thumbnail

Aktiviti langgar syarak, Jais tunggu maklumat lengkap

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menerima aduan berhubung kegiatan melanggar hukum syarak dilakukan kumpulan yang membina perkampungan haram di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor, kata pengarahnya.

Mohd Shahzihan Ahmad berkata berdasarkan aduan diterima, cara kehidupan bermasyarakat kumpulan berkenaan tidak sama seperti kehidupan umat Islam lain di negara ini, lapor Berita Harian.

Justeru beliau berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lengkap daripada polis susulan penahanan kumpulan itu petang semalam.

“Kami sedia memberikan kerjasama sebaiknya dalam membantu menyelesaikan masalah berkaitan sekiranya terbukti kebenarannya.

“Namun perkara ini diserahkan kepada polis terlebih dahulu bagi urusan berkaitan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini,” katanya.

Dalam serbuan kira-kira 5 petang kelmarin, seramai 238 individu termasuk bayi ditahan polis di sebuah kawasan penempatan haram di Ulu Rening, Batang Kali, Hulu Selangor.

Berdasarkan siasatan awal polis, mereka yang ditahan terdiri daripada 76 lelaki dan 77 wanita manakala bakinya adalah kanak-kanak serta bayi mendakwa sebagai ahli Dewan Perkasa Ekonomi Islam Nusantara (DPEIN).


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...