thumbnail

Farmasi terima bekalan topeng muka, cecair pembasmi kuman

SHAH ALAM, 10 APRIL: Sebahagian besar farmasi di sekitar Shah Alam dan Klang telah mula mendapat bekalan topeng muka dan cecair pembasmi kuman daripada pembekal.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor dalam kenyataan berkata ia hasil pemeriksaan pasukan penguat kuasa di dua daerah tersebut hari ini.

Berikutan itu, peniaga dinasihatkan tidak mengambil kesempatan dengan situasi wabak Covid-19 dan jika didapati menaikkan harga barangan secara tidak berpatutan, tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

“Pengguna juga dinasihatkan tidak membuat pembelian panik dan memberi kepercayaan kepada pihak berwajib menguruskan segala hal berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, pemeriksaan di sekitar Shah Alam, Klang dan Subang turut mendapati aktiviti perniagaan yang penting untuk memenuhi permintaan orang ramai berjalan seperti biasa dan tiada pembelian panik.

“Peniaga memaklumkan sardin, telur, roti, barangan basah seperti ayam dan sayur adalah barangan yang mendapat permintaan tertinggi, namun masih dalam keadaan terkawal,” katanya.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Related Posts :

Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...