thumbnail

Covid-19: Singapura catat 138 kes dengan lapan terbaharu positif

SINGAPURA, 8 MAC: Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura pada Sabtu mengesahkan lapan lagi kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah kes itu di negara ini adalah 138.

MOH dalam satu kenyataan di sini memaklumkan empat daripadanya adalah sebahagian daripada kluster yang melibatkan satu majlis makan malam di SAFRA Jurong pada 15 Februari lepas.

Seperti kes-kes lain, kementerian itu menyatakan bahawa satu kes berkaitan dengan kluster di The Life Church and Missions Singapore, dua lagi berkemungkinan kes import manakala satu kes tidak mempunyai kaitan setakat ini.

Daripada dua kes import itu, satu kes melibatkan wanita penduduk tetap Singapura berusia 37 tahun yang telah ke London dari 23 hingga 27 Februari manakala seorang lagi adalah lelaki warga Itali berusia 36 tahun yang memegang Permit Kerja Singapura baru-baru ini terbang ke Amerika Syarikat dari 7 hingga 22 Februari dan ke Itali dari 23 hingga 29 Februari.

Sehingga kini, MOH memaklumkan sebanyak 90 kes pulih sepenuhnya dan dibenarkan keluar hospital.

Daripada 48 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, MOH menyatakan kebanyakannya stabil atau bertambah baik manakala lapan kritikal dan berada di unit rawatan rapi hospital.

Sehingga semalam, MOH mengenal pasti 3,452 kontak rapat telah dikuarantin.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...