PETALING JAYA, 1 FEB: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Selangor 2020 yang berlangsung di Dataran Petaling Jaya, malam ini.
Baginda yang berangkat tiba sekitar jam 8 malam disambut Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari dan isteri, Puan Seri Masdiana Muhamad, EXCO pelaburan, Dato’ Teng Chang Khim, Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim serta barisan pimpinan Kerajaan Negeri.
Tengku Amir Shah bersama pimpinan negeri yang diketuai Amirudin bersama-sama memalu gendang sebagai simbolik perasmian.
Acara diteruskan dengan majlis santapan sambil dihiburkan dengan persembahan kebudayaan, tarian singa dan muzikal Cina.
Tidak ketinggalan pemberian ‘ang pow’ kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan buah limau yang menjadi tradisi saban tahun sambutan.
Orang awam daripada pelbagai bangsa turut menikmati hidangan yang disediakan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng cina, roti john mee dan kuey teow goreng serta yong tau fu.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments