thumbnail

Selangor bebas zon merah – STFC

SHAH ALAM, 14 JUN: Selangor akhirnya bebas dari zon merah Covid-19 setelah hampir 23 hari berada dalam zon itu sejak 22 Mei lalu, demikian mengikut data Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Perkembangan positif itu berlaku disebabkan kes aktif di Hulu Langat menurun kepada 11 hari ini berbanding 62 semalam.

Gombak dan Sepang mencatatkan kes aktif paling tinggi di negeri ini dengan masing-masing 12 kes, diikuti Hulu Langat (11), Kuala Langat (11) dan Petaling (7).

Kes aktif di Kuala Selangor pula sebanyak empat, Sabak Bernam (3), Hulu Selangor (2) dan Klang (1).

Pada masa sama, negeri ini turut merekodkan penurunan kes baharu positif wabak itu selama dua hari berturut-turut.

Sehingga jam 12 tengah hari, jumlah positif Covid-19 di negeri ini berjumlah 1,996.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...