thumbnail

Bekalan air Klang pulih sepenuhnya, Kuala Langat berperingkat

SHAH ALAM, 22 JULAI: Gangguan bekalan air di Klang pulih sepenuhnya sementara lapan kawasan di Kuala Langat dalam proses, maklum Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata kawasan yang masih terjejas ialah seluruh Sijangkang dan Kampung Medan, Jalan Sijangkang Utama, Eco Sanctuary, Batu 9 Kebun Baru, Taman Perwira, Taman Seri Medan, Taman Sijangkang Jaya dan Tropicana Aman

“Air Selangor menjangka bekalan air pulih sepenuhnya jam 6 pagi esok. Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan melalui lori tangki terus digerakkan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beberapa kawasan di Klang dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran paip pecah di lokasi tanah mendap di tapak kerja Transit Aliran Ringan 3 pada 20 Julai lalu.

Maklumat bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman sosial dan aplikasi Air Selangor atau pautan www.airselangor.com


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...