SHAH ALAM, 13 NOV: Sejumlah 1,263 atau 99 peratus kawasan yang terlibat dengan gangguan air tidak berjadual menerima semula bekalan setakat jam 6 pagi.
Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan wilayah Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor pulih sepenuhnya.
Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata Klang dan Shah Alam pulih sebanyak 92 peratus, sementara Hulu Selangor 91 peratus.
“Sebanyak 16 kawasan di wilayah yang terjejas masih lagi dalam proses pemulihan dan akan menerima bekalan air secara berperingkat.
“Air Selangor berharap pengguna yang sudah mendapat bekalan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan lain berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan.
Elina berkata bantuan bekalan air alternatif melalui pili awam dan pusat khidmat setempat terus disediakan untuk kemudahan pengguna yang masih terkesan.
Status pemulihan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook dan Instagram serta laman sesawang www.airselangor.com.
Pada 10 November, Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau seakan pelarut dikesan di Sungai Selangor.
Susulan itu, bekalan air meliputi 1,279 kawasan di tujuh wilayah ditutup dan menjejaskan lebih 1.1 juta akaun pengguna.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
Subscribe by Email
Follow Updates Articles from This Blog via Email
No Comments