thumbnail

MB terima kunjungan panglima TLDM

SHAH ALAM, 11 SEPT: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) semalam.

Pertemuan empat mata yang berlangsung selama 35 minit bermula jam 2 petang itu antaranya membincangkan bentuk kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri bersama TLDM.

“Saya yakin pasukan TLDM akan terus cemerlang dan handal dalam mengawasi perairan negara. Terima kasih kepada para petugas TLDM yang sentiasa berkorban demi negara,” katanya menerusi Twitter.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...