SHAH ALAM, 18 JULAI: Hujan lebat berterusan sejak 6.30 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Kajang dan Hulu Langat dilanda banjir kilat.
Pegawai Perhubungan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata antara kawasan terjejas Kampung Jambu, Kampung Sungai Jernih, Kampung Sungai Chua termasuk beberapa lokasi di Hulu Langat.
“Hujan agak lebat dari petang tadi sehingga sekarang dan air melimpah di kawasan berhampiran sungai.
“Usaha menyelamatkan mangsa yang terkandas sedang dilakukan dengan menggunakan bot pantas MPKj. Cuma sekarang ini kita memfokuskan kawasan di Sungai Jambu kerana di sini banyak melibatkan perumahan,” kata Kamarul Izlan Sulaiman ketika dihubungi SelangorKini.
Beliau berkata semua mangsa dipindahkan ke dua dewan serbaguna sementara iaitu di Dewan Kampung Baru Sungai Chua dan Dewan Taman Mesra.
“Mereka juga dibenarkan untuk pulang ke rumah keluarga berdekatan sekiranya ada, namun mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ini akan diberi bantuan daripada segi makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments