thumbnail

Covid-19, peluang perkukuh rantaian bekalan global

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Tempoh keadaan tidak menentu ketika ini yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 perlu dilihat sebagai peluang untuk mengukuhkan sistem rantaian bekalan global yang dunia terlalu bergantung kepadanya selama bertahun-tahun ini dan apatah lagi ketika krisis sekarang.

“Covid-19 menunjukkan rantaian bekalan perubatan global – yang kritikal dalam usaha memerangi pandemik ini dan pandemik pada masa depan – mungkin masih mempunyai kelemahan, masalah dan isu-isu integriti.

“Ramai di seluruh dunia yang mungkin berdepan masalah kekurangan peralatan perubatan, ubatan dan peralatan perlindungan asas,” kata Pengarah Eksekutif Sektariat APEC Tan Sri Dr Rebecca Sta Maria dalam APEC Bulletin.

Menurutnya, walaupun terdapat ramalan kesan daripada pandemik ini, termasuk sama ada ia akan mengundurkan globalisasi dan menghakiskan keyakinan terhadap rantaian bekalan global, ia kemungkinan merupakan satu peluang untuk mengukuhkannya.

Ia bermakna menetapkan standard yang jelas dan program keselamatan yang komprehensif bagi membina rantaian bekalan lebih berdaya tahan dan memudahkan aliran pergerakan ubatan, vaksin dan peralatan perlindungan peribadi.

“Lakukan dengan betul, langkah-langkah ini akan mengukuhkan kredibiliti dan ketelusan rantaian bekalan ini. Perubahan positif ini akan mendorong kepercayaan terhadap sistem, proses dan prosedur yang akan menjadi kita lebih bersiap sedia sekiranya berlaku lagi krisis kesihatan pada masa depan,” katanya.

APEC, katanya, mempunyai banyak instrumen yang boleh membantu ekonomi mencari penyelesaian sedemikian. Terutamanya instrumen keselamatan rantaian bekalan sedia adanya, yang menetapkan protokol dan berfungsi sebagai pelan hala tuju bagi penggalakan kualiti produk perubatan global dan keselamatan rantaian bekalan.

Instrumen ini, yang dibangunkan bersama pengawal selia, pemegang kepentingan industri, wakil-wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan, organisasi antarabangsa serta ahli akademik adalah bertujuan untuk memaksimumkan penggunaan perkongsian awam dan swasta serta sumber lain yang tersedia, katanya.

– BERNAMA


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...