SHAH ALAM, 25 MEI: Suasana Aidilfitri ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melakar 1,001 kenangan buat suami dan anak lelaki apabila pertama kali terpaksa membaca khutbah hari raya di hadapan keluarga.
Paling mencuri tumpuan sehingga warga maya berkongsi beberapa gambar di laman sosial yang menunjukkan pelbagai objek atau alatan dipilih menjadi tongkat ketika ketua keluarga membaca khutbah.
Antara ‘tongkat’ yang digunakan seperti joran pancing, kayu snuker, kayu golf, pedang pahlawan animasi dan penyangkut baju.
Tidak ketinggalan pendayung kayak, pembaris, senapang dan mop lantai.
Mesin basuh turut dijadikan ‘mimbar’ bagi memudahkan khatib meletakkan teks khutbah seolah-olah berada di masjid atau surau.
Memegang tongkat, pedang atau busur panah pada tangan kiri merupakan antara perkara sunat ketika menyampaikan khutbah.
Perbuatan itu bertujuan untuk menghasilkan ketenangan dalam penyampaian kepada para jemaah.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments