaik di mana sahaja pada kadar 2% pada jangka masa maksimum 10 tahun, jadi hubungi atau tulis e-mel dan keinginan kewangan anda akan diberikan sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bayaran ragu untuk menghubungi atau menulis saya di +60113091951 atau e-mel masitahayobbinti@gmail.com terima kasih dan Selamat tinggal

Reply Delete

loading...