thumbnail

Masalah Brek Punca Bas 'Menggila' Rempuh 10 Buah Kenderaan Di Lebuhraya Plus

Jadi viral semalam apabila satu kemalangan yang membabitkan sebuah bas dan 10 buah kenderaan dilaporkan berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan KM265.8 selatan  (Menora-Ipoh) kira-kira jam 3 petang. Terbaru, 11 buah kenderaan dilaporkan terlibat dalam kemalangan tersebut.



Menurut video yang dikongsi oleh Bernama Radio, kelihatan bas itu, yang dalam keadaan laju, merempuh kenderaan-kenderaan itu dari belakang.

Susulan kejadian, lebuhraya itu dilaporkan sesak teruk.

Kejadian sama seperti ini pernah berlaku di lebuhraya Karak apabila sebuah bas merempuh 6 buah kenderaan dengan memasuki laluan pertama kerana kerosakan brek pada tahun lepas.

Jika dilihat pada video yang disediakan ini, bas tersebut dipandu laju seakan menggila di lebuhraya tersebut.

Komander Lebuh Raya Zon Utara, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman ASP Hazil Reza Mohd Ghazali berkata kemalangan kira-kira 3 petang itu dipercayai berpunca daripada masalah teknikal atau kegagalan brek bas berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak Supt Wan Jamil Wan Chik berkata kesemua 28 penumpang dan pemandu bas persiaran itu dilaporkan selamat.

PLUS ketika dihubungi berkata kemalangan itu menyebabkan kesesakan trafik sepanjang 11 kilometer di lebuh raya itu.  

Terkini, pihak polis Ipoh melaporkan bahawa pemandu bas tersebut tidak mempunyai pengaruh dadah selepas ujian air kencing dilakukan adalah negatif namun pemandu tersebut direman kerana memandu dalam keadaan cuai.  









Subscribe by Email

Follow Updates Articles from This Blog via Email

2 Comments

avatar

Test puspakom ke tak? Atau dapat kelulusan tanpa test! Dah banyak dengar cerita cerita mcm ni.

Reply Delete
avatar

Test puspakom ke tak? Atau dapat kelulusan tanpa test! Dah banyak dengar cerita cerita mcm ni.

Reply Delete

loading...