SHAH ALAM, 1 MAC: Pertandingan video pendek masyarakat prihatin orang kelainan upaya (OKU) merupakan satu inisiatif memberdaya golongan itu mempamerkan kreativiti, kata Pengerusi Majlis Tindakan OKU Selangor.
Fahda Nur Ahmad Kamar berkata, sebelum ini OKU sering dibantu menerusi sumbangan dana namun ruang untuk mereka mempamerkan kemahiran serta kehidupan masih terbatas dalam kalangan masyarakat.
“Biasanya program OKU berbentuk kutipan derma tetapi kali ini kita tampil dengan fokus kesedaran menerusi video supaya mereka kreatif dan masyarakat memahami kehidupan golongan ini.
“Sebelum ini masyrakat kurang didedahkan dengan prespektif kehidupan OKU dan drama yang dihasilkan juga banyak menampilkan kisah cinta serta konflik rumah tangga,” katanya selepas penyampaian hadiah pertandingan Video Pendek Masyarakat Prihatin OKU di Bangunan Kerajaan Negeri, semalam.
Beliau berkata, pertandingan anjuran kali pertama ini menerima 54 penyertaan dari seluruh Malaysia dan menerima 50,000 di laman sosial.
Fahda Nur berharap pertandingan seperti ini mendapat publisiti meluas untuk menarik minat masyarakat memahami kehidupan sebenar OKU.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments