thumbnail

Kerajaan Negeri digesa senarai hitam syarikat punca banjir lumpur

HULU LANGAT, 28 APRIL: Kerajaan Negeri diminta menyenarai hitam pemilik dan syarikat yang menjalankan kerja tanah secara haram sehingga mengakibat banjir lumpur di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Jalil dan sekitarnya, kata Ahli Dewan Negeri Dusun Tua.

Edry Faizal Eddy Yusof berkata semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati empat pemegang saham syarikat yang beroperasi di atas Lot 1102, Lot 1431 dan Lot 1432, Batu 14 di sini turut mempunyai syarikat lain.

“Mereka tentu tiada masalah meneruskan perniagaan dengan syarikat lain jika kerajaan hanya menyenarai hitam syarikat melakukan kerja tanah haram sehingga mengakibatkan kerosakan harta benda awam,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata kegiatan syarikat terbabit mula dikesan akhir tahun lalu dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) sudah mengeluarkan notis arahan supaya kegiatan dihentikan.

Katanya, pihak tersebut turut diarah menyediakan sistem saliran sementara dan membersihkan perparitan dari tapak pembangunan haram sehingga longkang di Jalan Industri Hulu Langat (FT3210).

“Setakat ini tiada tindakan daripada syarikat dan dimaklumkan MPKj akan mengambil tindakan undang-undang namun dianggap tidak akan menyelesaikan masalah kerana syarikat sudah tentu akan membiarkan masalah sedia ada sementara menunggu perbicaraan,” katanya.

Dalam kejadian bermula 4.30 petang  Sabtu lalu, sebuah sekolah termasuk 10 kediaman penduduk di sekitar Kampung Sungai Gahal di sini dilanda banjir lumpur lebih setengah meter ekoran hujan lebat.

Bagaimanapun, tiada perpindahan penduduk mahupun kemalangan jiwa dilaporkan.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...