thumbnail

PKP semula jika Covid-19 naik tiga angka, patuhi SOP

SHAH ALAM, 26 JULAI: Kerajaan akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif Covid-19 mencecah tiga angka, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri kanan (keselamatan) berkata jika kes terus meningkat kerajaan tiada pilihan melainkan mengembalikan semula PKP sekali gus mengehadkan pergerakan.

“Empat hari berturut-turut kes meningkat. Laporan Kementerian Kesihatan (KKM) mengatakan kes meningkat disebabkan kealpaan kita sendiri. Kita lupa apabila kita melanggar tatacara operasi piawai (SOP) yang akhirnya kes semakin meningkat.

“Kita berharap tindakan kita belum lagi terlewat dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok,” katanya pada sidang media selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, hari ini, lapor BHOnline.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...