SHAH ALAM, 9 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyita alatan niaga di bahu jalan di Sungai Buloh kerana menghalang lalu lintas dan mengancam keselamatan awam.
Timbalan Datuk Bandarnya Mohd Rashidi Ruslan berkata tindakan sama diambil dua bulan lalu, namun tidak diendahkan peniaga.
“Sebelum ini MBSA sudah memberi teguran dan nasihat tetapi tidak diendahkan. Peniaga juga melanggar arahan Majlis Keselamatan Negara apabila berniaga melebihi waktu operasi dibenarkan,” katanya kepada media.
Beliau mengulas video tular penguat kuasa cawangan Sungai Buloh yang menyita barang perniagaan di kawasan tersebut, baru-baru ini.
Tindakan sita mengikut Undang-Undang Kecil Penjaja MBSA 2007 Peruntukan 19 (Meninggalkan Barang Perniagaan Ditempat Awam) dan Peruntukan 3 (Menjaja Tanpa Lesen) serta Peruntukan 42 (Kuasa Sitaan).
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments