thumbnail

790 penuntut universiti pulang ke rumah malam tadi

BANGI, 28 APRIL: Seramai 790 orang penuntut Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berlepas dari sembilan pusat pelepasan yang terdiri daripada IPT di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya untuk pulang ke kampung halaman malam tadi.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad berkata pecahan pergerakan penuntut dari sembilan buah pusat pelepasan IPT melibatkan lapan Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dengan 759 orang penuntut dan satu Politeknik serta Kolej Komuniti dengan 31 orang penuntut.

Noraini berkata sembilan pusat pelepasan itu adalah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Teknologi Malaysia cawangan Kuala Lumpur (UTM KL), Universiti Sains Islam Malaysia cawangan Kuala Lumpur (USIM KL) dan Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Taburan penuntut IPTA yang berlepas dari pusat pelepasan IPT adalah seperti berikut: 89 dari UIAM, 150 dari UKM, 164 dari UM, 80 dari UPM, 146 dari UiTM Shah Alam, 50 dari UPNM, 49 dari UTM KL, 31 dari USIM KL dan 31 dari Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Jelasnya, bagi menjamin keselamatan dan kelangsungan, pergerakan penuntut ke 17 destinasi di tiga buah negeri di utara akan bermula dari pusat pelepasan pada pukul 9.00 malam menggunakan perkhidmatan 50 buah bas yang telah disanitasi.

“Daripada jumlah itu, 32 buah bas menuju ke negeri Kedah, 13 buah bas ke Pulau Pinang dan lima buah bas lagi menuju ke Negeri Perlis,” katanya ketika hadir meninjau persiapan dan prosedur pergerakan pulang penuntut ke rumah masing-masing di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini malam tadi.

Tambahnya, seorang wakil keluarga akan menjemput penuntut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) atau Pejabat Daerah yang telah dikenal pasti.

“Bagi keluarga yang tidak dapat menjemput penuntut di lokasi ketibaan, urusan penghantaran penuntut akan diuruskan oleh agensi kerajaan yang terlibat,” katanya.

Kerajaan sebelum ini memutuskan untuk membenarkan pergerakan penuntut dari kawasan zon hijau ke kampung halaman yang berada di dalam zon hijau secara berperingkat bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.

Sementara itu, seramai 150 orang penuntut berlepas dari UKM, dengan 68 orang dari kampus UKM manakala 82 orang  lagi daripada pelbagai IPT.

Keberangkatan pulang penuntut dari UKM bermula sekitar pukul 11 malam dengan bas pertama akan membawat ke Kubang Pasu, Kedah.

Segala proses persiapan penuntut UKM malam ini membabitkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Setelah bersabar lebih 40 hari sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, rata-rata penuntut yang ditemui  gembira kerana dibenarkan pulang ke rumah secara berperingkat mulai malam ini.

Perasaan teruja dan gembira itu dikongsikan seorang penuntut UKM jurusan Sains Politik, Muhammad Jurais Abdullah, 23, ketika ditemui sebelum menaiki bas menuju ke Arau, Perlis.

“Saya teruja dan gembira, perasaan saya ini bercampur-baur kerana akhirnya dapat juga bersama dengan keluarga di bulan Ramadan dan seterusnya Aidilfitri,” katanya dan mengucapkan ribuan terima kasih khusus kepada KPT dan anggota yang terlibat dalam menguruskan pergerakan penuntut pulang ke rumah masing-masing.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...