SHAH ALAM, 10 APRIL: Sebanyak 88 peratus pesakit yang disahkan positif Covid-19 di negara ini berada pada tahap satu dan dua, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM melalui Twitter memaklumkan, tahap satu merupakan kategori pesakit yang positif wabak berkenaan tetapi tidak bergejala manakala tahap dua pesakit bergejala tetapi tanpa berlaku radang paru-paru.
Tahap tiga melibatkan pesakit positif dengan radang paru-paru manakala tahap empat adalah pesakit yang positif dengan radang paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, tahap kelima merupakan pesakit yang kritikal dengan mempunyai kesan ke atas pelbagai organ.
Bagaimanapun, KKM tidak menyatakan peratusan bagi pesakit yang berada pada tahap tiga hingga lima.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments