SHAH ALAM, 28 MAC: Atlet muda yang terlibat dalam Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 dinasihatkan terus bersemangat walaupun temasya itu ditangguh, kata ratu gimnastik negara.
Farah Ann Abdul Hadi berkata atlet perlu teruskan latihan dan berusaha lebih gigih sebelum Sukma berlangsung.
“Pastikan prestasi kita sebagai atlet tidak menurun, fikir apa yang dihasratkan untuk Sukma dan jadikan penangguhan itu untuk kita lebih bersedia,” katanya kepada SelangorKini semalam.
Katanya, walaupun sesi latihan agak terhad kerana perlu berada di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan tetapi cuba lakukan aktiviti yang dapat kekalkan daya ketahanan.
Susulan penularan Covid-19, Kementerian Belia dan Sukan mengumumkan penangguhan Sukma Johor 2020 kepada tarikh baharu yang akan diputuskan selewat-lewatnya awal Mei depan.
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia membuat keputusan itu selepas mengambil kira aspek paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih, pegawai serta semua yang terbabit dalam temasya berkenaan.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments