thumbnail

Tentang Kelawar Yang Disebut Di Dalam Hadis

Permulaan 2020 membimbangkan semua pihak kerana satu per satu perkara telah menimpa umat manusia. Selepas kebakaran besar di Australia yang melibatkan jutaan haiwan mati, kini tular sebuah penyakit yang dipanggil novel Coronavirus.

Virus ini yang dikatakan bermula di Wuhan, China telah menjangkiti ribuan manusia dan mengakibatkan sejumlah angka terkorban termasuk seorang doktor yang telah terlibat untuk merawat pesakit ini dari awal, iaitu Liang Wudong.

Beliau yang merupakan seorang pakar bedah di Hospital Jinyintan di Wilayah Huei meninggal akibat disyaki terkena jangkitan virus ini.

Angka kematian di China pula dikatakan terus meningkat kepada 106 orang setakat 28 Januari dan pertambahan kes ini telah mencapai 4428 orang.

Menurut Dr Dzulkifly, Menteri Kesihatan berkata, jumlah kumulatif kes pesakit di bawah siasatan (PUI) terhadap virus ini adalah sebanyak 65 kes setakat 10 hingga 28 Januari. Daripada jumlah itu, 34 daripadanya adalah warganegara.

Menurut laporan dari Xiunhuanet, penyakit ini pada awalnya merupakan demam dan batuk biasa yang bermula dari peniaga ikan di pasar makanan laut. Ia boleh menjadi lebih bahaya apabila mampu menjangkiti orang sekeliling dan apabila sudah berada pada paras bahaya, ia juga boleh membawa maut.

Menurut Pengarah Pusat pencegahan dan Kawalan Penyakit China, mereka percaya bahawa ia berkemungkinan datang daripada haiwan liar di pasar makanan laut. Namun, sehingga kini tiada penyebab yang sahih wujudnya virus ini.

Terdapat beberapa kajian yang menyebut bahawa ia adalah berpunca daripada kelawar kerana ia berkait rapat dengan jenis yang wujud dalam kelawar. Kajian ini telah diterbitkan dalam jurnal ‘Science China Life Sciences’.

Terdapat sebuah lagi kajian yang mengatakan ia mungkin berpunca daripada ular atau haiwan eksotik yang lain. Kajian ini diterbitkan pula dalam ‘Journal of Medical Virology’.

Hukum Membunuh Kelawar

Yang menariknya, banyak video berkenaan rakyat China yang memakan kelawar telah tular selepas wujudnya insiden ini. Video-video yang tular itu menimbulkan spekulasi terhadap hubung kaitnya dengan virus ini. Bahkan, perbuatan memakan kelawar itu sendiri dianggap sebagai sesuatu yang menjijikkan kerana haiwan itu dikatakan mempunyai banyak mudarat berbanding kebaikannya.

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang boleh terbang. Ia adalah kelompok ordo chiroptera dengan kedua kaki depan yang boleh berkembang dan berfungsi sebagai sayap.

Terdapat tiga hukum berkenaan membunuh kelawar. Ulama yang membolehkan bunuh kelawar adalah ulama Mazhab Hanafi, manakala ulama Maliki mengatakan ia adalah makruh.

Dalam pendapat ulama Hanbali dan Syafi’e, haram hukumnya membunuh kelawar. Dalam Islam, keharaman sesuatu binatang itu adalah sama ada kerana ia memudaratkan atau mungkin juga kerana kemuliaan mereka (disebutkan dalam dalil atau Al-Quran).

Hadis sahih mengenai kelawar

Dalam isu kelawar, ia ada disebut dalam sebuah hadis sahih yang berbunyi:

لَا تَقْتُلُوا الضَّفَادِعَ فَإِنَّ نَقِيقَهَا تَسْبِيحٌ , وَلَا تَقْتُلُوا الْخُفَّاشَ فَإِنَّهُ لَمَّا خَرِبَ بَيْتُ الْمَقْدِسِ قَالَ: يَا رَبِّ سَلِّطْنِي عَلَى الْبَحْرِ حَتَّى أُغْرِقَهُمْ

Maksud: “Janganlah kalian membunuh katak. Sesungguhnya bunyinya adalah tasbih. Dan janganlah kalian membunuh kelawar. Kerana, ketika Baitul Maqdis Dibakar, kelawar itu berdoa kepada Allah: “Ya Tuhan kami, kuasakan kami atas lautan sehingga kami boleh menenggelamkan mereka.” (Sunan Kubra Al-Baihaqi, 9/318)

Berkenaan dengan isu memakan kelawar, para ulama berpendapat bahawa jika sesuatu haiwan itu haram dibunuh, maka hukumnya juga adalah haram. (Imam Al-Baihaqi)

Tuntasnya, menurut perbahasan ulama menunjukkan bahawa hukum membunuh dan memakan kelawar adalah diharamkan kerana ia dilarang dalam hadis.

Wallahu a’lam.

Rujukan:
Rumaysho.com
CNN


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...