thumbnail

MB: RM5.85 juta khusus bagi aktiviti promosi pelancongan

HULU LANGAT, 7 NOV: Peruntukan RM5.85 juta untuk sektor pelancongan di Selangor bertujuan membangun dan merancakkan semula aktiviti promosi industri tersebut yang terjejas susulan pandemik Covid-19.

Dato’ Menteri Besar berkata dana disediakan menerusi Belanjawan Selangor 2021 khusus untuk perkara berkaitan dan tidak termasuk perbelanjaan mengurus yang diurus sepenuhnya oleh Tourism Selangor.

“Kalau aspek mengurus, kita memang ada agensi tersendiri iaitu Tourism Selangor malah jumlah (peruntukan) yang disebutkan (semasa belanjawan) adalah bagi promosi pelancongan sahaja,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari kepada media selepas program lawatan pasca banjir di Kampung Taman Sri Nanding di sini hari ini.

Beliau mengulas persoalan dibangkitkan Persatuan Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Selangor (SAFTTA) yang menyifatkan peruntukan terbabit sebagai kecil dan tidak memadai membangun serta merancakkan semula industri pelancongan Selangor.

Amirudin seterusnya berkata kerajaan Persekutuan diminta membuat keputusan sama seperti kerajaan Pakatan Harapan (PAKATAN) sebelum ini dengan memulangkan kembali 50 peratus daripada cukai pelancongan.

Menurutnya, langkah itu bagi membolehkan Kerajaan Negeri menaik taraf beberapa projek dan lokaliti pelancongan di Selangor.

“Tahun ini, kita ada RM10 juta iaitu jumlah daripada cukai pelancongan RM20 juta dikembalikan PAKATAN kepada Kerajaan Negeri,” katanya.


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

No Comments

loading...